I'm Guilty

Assalamualaikum.. Salam hujung minggu dan salam Ramadan ke-13 untuk semua.. Ehem ehem! Clearing the throat, clearing the air.. Rasa macam dah penuh sarang lelabah, habuk tebal 10 inci bila jejak ke blog sendiri.. Eh! Ada tak orang perasan aku dah lama tak mencoret dan menternak labah-labah dalam blog? Atau tak ada yang sempat perasan? Keh keh keh.. Salam penuh kerinduan ya untuk semua.. =)

Dalam tak terurusnya blog merah menyala ini, masih lagi ada yang setia bertandang.. Cukup bikin terharu.. Lagi-lagi yang kalau pesen tak masuk sekali dalam satu hari rasa macam tak sah, macam ada yang tak kena, lagilah rasa macam nak menangis.. Ya tak.. Tsk tsk..



Hidup berblogging sikit lebih kurang macam permainan di atas.. Entah apa nama pun aku tak reti sangat, Roller Coster? Permainan orang muda semua ni, makcik tak berapa nak pandai sangat.. Keh keh keh.. Kita mula dari bawah, kita dibawa bergerak menelusuri trek yang panjang berjela, berpusing berputar simpang dan siur, kadang-kadang lambat kadang pula laju sampai rasa nak luruhlah jantung..

Macam tulis blog, macam hidup seorang blogger.. Kita mula tulis dari KOSONG, kita tulis hari-hari, makin bertambah coretan hari ke hari, makin juga bertambah pembaca yang kita sayangi.. Ada yang datang sepintas lalu dan hilang, ada yang kejap ada kejap tak ada, ada pula yang setia di sisi dari dulu hingga kini.. Pembaca sikit lebih kurang macam penumpang Roller Coster, ada yang dah naik, nak naik lagi.. Ada yang naik sekali, sumpah tak naik lagi, ada juga yang naik tak nak turun-turun.. Eh ada!! =p

Itu namanya dia setia.. Ya! Pembaca setia.. Pembaca yang temani kita menelusuri ups and downs kehidupan dunia blogging.. Syukur aku kerana adanya mereka-mereka ini.. Mereka yang setia temani sampai ke saat ini..

Perasaan ketika ini adalah GUILTY.. Rasa bersalah bisu tak berkata, kosong tak bercoret apa-apa sedang ada yang setia bertandang tak kira masa.. Bukanlah nak emosi lebih ke apa, tapi ada saat dan ketika, mereka yang setia perlu dihargai juga.. Ya tak? Terima kasih.. =)


- LOVE IS ABSOLUTE LOYALTY. PEOPLE FADE, LOOKS FADE, BUT LOYALTY NEVER FADES. YOU CAN DEPEND SO MUCH ON CERTAIN PEOPLE, YOU CAN SET YOUR WATCH BY THEM. EVEN IF IT DOESN'T SEEM VERY EXCITING (SYLVESTER STALLONE)-

#EhYeke? =)


Haih.. Macam mana tak terurusnya teratak ini, lagilah tak terurus hidup aku sekarang.. Nama saja duduk di rumah, semua terjaga, beza dengan duduk asrama sana.. Ikutkan, jiwa lebih tenang dekat dengan keluarga, tapi itulah diri sendiri tak terurus mana, senang kata tunggang langgang.. Entahlah nak kata apa.. Cycle tidur dah 100% tunggang terbalik, malam memang jangan harap nak lelap mata selagi sahur tak tiba.. Habis sahur, usai Subuh, masih lagi tak tutup-tutup kadang waktunya.. Otak pun dah pesen bagaimana pun tak tahulah.. Kecut? Kembang? Kuncup kembang kuncup? Heh! Sikit punya banyak benda aku lupa sekarang, tak sampai 10 minit pun aku boleh lupa apa yang aku ingat 10 minit yang lalu.. Hah! Parah!

Kena cari titik ubah 360 darjah.. Tak boleh terus begini, nanti lain pula jadinya.. Hehe.. Okaylah! Jom tidur! Eh!!! Bangunlah!!! Apa anak dara tidur manjang.. =p

Okay semua.. Selamat berhujung minggu ya.. Jaga diri elok-elok dan selamat meneruskan puasa anda.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS
*Khas untuk si pelayar browser IE 8.0 yang ber"OPERATING SYSTEM"kan Window 7 dari NZ sana.. Terima kasih untuk kunjungan anda dan kunjungan kembali dan kunjungan lagi dan lagi dan lagi..*
=)

Ulasan

Ibu Ammar berkata…
mmg blogging ni mcm roller coaster. aku pun rasa camtu gak. =(

siapa tu dr NZ?.. wowwww!

heh, tenangkan hati ye cik dokter. selamat berhujung minggu.

#pesan kat org macamlah aku tenang sangat phui.
sue-ab berkata…
tapi bg makcik..tak kisah la orang ada jenguk ke tidak..yang penting kita ada jenguk blog sendiri dan update selalu..hehehe..kalau lama tak update..orang yg selalu bertandang pun akan lari juga...
@Puteri Biru Kan? Aku lagilah, rasa sekarang macam roller coster tengah menjunam jatuh ke bawah je. Huhu.

Baik!! :)
@sue-ab Betul jugak kan. Jenguk blog sendiri pun tak, ape lagi update blog. Haish. Patut tak payah dah main roller coster, kena tutup je laa blog ni kot kan. Nanti-nanti dah keje pun lagilah tak mungkin akan jenguk blog ni. Huhu.
PuanPepel berkata…
paksa diri jangan tido siang hari...biar bengkak mata pun takpe... da malam baru tido...boleh ubah rasanya.... dulu penah buat...sebab tahap memburung hantu dulu kronik gk,... smpai cair t**k telinga dgr mak bebel..
Nur Hawa Mohd Zin berkata…
awe pun bz kak...huhu...tapi ni baru la ada ruang nak update dan bw...

selamat berhujung minggu kejap je dah ahad kan
farhana berkata…
Saya salah seorang pembaca setia blog ni yg down bila tak ada entry baru =)

Tapi....bukan penumpang setia roller coaster! LOL!
Whoopz berkata…
gwa nak umpamakan blog gwa mcm roller blade je bleh? Roller coaster terlalu osem buat gwa.. :)
ch!natsu berkata…
farhana..!! rindu.. saya sedang selsema.. bule minta ubt free? hehehe~
take care dear.. =)
Puteri Iqa Izyan berkata…
kite pun dah lama tak update. ni baru nak update.

asa bersalah jugak kat readers sbb jarang update. yela, makin lama makin ramai yang baca blog kite. hehehe. macam bajet je komen ni =P

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T