Edisi #Retis : 22 Hari Turun Naik Kehidupan

Assalamualaikum.. Hey! Ingat saya lagi? Ouh.. Harap masih ada yang sudi mengingati.. =)

Sedih bila kadang-kadang tak ada kerja, blogwalking sana sini, ada bloglist yang tertulis CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA - 1 WEEK AGO.. Heh! Macam manalah blogger yang dulunya tegar boleh jadi pesen gini ya.. PEMALAS!! Haha.. Okaylah, dek kerana kemalasan itu, apa kata kita qada' 22 hari dalam bulan Ramadan yang sepatutnya ada entry kehidupan yang patut aku update tapi aku tak update.. Kita bungkuskannya dalam sebuah entry ya.. Nice tak? Aku panggil ini update edisi #retis.. Haha.. Budget retis sungguh! =p

Mula dari minggu kedua Ramadan, aku dah mula bungkus baju dan rempit pulang ke Melaka.. Jiwa aku memang tak ada langsunglah dekat Kuala Lumpur (bukan Jelatek).. Tambah-tambah lagi bulan puasa.. Jadi adalah lebih baik aku pulang dan menyemakkan rumah dengan kehadiran aku.. Keh keh keh..

Suasana rumah? Macam biasa, tak pernah sunyi sebab semua adik beradik ada.. Mak macam biasa, sibuk dengan baju-baju raya orang yang perlu disiapkan.. Baju raya aku? Aku tak pasti ada atau tidak untuk tahun ini, memandangkan tempahan menjahit yang mak dapat terlalu banyak.. But! But! Aku tak kisah sangat pun, asalkan ada baju, lama ke baru ke, yang penting kita RAYA!! Kalau kecil-kecil dulu mungkin aku dah merengek golek-golek bila tak ada baju raya baru, dah besar panjang tua bangka, alahai, apalah nak dikisahkan sangat.. Yang tahun lepas, asal boleh sarung, pun tak ada hal punyalah.. Ya tak? (Ini sekaligus menolak dakwaan Abang K tentang raya, baju raya, lelaki dan wanita di awal entry beliau.. Keh keh keh..)



Congak-congak, dah masuk minggu ketiga aku di rumah tercinta di Melaka.. Minggu depan dah nak raya, hujung minggu nanti mungkin dah kena bertolak pulang ke kampung halaman di Kota Tinggi sana.. Sungguh tak sabar.. Sebab time-time sebelum nak raya di kampung memang sangatlah best.. Time-time raya pula, lagilah best sebab mesti ada terselit sana sini sesi matchmaking.. Wow!! Mari ramai-ramai beliakkan mata.. (GATAI!!)

Sepanjang dua minggu, rutin harian aku tak banyak beza.. Cuma kitaran tidur aku saja dah ada terlalu banyak perubahan yang aku sendiri susah nak betulkan balik.. Jujurnya, perasaan aku bila mana duduk di rumah terlalu lama begini, perasaan diri ini perasan sebagai seorang surirumahtangga mula bercambah.. Dah berbunga dan berbuah pun rasanya.. Ekeke.. Pukul 3 sampai 5 itu dah tentu slot aku di hadapan televisyen.. Sambil lipat baju-baju yang menggunung, aku layan Telenovela Bella Calamidades dan diikuti selepasnya dengan Laila Manja.. Remote TV memang selalu dalam tanganlah.. Perasan tak dah macam surirumah? =.=



Minggu kedua khususnya, aku dan adik aku berdua agak sibuk melakukan kerja part time.. Alhamdulillah.. Adalah income sedikit.. Kami berdua menolong Pak Teh mengira duit syiling.. Banyak tak syiling dalam gambar bawah? Ini baru 5% daripada keseluruhan jumlah syiling yang ada.. Pak Teh aku sebenarnya join venture dengan sahabat beliau untuk sediakan perkhidmatan PUBLIC PHONE.. Jadi bila tiba masa yang sepatutnya untuk kutip hasil tersebut, akan adalah dalam 30 ke 50 bag plastik yang berisi duit syiling.. Duit-duit yang dikutip inilah aku dan adik akan kira dan kumpulkan..

10 sen, 20 sen dan 50 sen.. Bila dah sampai amaun yang sepatutnya, ianya akan dikumpulkan dalam satu beg plastik.. Kalau masuk dalam rumah, memang penuhlah dengan beg-beg duit.. Jumlah-jumlah tersebut akan dicatat dan nantinya akaun akan dikemaskini.. Kepuk-kepuk duit tersebut akan dihantar ke bank dan ditukar menjadi duit kertas.. Tadaa!! Selesai.. 2 hari masa diperlukan untuk selesaikan kerja ini dan dalam sehari, bekerja dalam 8 jam.. Tangan pun dah bau duit.. Duit syilinglah tapi.. Ekeke..


Dalam bulan-bulan puasa, tak mengidam memanglah tak sah.. Awal kepulangan aku ke rumah saja aku dah request nak minum air kelapa untuk berbuka.. Hoho.. Aku dari dulu duduk air kelapa tak habis-habis ya.. Nak buat macam mana, memang suka sangat minum air kelapa yang akan ditambah dengan ros kemudiannya.. Ini bukan kelapa yang dibeli di bazar ya, ini khas dibeli di gerai yang hanya menjual air kelapa SAHAJA..

Bila mana satu gerai itu khusus menjual air tersebut saja, dan buahnya dikokak di saat dan tika itu juga, selalunya air tersebut adalah tip top.. Tak macam yang dijual di bazar bersama air-air lain, rasa air gula, bukan air kelapa.. Kelapa pun payah nak jumpa, rendamlah kepala, selam ke dasar bekas pun, jumlah hirisan isi kelapa dia boleh dikira.. Tak percaya? Petang nanti pergi bazar, sila kira jumlah hirisan isi kelapa yang ada dalam satu bekas air ya.. (Apalah kau Farhana merungut bagai, padanlah dengan harga yang diletak..)


Aku duduk berfikir masa teguk air kelapa, mungkin aku patut kahwin dan settle down kehidupan di tepi pantai.. Aku nak hidup tepi pantai dengan cik abang aku nanti.. Senanglah, bulan puasa, tak payah susah-susah beli air kelapa, tepi pantai dah banyak pokok kelapa, panjatlah!! Masa mengandung nanti pun, air kelapa baik dengar kata.. Mak sampaikan padaku, orang tua-tua bilang, masa mengandung amalkan minum air kelapa, nanti kulit anak cantik..

Jadinya, haruslah bakal anak-anak kami yang berjumlah 6 orang, eh mungkin 7, atau 8, tak kisahlah yang penting mengandungkan kesemua mereka, teguk air kelapa, nanti kulit tantek.. Ewah!! Dah kalau maknya gelap dan ayahnya . . . . . (tempat kosong itu akan diisi nanti-nanti), ada hati nak kulit anak gebu, putih melepak macam tepung gomak? Ewah ewah ewah!! Kuat berangan kau Farhana.. =p



Cerita air dah habis, sekarang cerita makan pula.. Hoho.. Masa awal-awal puasa dulu, mak ada buat kuih kesukaan aku ketika kecil dulu.. Lama rasanya mak tak buat kuih ini, adalah dalam berbelas-belas tahun.. Dulu-dulu, masa duduk di Miri, mak memang rajin buat kuih itu ini.. Sebab itu aku jadi comel macam sekarang.. Sebab kuih mak semua tip top meletup.. Sedap dan memang best bro!! Tapi bila dah berpindah ke Semenanjung, jarang sangat dah mak buat kuih..

Nama kuih di atas adalah KUIH GETAS ya adik-adik.. Gambar tersebut hanyalah gambar ihsan Pakcik Google.. Tak sempat snap gambar real punya, dah habis masuk dalam perut.. Kuih paling senang nak buat.. Pakai tepung pulut, kelapa, secubit garam dan diuli lalu digoreng.. Last sekali disira dengan gula.. Yummie!! Memang sedap.. Bila makan sambil minum kopi hitam pekat, rasa macam duduk di kampung.. Sebab di kampung-kampung saja selalu aku tengok kuih ini..


Adik-adik aku penggemar dadih.. Aku pun suka juga.. Terutama sekali perisa jagung.. Or I can say that I love perisa jagung only.. Heh.. Atas sebab lama dah tak buat dan adik-adik aku pun sukakannya, aku pun baik hatinya mengoffer diri untuk buat 3 atau 4 hari yang lepas.. Lagipun bukannya susah mana pun.. Cumanya aku tak suka bila diri aku bekerja, sebab aku clumsy.. Haha.. Atas sebab itulah, jadi dadih seperti di atas.. Resepi dah sedap dah, pertama kali aku cuba resepi yang ini, tapi sayang terkeras pula.. Tapi habis juga dadih-dadih ni semua.. Adalah dalam 50 lebih bekas..

Dulu resepi yang aku ikut, guna tepung susu, tapi kali ini aku follow resepi yang ada dalam blog Cik Min.. Resepi itu menggunakan 12 gram serbuk agar-agar, 450 gram Creamer Coffee Mate, satu tin susu sejat dan 2 cawan gula.. Boleh tahan jugalah rasanya.. Tapi kalau lembik sedikit mungkin lebih sedap.. Kecewa sebab keras!! Ahhh!!!



Eh! Apa Big Bang buat dalam entry edisi retis aku? Haha.. Aku cuma nak beritahu entah macam mana entah, aku dah mula terjatuh cinta dengan Big Bang.. Macam mana ada orang mungkin dah jatuh cinta dengan Max 24 : 7 dengan lagu baru mereka Cinta 24 : 7, begitu juga aku.. Minat aku selalu pada ballad saja.. Sebab itu aku lebih prefer dengar lagu-lagu dari 2AM dan soundtrack drama.. Semua parody Big Bang aku tengok, lagu-lagu dia aku dengar, ternyata aku dah gila!! Terasa remaja pula bila layan K-Pop.. *Tonight.. Such a beautiful night.. Auwww..*

Orang mungkin gelak, tapi minat aku terlebih dahulu bercambah pada Dae Sung si mata sepet dan bermuka kartun itu sebenarnya.. Coz I find him so hillarious and funny.. Aku rasalah, aku suka lelaki yang pandai buat lawak.. They caught my attention first.. Seriously.. Walaupun tak ada rupa sangat.. =)

Dan, Big Bang dah masuk dalam mimpi aku dah pun.. Semalam, aku duduk semeja berborak dengan Seung Ri dan T.O.P., terasa mereka sangat dan sangat dan sangat REAL okay.. Adik aku geleng-geleng kepala dengar mimpi aku, dia kata aku ketinggalan keretapi sebab baru sekarang duduk minat Big Bang.. =.=

Eh.. Banyak sangat dah aku tulis.. Seronok pula menulis dan berkongsi turun naik kehidupan di blog sendiri.. Lama sangat tak menulis dari hati.. Menulis dari hati tak susah mana pun, cuma kena ada hatilah nak menulis.. Heee.. Dan untuk semua, selamat meneruskan ibadah puasa.. Kita dah hampir sampai ke hujungnya, moga kita terus berusaha tingkatkan ibadah kita, top-up mana yang kurang, sesungguhnya Ramadan datang setahun sekali saja.. Set out your priority.. Mudah-mudahan kita semua peroleh keberkatan sempena bulan mulia ini.. =)

Take care semua.. Have a great weekdays ahead.. Jangan monyok-monyok.. Kerja elok-elok.. Assalamualaikum..

Ulasan

mr.syazwan berkata…
jelatek meh????

uhhh da dekat tu

boleh mengisikan kekesosongan hati tu


;p
PuanPepel berkata…
aku pun suka dadih..
abah aku memang jual dadih pun
kalau nak amek je dalam peti bila2 masa.... :)

suka dadih ori..tak suka kaler2...
ngee~


aku pun da jarang2 update blog...
kadang2 rasa malu nk ngaku blogger.
adrinaqamarina berkata…
fuh, semmmm put rina baca. ehehe. tapi best!


bagai terasa diri ni kat msia pulak. ewah~


suka juga air kelapa, kat rumah rina abah tanam kelapa pandan, yang pendek tu. tapi tu pon tak berapa nak sampai. huhu.


kirim salam orang kota tinggi nanti~

tahun ni pun rina takde baju raya lagi juga, mungkin ada tapi lambat kot.

tapi tak kisah sangat dah pon :)
ch!natsu berkata…
btol2 retis nie.. huhu..
air kelapa mmg fav mimi dr kecik..
bile blk kmpg msti arwah nenek dah sediakan awl2.. sedey plak ttbe bila tringt..~
tp xprnh lg try letak ros..
kene try nie nnti.. huhu..

skejap je dah nak abes puasa kan..
take care 2 farhana.. =)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.