Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

I Can

Imej
Assalamualaikum. Malam semua. Nak tidur dah ke? Mata aku pun dah berat sangat dah sebenarnya, tapi gagahkan juga diri nak menulis. Excited nak menulis. Heeee. Aku sendiri baru balik dari menghadirkan diri ke APHM 2017. Pertama kali attend healthcare conference, as an exhibitor. To be honest juga, pertama kali dapat join event healthcare from the other side of the "view". If you know what I mean. Haha. Mula-mula cuak sebenarnya bila kena pergi, takut ada, kemalasan pun dah tentu-tentulah datang sekali. Pakej orang kata. Bukan apa, rasa masih lagi anxious bila dalam crowd. Rasa macam socially awkward, walaupun dah 2 kali pergi survey. It takes time, but I know I'll slowly overcome that. So today is the day, a platform to fight this social anxiety, to make it go away and learn to approach people without feeling scared and self-conscious. I can't say I'm proud of myself, not yet anyway, but I feel happy to talk to a lot of people, from different field...

3 Times

Imej
Assalamualaikum. Salam 12 tengah malam. Sebelum tidur, nak tanya, siapa pernah baca artikel tentang 3 kali? 3 orang? Aku suka sangat dengan artikel yang housemate aku kongsikan ini, deep and meaningful. Dan aku bersetuju dengan lontaran pandangan penulis artikel itu. Tajuk artikel itu berbunyi, "Kita Cuma Akan Jatuh Cinta Dengan 3 Orang Sepanjang Hidup Kita". Mesti kau tertanya-tanya, kenapa 3 orang? Aku pernah couple lebih dari 3 kali oii, aku pula tak pernah bercinta lagi oii. Haha. Bagi aku artikel ini bersifat abstrak. 3 orang yang dimaksudkan di sini, aku tak ertikannya sebagai orang. Dalam pandangan aku, 3 orang itu bermakna 3 kali, 3 fasa, dalam hidup kau. Yup! It is true if we are thinking it that way. It makes whole lot of sense. Jom baca dulu.  We Only Fall in Love with 3 People in Our Lifetime—Each One for a Specific Reason. 1. Often our first is when we are young, in high school even. It's the ideal istic love—the one that seems li...

Grab

Imej
Assalamualaikum. Siapa suka pergi bercuti? Siapa yang dah lama tak cuti-cuti jalan sana sini tengok tempat orang? *Angkat tangan sendiri* Haha. Cuti-cuti kita cerita dekat hujung-hujung nanti eh. Tiba-tiba rasa macam nak cerita pasal Grab Car. Aku jarang ambil pengangkutan awam, sebab tak ada keperluan waktu itu. Zaman belajar dulu kala pernahlah ambil teksi sekali dua. Bila dah duduk KL, tambah lagi di zaman yang serba maju macam sekarang, bukan saja ada teksi, bas, LRT, malah ada Grab Car, ada Uber. Duduk KL, kau memang akan rasa malas nak memandu sendiri sebab jalannya yang selalu sesak dan buat kau selalu sesat. Itu akulah. Haha. Jadi, solutionnya, aku mula belajar ambil Grab Car. Mudah pun mudah sebab kita boleh book melalui apps. Kita boleh tengok identiti driver kita, kereta dia, kedudukan dia, dan juga harga tambang yang kita perlu bayar. Canggih betul zaman sekarang eh. Haha. Jadi sekarang kalau aku outstation, contoh macam minggu depan aku akan ke Damansa...

Yang Pertama :)

Assalamualaikum. Eh! Sabtu dah separuh hari berlalu. Padahal tak buat apa sangat pun. Hahaha. Bergolek-golek, terlelap kejap, masak, makan, golek balik, lelap balik. Kekeke. Anda-anda semua buat apa aje? Mesti pergi open house, kenduri kahwin, makan kambing golek kan? Sedap sangat. Tak lama lagi filem Kau Yang Satu lakonan Aaron Aziz dan Izara Aishah akan ditayangkan. Aku bukanlah peminat filem adaptasi, sebab selalunya adaptasi kurang menjadi, feel dia jadi ke lain. Kadang apa yang ada dalam novel, tak sesuai nak diangkat ke layar perak. If you know what I mean.  Novel KAU YANG SATU adalah antara novel-novel pertama yang aku baca zaman muda remaja belia dulu. Ada 2 novel yang jalan ceritanya melekat dalam kepala aku dan beri kesan sangat mendalam sampai duduk berangan-angan. Sebab itu zaman dulu, blog aku penuh dengan tulisan cinta. Merepek aje banyak sebenarnya. Haha. Selain novel Kau Untukku karya Aisya Sofea, satu lagi adalah novel ini karya Nia Azalea, iaitu KA...

Penunggu

Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Hmm. Syawal dah nak habis kan? Rasanya dah masuk 28 Syawal kot, tapi dekat KL masih bersepah-sepah lagi open house. I bet next weekend will be too. As for me, weekend will be bed, kitchen, sleep, cook, movie/series marathon. Sounds boring? Not for me. Haha.  While browsing through Instagram, I saw a friend sharing this video, from an account called Melody Dalam Puisi. A great account to follow. You can follow them on their Instagram account, as well as their Facebook page. The video title is WANITA YANG PANDAI MENUNGGU. It was sooo inspiring. Well, inspiring bagi aku at least, seorang bekas penunggu. Hahaha.  Sehebat apa kita setia. Selama apa kita menunggu. Sekeras apa kita bersabar. Semua... Telah ditetapkan-NYA. :) I never regret waiting, but I decided not to wait anymore. I'm letting it go, as I'm not young anymore. Maybe my circle of social life has widen since I'm on this job, and maybe there are plenty of c...

#ReunitedWorlds You Gotta Love It!

Imej
This drama is a love story between an 19-year-old man and 31-year-old woman, born in the same year and were childhood friends. Although born in the same year, two childhood friends end up being 12 years apart because they have aged at different places (worlds) for some strange reason. Now Jung Jung Won ( Lee Yun Hee ) is a 31-year-old woman but Sung Hae Sung ( Yeo Jin Goo ) is still a 19-year-old boy. Meanwhile, Cha Min Joon ( Ahn Jae Hyun ) is a chef also interested in Jung Jung Won. Assalamualaikum. Lama tak update, sangat busy dengan kerja. Minggu depan outstation lagi, banyak benda nak kena review, tambah lagi dengan Association of Private Healthcare Malaysia International Conference and Exhibition, memang tak menang tanganlah. But, I love my job. :) This post will not be long. Cuma nak cakap, aku tak sengaja terdownload drama Korea baru yang menggantikan Suspicious Partner. Tajuk dia REUNITED WORLDS. Kenapa aku cakap tak sengaja, sebabnya aku tak berapa mi...

TO-I-LET

Assalamualaikum. Happy weekend!! Salam 1 tengahari. Haha. What a weekend, lazying around, marathoning my favorite series. I managed to finish 3 series to be exact; Once Upon A Time, The Vampire Diaries, Marvels Agents of Shield and Sleepy Hollow. Gotta catch up with Supergirl and The Flash next. Of course, kena selit jugalah kerja sikit di hujung minggu. Walaupun prinsip aku, leave work at work, tapi kadang kalau dah deadline semua bertindan-tindan, nak tak nak kena jugalah bawa balik. Zzz. Benda yang aku tergerak nak tulis ini, sebab aku nampak ada post yang tengah hangat orang cerita. Yup! The title says it all. Saja aje buat ejaan begitu, kalau eja TOILET macam tak berapa best. Hahaha. I was having the exact same problem when I went for outstation a few days back. Tandas dia tak ada hos paip, maksudnya jamban dia pakai bidet. To make matter worst, bathtub dia punya shower jenis yang stick to the wall. Now you tell me, how much I need to suffer. Kekeke. Sepanjang aku dud...

A Challenge And A Smile

Imej
Assalamualaikum. Pukul 1 dah, mata pun ngantuk sebab siapkan kerja yang bertimbun dan bertangguh. Tapi gigih juga nak tulis entry. Haha. Hari ini baru saja balik dari outstation, sampai saja di rumah sewa, terasa heaven sangat sebab tandas ada hos paip, dan aku dapat jumpa balik kipas kesayangan aku. Haha. Serious, aku tak gemar kalau duduk hotel tapi tandas dia tak ada hos paip. Aku orang Melayu okay! Tak reti nak pakai bidet bagai ni semua. Zzz. Dan aku rindu kipas sebab aku lagi prefer kipas dari aircond. Siapa sama kita geng! Kikiki. Petang tadi rakan sekerja aku tolong snap gambar majalah yang sememangnya aku nanti-nantikan kehadirannya dari bulan lepas lagi. Heeee. Awal bulan lepas rasanya, tiba-tiba dapat tugasan mengejut dari bos, walaupun report bertimbun tapi ku gagahkan juga sebab aku kan suka menulis, tambah bila dah diberi peluang, siapa yang nak lepaskan, betul tak? Aku diberi satu tugasan yang agak mencabar. Bagi aku sangat mencabar jugalah. Memang...

Despacito What??

Imej
Assalamualaikum. Salam hujung minggu semua!! Hujung minggu yang tak hujung minggu sangatlah bagi aku, sebab nak kena pergi outstation hari Ahad nanti. Walaupun dalam KL, tapi kena packing beg baju bagai juga. Walau dalam kemalasan, ada excited jugalah. Haha. Semenjak dua menjak aku suka sangat main benda alah Insta Story, jadi bolehlah aku menyemakkan Insta Story aku dengan macam-macam cerita. Kekeke. Oh ya. Cerita pasal Despacito. Aku perasan masa bulan puasa hari itu agaknya, atau mungkin sebelum bulan puasa lagi, duduk viral lagu Despacito dan ramailah buat cover lagu ini. Bila baca lirik dia, amboi, tak senonoh benar ya. Haha. Mostly Spanish song memang begitu, yang aku perasanlah. Aku pun layan juga lagu Latino. Bukan Kpop aje. Semua aku dengar asal kena selera. Lagu terakhir yang aku suka dengar adalah satu lagu dalam drama Jane The Virgin. Sedap. Jadi terus google dan jumpalah dengan David Bisbal - Esclavo De Sus Besos. Lagu-lagu depa memang syok layan, especially untuk t...

Saga

Imej
Assalamualaikum. Selamat malam. Esok dah Jumaat eh, kejap benar rasanya. Rasa macam baru semalam cuti panjang 9 hari bermalas-malasan di rumah. Malas dia tu sampai rasa bila kau pergi kerja pagi-pagi nak "panjat" jejantas, kau bayangkan boleh merangkak / bergolek naik dan turun tangga jejantas. Hahaha. *tampar sikit muka* Kena mula balik senam, rasa macam stamina dah kurang, yang bertambah cumalah berat. Oh! Oh! Oh! Hari Ahad dah nak outstation, harapnya kerajinan akan sampailah hujung minggu ni.  Bila malas bertambah, rajin dia tu banyak pergi pada Facebook dan Instagram. Haish. Apa nak jadi ni. =p Benda yang aku suka bila layan Facebook, bila follow kawan abah aku, merangkap mak kepada rakan sepermainan aku masa kecil. Beliau sangat suka kongsikan gambar-gambar dan suasana di Sarawak, particularly Miri dan Sibu. Miri boleh dikatakan tempat aku membesar jugalah. I spent nearly half of my age there. Hmmm. Around 12 years if I am not mistaken. Terlalu banyak s...

Road To 35

Imej
Assalamualaikum. Dah masuk hari ketiga mula kerja lepas bercuti seminggu. Masih terasa kemalasan dan kemengantukan lagi. Haha. Terpaksalah bancuh kopi bagi segar sikit mata dan otak. Oh ya, dan sambil-sambil kita buka dashboard dan taip entry. Hajat nak capai balik ribu riban punya view dekat blog. Mana tahu ada peluang boleh apply Google Adsense ke, Innity ke apa ke kan. Side income orang kata. Hehe. Dalam 2 ke 3 hari kemalasan aku bekerja inilah aku duduk berfikir masa depan. Haha. Hati meronta sangat nak beli rumah. Mungkin sebab cuti raya tempoh hari aku dengar sembang-sembang abah aku dengan Ayah Long aku tentang beli rumah. Rumah lelong, rumah kerajaan Johor dan macam-macam lagilah kan. Tergoda jugalah hati hamba. Aset oii. Umur dah 30, sepatutnya dah ada aset. Tapi di manakah ia? Mana? Mana? T_T Bila dah banyak setback dalam hidup kau, automatik banyak benda akan terganggu dan tergendala. Sama juga dengan perancangan nak beli rumah, nak beli tanah, nak kum...

Yang Mana Satu?

Imej
Assalamualaikum. Selamat malam. Semalam tulis entry di Melaka, hari ini kita tulis entry di KL pula. Haha. Begitulah kehidupan seorang perantau. Dah dapat cuti sampai 9 hari, mulalah terasa kemalasan yang berganda. Kan kan kan? Haha. Okaylah, semalam entry dah sedih, kita campak jauh-jauh. Bersedih tak payah lama-lama. Sehari cukup. Haha. Daripada duduk bersedih duka lara, kita doakan yang baik-baik aje untuk semua orang, tak lupa untuk diri sendiri juga. Heeeee. Semenjak dua menjak, otak banyak fikirdan duduk buat percaturan dan perkiraan. Aku dah bekerja di MSQH dah nak masuk bulan kelima. Aku akui kerja ini memang banyak benda kau akan belajar. Kau akan belajar multitasking. Banyak sangat pengalaman berharga boleh kau timba walaupun kau bukan lagi dalam bidang klinikal. Tambah lagi bila kau dapat peluang untuk jalankan akreditasi dekat sesebuah hospital. Bulan Julai ini saja ada 2 hospital yang akan aku pergi. Kau akan belajar semua aspek dalam pentadbiran hospital....

B.E.A.U.T.I.F.U.L

Imej
Assalamualaikum. Heee. Salam 8 Syawal nak masuk 9 Syawal buat semua. Yang mana cuti seminggu mesti seronok kan sebab esok dah nak mula kerja. Kekeke. Open house, beraya bagai semua kita tolak hujung minggu ya. Oh ya, dan bolehlah kita mulakan semula misi mengurangkan #memok yang datang kembali musim raya ni. Haha. Aku sendiri pun rasa dah memok sangat bila cuti seminggu, duduk rumah, makan sedap-sedap. Macam manalah agaknya bila mula balik jalan kaki nak pergi kerja, mahu mengah-mengah agaknya naik jejantas. Haha. Separuh tahun pertama dah berjaya kurangkan 12kg. Untuk separuh tahun kedua, target nak buang lagi banyak. 24kg ke? Chaiyok!!! Bila diri memok, kadang datang perasaan, buruknya aku, selebet dan selekehnya aku. Kadang-kadang perasaan negatif tu akan datang jengah tiba-tiba, tapi sebenarnya itu boleh jadi pemangkin semangat untuk buang lelemak yang menghuni badan kita ni. Aku ada terbaca satu artikel tentang macam mana seorang mak ajar anak definisi gemuk, dek ...

Bride Of Water God Habaek Bakal Merampas Takhta Dari Goblin?

Imej
Assalamualaikum. Salam raya ketujuh. Sekejap aje dah seminggu ya. Mood beraya tak berasa sangat sebab duduk rumah menghadap kucing-kucing, menghadap kerja-kerja (5% ajelah =p), menghadap movie-movie. Haha. Mood kelaut sebenarnya, rasa nak marah ada, rasa geram ada, rasa perit ada, semua bendalah rasa. Never thought it'll turn out and end like this. I surrender. I totally give up on what I feel. Heh. Lama kan kita tak tulis pasal drama Korea, akhir sekali pun kita borak pasal Goblin dan demamnya yang tak sudah. Haha. Lambat juga nak move on dari Goblin. Best kot. Kekeke. Esok 3 Julai 2017, tvN yang tak lama dulu meletop dengan drama Goblin, kali ini akan tayangkan lagi satu drama yang dengar khabarnya bakal menggugat takhta kepopularitian Goblin lakonan Gong Yoo. Tambah pula drama ini akan diterajui oleh hero kegemaran ramai. Drama bertajuk BRIDE OF WATER GOD HABAEK ini menyaksikan Nam Joo Hyuk (hero Weightlifting Fairy) sebagai Water God Habaek dan Shin Se Kyung...