Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2017

Please Stop Me!!

Imej
TOLONG!! TOLONG!! TOLONG!! TOLONG!! Assalamualaikum. Haha. Banyak tolong kan. Tengah dalam mood cuti lagi. Bergolek-golek dalam rumah dengan kucing-kucing kesayangan. Sambil mengemas sana sini sambil duduk dengar radio. Sekali dalam radio berputarlah satu lagu. Menariklah dengar. Sebab pattern telinga aku, suka dengar lagu lemah longlai lembut ala-ala zaman otai 90an kacuk dengan pattern lagu Indonesia. Haaa.  Jadi risik-risiklah dekat adik aku siapa nyanyi lagu ni? Kononnya nak download dan simpan dalam playlist. Walaupun suara penyanyi dia banyak auto tune, tapi tak kisahlah kan. Hahaha. Terkejut kita bila dengar nama penyanyinya. Haha. Adoi. Adik aku pun cakap, "Serious arr nak download lagu dia?" Errr. Kejap ahh aku fikir dulu. Tolong hentikan aku daripada dengar lagu ni boleh? Hahaha.  =p Tapi aku rasa kan, kalau lagu ni orang lain nyanyi, mungkin penerimaan dia lain. Kan kan kan? Hahaha. Kasihan Fattah Amin. Kenapa orang tak suka dia eh? Aku ...

Food Poisoning

Imej
Assalamualaikum. Salam Aidilfitri. Sekejap aje dah nak masuk raya keempat kan? Masih cuti lagi ke tu? Aku cuti seminggu. =p Alhamdulillah, dah selamat sampai lepas Melaka petang tadi lepas tabahnya mengharung kesesakan di lebuhraya. Kali ini, balik ke Kota Tinggi selama 4 hari. Rayu aku biasa-biasa saja. Macam tahun-tahun sudah juga. Cuma yang beza adalah seperti yang tertera di tajuk atas. Haha. Sebenarnya ikutkan dah lama sangat tak kena food poisoning. Adalah dalam 2 ke 3 tahun kot. Entah tak tahulah lauk mana yang aku melantak yang ada problem, sebab boleh kata kebanyakan ahli dalam rumah tu ramai yang kena keracunan juga. Adik aku 12 kali masuk tandas, mak aku 9 kali, sepupu sepapat aku berkali-kali juga, dan aku sendiri 6 kali. Melelas ooo. Perit oi oi. Hahaha. Memulasnya tak payah cerita, lama sangat dah tak rasa sakit memulas sebab food poisoning. Memang seksa sangat. Tambah pula aku rasa kuman kali ini agak degil dan powerful. Heh. Okay, apa aku buat kalau...

Aku Langsung Telah Jatuh Cinta, Saat Kita Bertemu, Hingga Terasa Begitu...

Imej
Assalamualaikum. Sambil-sambil kita moreh, kita blogwalking kejaplah. Panjang tak tajuk entry? Dah lama rasanya tak tulis tajuk entry panjang-panjang. Haha.  Dua tiga hari lepas jenguk instagram Cik Epal, terpandanglah video surprise sempena birthday dia. Ramai juga terjebak dengan background music untuk video tersebut. Haha. Aku pun sama juga. Mengikut pendengaran macam suara Charly bekas vokalis ST12. Sekali google, betul rupanya. Lagu dari Setia Band bertajuk Stasiun Cinta. Charly dah keluar dari ST12 dan tubuhkan band sendiri, dan dinamakan Setia Band. Okaylah, nak sambung moreh apa patut. Layankan ajelah ya. Heee. Selamat malam semua. Dan selamat bersahur nanti. Assalamualaikum. * * * Aku langsung tlah jatuh cinta Saat kita bertemu hingga terasa begitu Gila aku terasa gila Bila karena kamu getarkan isi hatiku Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandang pertama Jumpa di stasiun kereta Sayang aku tlah jatuh cinta, cinta pandangan pertama Jumpa di stasiu...

The Meaning

Imej
Assalamualaikum. Oh. Macam biasa kalau hujung minggu, lepas sahur mata mesti segar bugar. Tak macam waktu hari bekerja. Pandai eh mata Farhana pilih time dan hari. Haha. Semalam, aku dah tiga lagi orang housemate cadang untuk buka puasa sama-sama di luar. Bila masak hari-hari, kau akan jadi thought block, jenuh fikirkan apa lagi menu nak dimasaknya. Bila ada idea nak masak, bahan pula tak ada. Haha. Adoiyai. Contohlah kan macam hujung minggu ni, aku cadang nak buat kuih sum sum, tapi cari perisa ros tak jumpa-jumpa. Pandan, no no. Gula melaka, pun no no. Jadi nanti tengoklah macam mana kesudahannya ya. Haha. Tahun sudah rasanya rutin biasa aku buat, aku tak buat. Rutin hantar kad raya. Maklumlah bila tengah tanam anggur, belum musim menuai, tak adalah hasil. Jadi tak dapatlah beli kad raya. Kekeke. Tapi makin makan tahun, makin susah nak cari kad raya. Puas cari dekat kedai buku, akhirnya jumpa dekat AEON Quill Mall. Mungkin tak suatu hari nanti tradisi kad raya ni aka...

You Took...

*Suka pula dengar lagu ini semenjak dua menjak. Haha.* Staring at the moon so blue Turning all my thoughts to you I was without hopes or dreams I tried to dull an inner scream but you saw me through  Walking on a path of air See your faces everywhere As you melt this heart of stone you take my hand to guide me home and now I'm in love  You took my heart away when my whole world was gray You gave me everything and a little bit more And when it's cold at night and you sleep by my side you become the meaning of my life  Living in a world so cold you are there to warm my soul You came to mend a broken heart You gave my life a brand new start and now I'm in love  P/S: I hope you are fine there, wherever you are whatever you do, always be strong, cause you are always the "kartun", the "Penyebab Senyuman Dalam Rahsia". After the sadness and hardship, may Allah bless you with all the best things in the worl...

Life, Love in Signed, Sealed, Delivered

Imej
Assalamualaikum. Salam 16 Ramadhan. It's Sunday. And so called a day to lazy around. It was hard getting up from bed especially during weekend, plus, it's public holiday and that means you'll be having one more day to lazy around. Haha. Of course, another day to whack your brain with questions, thoughts on what to cook for your iftar. Yesterday, despite my laziness, I manage to cook curry and roti jala. It feels great when you get the chance to fill your housemates' tummy. And the 1 million question for today, again, what to cook?? Singapore fried bihoon sounds delish. *eyes roll* Last night, after Terawih and moreh, I downloaded and watched a telemovie that I'm so in love very much. It was actually a series of 10 episodes, but then they don't produce it as series anymore. Instead, they are doing it as expansion films. Up till now, they are already airing 8 expansion films / telemovie for this particular series. Yup yup! The title is Signed ...

Botol Air

Imej
Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Oh, dan salam 15 Ramadhan. Hari ini lepas Subuh, duduk kemas-kemas sikit, sampai sekarang pukul 9 tak pula mengantuk. Tapi bila kena hari kerja, masuk kerja pukul 7.30, pukul 8 dah mengantuk. Hahaha. Magik tak? Nuzul Quran hari Isnin ni Kuala Lumpur cuti. Maknanya, kita takkan jejak kaki ke pejabat selama 3 hari. Hahaha. Boleh golek sepuasnya. Ops!! Nak balik Melaka, tapi tengah bulan, nampaknya memang duduk di KL aje gayanya. Oh, kenapa cerita pasal botol air bulan-bulan puasa ni? *jeling kiri kanan* Haha. Sebenarnya semalam masa break solat Jumaat, aku dan kawan sekerja keluar pejabat kejap. Terjah Quill City Mall sebab nak beli stok air mineral. Bulan puasa kuat pula minum air lepas berbuka. Sebab takut tak cukup tangan aku pun cuma beli 2 botol 5.5L punya air. Nak kata berat sangat, tak adalah. Kudrat wanita aku masih lagi boleh angkat. Cuma sebab semalam ada beli lagi barangan lain, tangan sebelah dah penuh. Jadi terpaksalah ...

Baju

Assalamualaikum. Mengantuk dan berat sangat kelopak mata, tapi cuaca panas jadikan aku sukar nak lelapkan mata. Esok dah nak masuk 14 Ramadhan ya, sekejap sangat masa berlalu. Hmm. Dekat pejabat dah ada yang mula cerita pasal baju raya, yang mana tahun ini macam tak adalah nak fikir baju raya sangat. Selalunya baju raya kami adik beradik mak yang jahit, tapi tahun ini mungkin kena beli sendiri gamaknya.  Aigoo. Itulah benda yang aku paling tak gemar. Beli baju!! Tahu tak betapa susah nak cari plussize dengan harga yang okay. Satu masalah baju plus size, kadang ianya macam melekat dekat badan, rasa rimas, jadi kita perlu ambil satu atau dua saiz lebih besar, supaya dia tak sendat dekat punggung, dekat pinggang, dekat dada dan juga dekat tangan kau. Lagi satu, kalau beli blouse kena cari yang labuh depan belakang. Hmm. Maka inilah antara masalah-masalah aku. Haha. Bukan tak ada, ada. Cumanya baju plussize kadang agak pricey. Berfikir dua tiga kali jugalah bila nak be...

Lepas Subuh

Assalamualaikum. Baru pukul 9 pagi. Sambil menaip siapkan report sambil menguap. Mengantuk oii. Mana taknya, dah kata masuk kerja pukul 7.30. Haha. Sambil duduk menguap, sambil duduk fikir masak apa hari ini. Adoiyai. Pening dah nak fikir menu apa lagi. =.= Pagi tadi lepas sahur, solat Subuh, macam biasalah kena nap balik kejap. Kalau tak nanti, dekat office confirm tersengguk punya. Tapi sebenarnya, lepas Subuh tak ada istilah power nap. Itu cuma untuk tidur sebentar lepas Zuhur. Kekeke. Sebab lepas Subuh kau tidur, sebenarnya berjuta kali ganda lagi mengantuk. Haha. Kalau lepas Subuh tak tidur, mengantuk tu kau akan rasa bila nak menjengah petang. Pengalamannnn. Haha. Dan bila lepas Subuh kau tidur, maka kau akan "prone" untuk dapat mimpi pelik lagi aneh. Haha. Subuh tadi, aku seronok jugalah mimpi dapat pergi outstation. Bahagian mengerikan tiba bila hotel yang aku duduk adalah high rise building yang ada puluhan tingkat. Sudahlah ada masalah telinga, dibe...

Hikmah

Assalamualaikum. Salam 10 Ramadhan. Esoklah kan 10 Ramadhan? Cepat betul masa berlalu. Dah sepertiga bulan Ramadhan berlalu. :'( Dalam bulan puasa kali ini, aku berpuasa di rumah sewa. Macam tahun-tahun sudah waktu tengah tanam anggur, sedaplah duduk rumah dengan parents kan. Bila dah duduk menyewa, dah lain dah senarionya. Banyaklah timba pengalaman baru. Belajar berjimat cermat. Masak ke beli ke. Persoalan yang selalu nak hadaplah kan. Bila masak kita jimat sikit duit, bila beli pula kita jimat masa. Haha. Dan masa hari kelima atau keenam berpuasa, aku dapat berita yang research/abstract aku berjaya diterima untuk poster display semasa International Forum on Quality & Safety in Healthcare. Berdebar jugalah, sebab kali pertama hantar research (pertama kali juga buat), dan sekaligus berjaya diterima untuk acara yang akan berlangsung di KLCC bulan Ogos ini. Syukur sangat sebab diberi peluang ini. Rasa macam satu lembaran baru lagi dicipta dalam hidup aku, yang m...