Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Selamat Pengantin Baru X-Men:Apocalypse

Imej
Assalamualaikum. Pukul 3 pagi dah. Kelabu asap dah mata. Nak tidur tapi malas. Aaa. Boleh gitu? Haha. Hari ini dah 16 Mei, cepat sangat masa berjalan. Ada 2 perkara besar di bulan Mei ini. Dan kedua-duanya aku dah rangkumkan dalam satu tajuk, iaitu tajuk untuk entry kali ini. Haha. Sounded awkward right? 19 MEI 2016 adalah hari pertama tayangan filem Marvel kesukaan ramai, siri X-Men yang mana kali ini berkisarkan tentang mutant bernama Apocalypse . Aku boleh dikatakan peminat tegar siri Marvel . Sebabnya aku suka cerita yang ada superpower. Macam mana aku kecil-kecil dulu gila dengan semua siri Power Rangers. Dah besar, kita beralih pula pada X-Men . Siri yang tak pernah miss untuk tonton. Tapi nampaknya kali ini macam ada halangan sikit nak menontonnya di hari pertama. Sebab apa? X-MEN : APOCALYPSE Sebab berlakunya peristiwa kedua terbesar dalam bulan Mei, iaitu perkahwinan adik perempuan aku. Jadual full, pack! Semua orang sibuk nak buat persiapan itu ini, aku ...

Eh! Kakaknya Bila Lagi??!!

Imej
Assalamualaikum. Whoa!! Lega!! Dah Ahad. Dah lepas kedua-dua majlis yang memakan kudrat beratus-ratus orang. Penat sebenarnya buat kerja kahwin. Esoknya confirm terbongkang atas katil rasa malas nak jalan jejak tanah. Haha. Terima kasih tak terhingga sangat buat saudara mara yang banyak membantu. Tak terbalas jasa kita. Buat kenduri dekat kampung memang penatlah tapi meriah sebab ada saudara mara menolong.  Apa pun, aku tumpang gembiralah untuk adik aku. Dia dah jumpa kisah bahagia dia. Aku walaupun tak tahu bila tapi aku gembira juga sebab dikelilingi ramai orang-orang tersayang. Yang bestnya, masa majlis semalam aku cuma dapat 2 soalan yang berbunyi seperti tajuk di atas. Yeay!!! Mungkin sekarang dah biasa dah situasi langkah bendul ni kan? Heee. Okaylah. Nak sambung tidur boleh? Haha. Selamat berhujung minggu semua dan selamat bercuti sekolah. Assalamualaikum.

Raikanlah Cinta

Imej
Assalamualaikum. Woot woot. Dah Rabu dah oii. Cepat benar masa berlalu, sedar tak sedar 2016 dah nak masuk separuh jalan dah pun. Adik aku pun dah mulakan kehidupan baru dengan status baru, hidup dah maju ke depan. Aku sajalah yang masih terkial-kial lagi menanti keputusan kerja, interview lagi, proses nak mula kerja lagi. Banyak sangat nak harung nak fikir. Ting tong jap kepala. Yang masih mengikat aku pada kewarasan cuma kepercayaan kedua orang tua aku dengan kesabaran yang aku pujuk untuk cambah dalam diri aku. Kalau ikutkan, sangat penat, memang penat. Fasa nak mulakan kehidupan baru dengan status baru pun aku perhatikan banyak langkahnya, banyak juga dugaannya, kadang boleh buat orang rasa nak give up, macam-macam benda. Tapi seharusnya proses ini memudahkan, sebab kita pun nak bina masjid. Berpada-padalah dalam segalanya, rancang dulu sebelum mula dan ambil kira kemampuan. Sebab kita nak hidup bersama ini bukan sehari dua, tapi untuk selama-lamanya. Betul tak? Walaup...

Manusiakah Kita?

Imej
Assalamualaikum. Phew!! Tarik nafas lega kejap. Sedar tak sedar dah 2 hari berlalu semenjak hari pernikahan adik aku. Mak aii, penatnya memang tak terkatalah. Kerja aku sebagai orang belakang, tukang cuci pinggan bertingkat-tingkat macam KLCC. Dengan ketinggian yang rendang 156 cm, aku pun terbongkok-bongkoklah cuci pinggan dari pukul 12 sampai ke pukul 4 lebih. Bila dah selesai, rasa macam nenek bongkok tiga, tak boleh dah nak tegakkan badan. Aaaa sudah. Jangan slipped disc makin teruk sudah. Jangan buat naya. Aku nak sambung housemanship balik tak lama lagi. T_T Oh ya, sambung cerita kita lain kali. Tujuan asal nak menulis entry ini sebabnya macam kita semua mungkin dah baca pagi tadi, satu penulisan yang telah jadi viral perihal kemalangan yang berlaku petang Ahad di lebuhraya PLUS berhampiran Alor Gajah / Simpang Ampat. Ya!! Betul!! Kemalangan itu melibatkan 2 orang adik beradik yang accident sebab terlanggar sebuah kereta rosak di laluan kecemasan, menyebabkan merek...

Bezanya Bila Kau Sangka Kau Tahu ; Kau Yakin Kau Tahu ; Kau Tahu Itu Fakta Yang Kau Kena Tahu

Imej
Assalamualaikum. Aku baru lepas habis menulis. Alah. Menulis subtitle saja pun. Tak banyak sangatlah line, 1000+ saja. Sakit pinggang sikit, sakit kepala sikit sajalah. Haha. *sarcastic much tak?* Sebenarnya tangan asyik gatal nak menulis, itu sebab minggu ini macam menggila buat subtitle. Nak tulis dekat blog, tapi hati penuh rasa kebencian dan kemarahan tak boleh menulis entry, nanti penuh dengan aura negatif. Tak elok. Subtitle kedua yang aku tulis ini untuk filem Jepun, live action untuk anime bertajuk Ore Monogatari a.k.a My Love Story. Ingat nak tulis subtitle sajalah, tapi terjatuh cinta pula dah. Menyampah okay asyik jatuh cinta dengan love story. Haha. Kalau ada sesiapa berminat nak tengok filemnya, boleh download dekat page TOPFILMZ . Dan kalau berminat nak tonton dengan subtitle Melayu, boleh pergi web MALAYSIA SUBBERS CREW okay. Support hasil karya orang kita. Peace! * * * Haaa! Nampak tak keluar 3 bintang dekat atas memisahkan dunia bebelan dengan dunia r...

Aiskrim, Cuaca Panas Dan Big Bowl Ice Melaka

Imej
Assalamualaikum. Cuaca panas dah hampir berbulan-bulan melanda Malaysia kan? Tiap kali kalau tidur malam, dah tentu katil kau basah macam baru lepas kena jirus air sebaldi. Panas dia mak datuk, buat kau rasa nak tinggal dalam peti sejuk. Maklumlah rumah tak ada aircond. Tsk tsk. Tapi dalam 2 ke 3 hari kebelakangan ini Melaka dah hujan. Tapi bahang panas masih lagi terasa, cuma adalah sikit sejuk-sejuknya. Cerita aiskrim ini dah lama sebenarnya. Semuanya bermula gara-gara nak makan Ice Room dekat Nilai tapi masa pergi tempoh hari dah tutup. Sebabkan mengidam, aku google aiskrim yang sepesen macam Ice Room dekat Melaka. Dan akhirnya jumpa, tadaaa!!! BIG BOWL ICE Okay, pertama sekali Big Bowl Ice ini ada 3 cawangan kalau tak silap aku. Satu dekat bandar, satu lagi dia Kota Laksamana dan satu lagi yang aku pergi adalah di Batu Berendam. Benda yang kau perlu tahu bila nak jengukkan diri kau kat sini adalah timing yang sesuai. Sebabnya Big Bowl Ice dah menjadi sangat pop...

OST / Soundtrack Drama Akasia : Duda Terlajak Laris Lakonan Idris Khan, Zara Zya, Wawa Zainal

Imej
Assalamualaikum. Kah kah kah. Nampak tak lama aku tak buat entry yang tak berfaedah? Hahaha. Dulu-dulu selalulah update OST / soundtrack untuk telemovie, drama-drama, rancangan variety show Korea, tapi sekarang bila dah kurang masa nak layan benda alah tu semua, jadi entry pesen begini pun tak nampaklah batang hidungnya. Haha. Trend sekarang, banyak sangat lambakan drama adaptasi novel, yang lagi best novel yang tajuk dia memang bagi orang kutuk, sumpah seranahlah. Haha. Macam biasa, rakyat Malaysia. Hmm. Aku pula jenis layan apa saja, tak kisahlah orang nak kutuk ke apa ke, kita tonton sesuatu cerita, kita ambil apa pengajaran yang boleh ambil, yang mengarut kita tolak tepi. Memang tajuk mungkin agak pelik-pelik dan bagi sesetengah orang mungkin kandungan novel cinta sekarang banyak tak membina, jadi kita kritik cara baik, jangan asyik nak condemn nak kutuk kan. Peace. Okaylah, entry OST / soundtrack yang aku nak buat kali ini adalah untuk drama slot Akasia bertajuk D...

Immature

Imej
Assalamualaikum. Aku terasa nak menulis sangat tentang ini, bukan apa sangat pun, cuma bebelan dari hati. Haha. Aku perasan ada juga beberapa orang pembaca blog aku yang rajin belek-belek entry-entry lama aku. Sejak dari 2016, patah balik baca sampailah tahun aku mula menulis, iaitu tahun 2009. Tak sangka ada yang mampu bertahan membaca entry-entry kanak-kanak ribena ini. Haha. Aku mula menulis pada 2009, ketika itu usia aku 22 tahun. Muda, muda sangat-sangat. Pemikiran memang tak matang. Memang tak matanglah senang cerita. Entry aku dulu-dulu penuh warna. Setiap perenggan aku akan guna warna yang berbeza. Setiap entry aku juga kadang guna font yang berbeza. Tapi selalunya font skema dan gabak besar. Sekali imbas, kau akan ingat ini penulisan budak sekolah rendah. Haha. That's me. I love colorful things. My mind was so free that I would think about almost about everything and sometimes I twist about it a little bit. Tajuk entry aku dulu-dulu catchy gila, panjang gila, ...