AKU INGIN MENCINTAIMU



Tuhan betapa aku malu
Atas semua yang Kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMU kecewa
Entah mungkin kerna ku terlena
Sementara Engkau beri aku kesempatan
Berulang kali
Agar aku kembali
Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMU
Betapa tak ada apa-apanya
Aku dihadapanMU
Aku ingin mencintaiMU
Setulusnya
Sebenar-benar aku cinta
Dalam doa
Dalam ucapan
Dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMU
Selamanya
Sehina apapun diriku
Ku berharap
Untuk bertemu dengan-MU
Ya Rabbi
(kredit lirik untuk SITE INI)
* * * * *
Assalamualaikum.. Salam untuk semua.. Cebisan di atas ini aku dengarkan lewat menonton rancangan Al-Hidayah di TV3 Jumaat yang lalu.. Bersama dengan alunan ini juga, sebelumnya disiarkan patah-patah kata yang buat hati ini benar-benar rasa sayu.. Rasa terlalu kerdil sungguh diri ini.. Kadang kita sering alpa dan leka, walhal DIA sentiasa ada bersama kita saat susah atau senang.. Tersentuh benar hati ini, mendengarkannya berulang kali, air mata mengalir tanpa dipinta.. :'(
Mudah-mudahan aku, kamu dan kita semua tidak leka dan lemas dibuai dunia sehingga kita melupakan DIA.. Jika aku melencong jauh, terlalu leka dan lalai, ingat-ingatkanlah aku, berpesan-pesanlah sesama kita.. Moga hidup kita sentiasa dalam limpah kurniaNYA..
Selamat malam semua.. Assalamualaikum..

Ulasan

kurus berkata…
adakalanya rancangan al hidayah tu meruntun jiwa kan :)
farhana berkata…
Air mata hamba2 kerana takutkan Allah sangat2 disukai dan dinanti2kan oleh Nya.
hang nadim berkata…
salam DR. apa habaq

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?