Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Dunia Criminal Minds

Imej
Assalamualaikum. Semangat balik nak tulis blog. Yosh!!! Kalau anda-anda semua pernah baca blog ini, mesti akan perasan banyak merepek pasal drama-drama Korea, tak pun merapu pasal filem Hindustan . Kan kan? Haha. Selera aku dalam drama / filem sama macam muzik. Kalau muzik, semua aku layan. Lagu Melayu, Inggeris, Kpop, Indonesia, Hindi, Cina, memang basically apa saja yang telinga boleh terima, kita dengarkan saja. Same goes to my taste in dramas or films, I love Rom-Com, horror is definitely in my must watch list, Kdramas, Hindi films, local dramas, and so much more. Dan of course, TV series. Aku layan banyak juga series Inggeris, dua genre yang paling aku suka adalah superhero - Agents of Shield, The Flash, Supergirl, etc. Satu lagi genre adalah supernatural horror plus mystery / fantasy - Supernatural, The Vampire Diaries, The Originals, Once Upon A Time etc. TV series medical pun not bad, apa yang aku jarang layan adalah series yang berunsur police procedural, law, crime, ...

Drama Korea Terbaru Hwarang (KBS) Bakal Mengatasi Populariti Scarlet Heart Ryeo?

Imej
Assalamualaikum. Lama tak menulis kan? Haha. Okay, kali ini kita korek apa yang ada dalam draft, sunting sana sikit sini sikit, kita publish saja. Malas bebeno ceritanya. Haha. Tajuk entry macam biasalah, makin panjang makin bagus. Kekeke. Okay, straight kepada cerita utama kita, selepas selesainya tayangan Sweet Stranger And Me, maka akan bermulalah tayangan sebuah lagi drama yang promosinya sama gah seperti Scarlet Heart Ryeo dulu. Drama Scarlet Heart Ryeo dulu mendapat sambutan menggalakkan oleh peminat drama Korea antarabangsa walaupun pada hakikatnya di Korea, drama Love Under The Moonlight jauh lebih mendapat sambutan dan ratingnya juga mengalahkan rating Scarlet Heart Ryeo. Sampaikan ada yang kata, Scarlet Heart Ryeo indah khabar dari rupa. Tak adalah sehebat macam yang digembar-gembur. Tapi bagi aku, masing-masing punya selera kan? Walaupun ada yang tak berkenan dengan endingnya. Aku sendiri, jujur cakap, lepas habis download complete epidode Scarlet Heart Ryeo, ak...

Mencari Cinta Sejati

Imej
KREDIT KEPADA BLOG NATUNA IN MY SOUL Hembusan angin meniup wajah alam Mataku tak berkedip menatap langit Terlalu luas tak bertepi pandang Bisakah aku menyentuh awan Berwaktu-waktu aku mengasuh rasa Mendengarkan jiwaku berkata-kata Tak mungkin aku abaikan kata hati Ku harus jujur pada hatiku Kau dan aku tak bisa bersama Bagai syair lagu tak berirama Selamat tinggal kenangan denganku Senyumku melepaskan kau pergi Engkau bukanlah sebuah kesalahan Tak pernah aku menyesal mengenalmu Tapi biarkanlah aku terbang bebas Mencari cinta sejati Berwaktu-waktu aku mengasuh rasa Mendengarkan jiwaku berkata-kata Tak mungkin aku abaikan kata hati Ku harus jujur pada hatiku Kau dan aku tak bisa bersama Bagai syair lagu tak berirama Selamat tinggal kenangan denganku Senyumku melepaskan kau pergi Kau dan aku tak bisa bersama Bagai syair lagu tak berirama Selamat tinggal kenangan denganku Senyumku melepaskan kau pergi Kau dan a...

Dicakar Kucing! Apa Akan Jadi Seterusnya?

Imej
Assalamualaikum. Mula-mula rasa macam malas sangat nak tulis, nak cerita, tapi mungkin lagi banyak manfaat dan faedah kalau aku tulis, aku cerita. Mana tahu ada yang lalui perkara yang sama, tapi tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin entry boleh bantu beri sedikit input. Barangkali ada antara kita yang dah pernah baca artikel tentang ini, sebab tak silap aku ada seorang rakan kongsikan keratan akhbar di laman buku beliau. Kalau nak dicongak-congak, dah nak hampir sebulan aku kurang sihat. Semuanya bermula dari dicakar kucing. Kucing?? Hmm. Orang yang dulunya takut kucing inilah yang tangan dan badan penuh dengan parut cakar kucing. Padahal orang lain yang dah lama berjinak-jinak dengan kucing relaks sahaja. Haha.  Ini Boboi. Anak kesayangan keluarga ini. Oh, nak dikira, semua kucing belaan adalah anak kesayangan kami semua. Heee. Boboi kami sekeluarga jaga sejak dia berusia 2 bulan tak silap. Aku dan adik lelaki akulah insan yang paling banyak dapat hadiah ...

Hormon + Perasaan = Kucar Kacir + Gedik

Imej
Assalamualaikum. Haha. Okay, persamaan di atas macam entah apa-apa kan? Sebab aku tak tahu macam mana cara yang sesuai nak bubuh tajuk untuk repekan aku kali ini, jadi aku tepek equation tentang perasaan aku. Haha. #adaorangkisahkaunakbubuhtajukapa Amboi. Entry pun nak berhashtag bagai eh. Haha. Spoiler alert, entry ini tak perlu diteruskan pembacaannya kalau rasa ada banyak lagi kerja lain nak buat. Sebab jujur cakap, entry ini akan penuh dengan repekan, bebelan. Memang tangan gatal sangat nak conteng-conteng. HORMON + PERASAAN = KUCAR KACIR + GEDIK Sebenarnya, dia campur sedih, campur jiwa kacau, tambah lagi dengan stress, bila dah bergabung, benda yang lahir itu adalah kucar kacir dan selebihnya gedik saja.  Aku boleh katakan suka layan sosial media, tapi tak adalah gila. Aku suka aje layan Instagram, Facebook. More to Instagram sebab aku suka tangkap gambar guna phone cikai aku. Dan of course aku suka tengok gambar. Facebook pula aku banyak gu...

Antara Kedai Haiwan / Kucing Kegemaranku Di Melaka

Imej
[CREDIT PICTURE TO CUTESTPAW.COM] Assalamualaikum. Kalau pada entry sebelum ini, aku ada tanya tentang kedai-kedai haiwan dan juga klinik veterinar yang okay di Melaka , almaklumlah pertama kali bela kucing, tak berapa tahu sangat. Jadi kita bertanya, takut malu tanya sesat barat nanti. Bulan Oktober ini genap 7 bulan aku jaga kucing. 7 bulan juga aku dah jatuh cinta dengan kucing walaupun selama hidup ini aku memang sangat takutkan kucing. Jadi bila menjaga si bulus-bulus kesayangan ini, nak tak nak kenalah survey lebih banyak kedai haiwan, bukan apa, untuk kepuasan diri sendiri dan juga kepuasan poket kita juga nanti. Maklumlah barang-barang berkaitan kucing agak mahal. Jadi pada yang baru mula nak berjinak-jinak jaga kucing, rajinlah blogwalking ke blog yang ada banyak pengalaman jaga kucing. Baca sebanyak mana info yang boleh tentang kucing. Tumbesarannya, proses kelahirannya, pemakanannya, sakit-sakit yang mungkin dia boleh kena, vaksinasi, cara mandikannya, cara...

Selayang Pandang Another Oh Hae Young

Imej
POINT OF ATTRACTION 1) Sinematografi best, cun, kebaboom. 2) Karakter setiap watak yang ada turun naik kehidupan dan perang emosi. Memang terbaik. 3) Terasa dekat dengan realiti. TAPI, mungkin lebih sesuai untuk tontonan dewasa. ^^ Assalamualaikum. Salam cuti sekolah buat mereka-mereka yang tengah seronok bercuti. Niat hati nak tulis entry, tapi asyik bertangguh-tangguh, tulis separuh jadi draft, sambungnya entah bila. Jadinya entry yang paling senang nak tulis dah tentulah entry pasal drama Korea. Sekelip mata, sedar tak sedar, tangan katuk-katuk keyboard, terus habis satu entry. Haha. Kali ini aku terasa macam nak kongsikan satu drama yang aku rasakan agak unik, fresh, dan macam magnet. Ya, tahu, memang aku lambat, orang lain mungkin dah habis demam Park Do Kyung, aku baru nak mula. Kan? Drama bertajuk Another Oh Hae Young / Another Miss Oh ini ditayangkan di tvN sebulan ke dua bulan lepas. Drama ini mendapat sambutan sangat menggalakkan dan dikatakan drama ini...

Blogger Blog Take Down Notification?

Assalamualaikum. Salam 2 pagi. Salam hujung minggu. Dan salam cuti-cutian buat warga yang bercuti, beristirehat di hari Ahad bersama keluarga tercinta. Fuh. Panjang mukadimah. Didoakan semuanya sentiasa berbahagia dan bergembira hendaknya. :) Untuk aku pula, semenjak dua menjak ini adalah hari-hari yang tak berapa baik untuk aku. Salah satu punca aku jadi malas dah menulis. Nampaknya kena fikir-fikir untuk beli domain sendiri nampak gayanya ni. Huhu. Entah kenapa, stress jugalah memikirkannya, Blogger sibuk buat take down. Dalam minggu sudah saja aku dapat dekat 5 buah email dengan subject besar, "BLOGGER BLOG TAKE DOWN NOTIFICATION". Haaa. Dah sudah, apa kebendanya pula email yang aku dapat. Menurut blogger, entry-entry aku di blog K-DRAMA N ME diturunkan kerana ada yang memfailkan notis DMCA. Alah, kira macam aku gunakan harta benda orang tanpa kebenaran. Adoiii. Masalahnya, ada dekat 30 buah entry aku yang kena take down. Bukan sikit-sikit. Entry yang aku tu...

Koleksi Gambar Penuh Kasih Sayang Seorang Pencinta Kucing

Imej
[TERBONGKAR] Aktiviti Rahsia Haiwan  Peliharaan Korang Bila Rumah Kosong Tanpa  Penghuni Assalamualaikum. Salam 2.30 pagi. Adoi. Nak tergelak aku bubuh tajuk bunyi pesen gitu untuk entry kali ini. Rasa nak buat lagi cheesy tapi takut orang muntah bila baca. Haha. Saja aku nak kongsikan minat aku yang baru mula bercambah awal tahun 2016 ini, tepatnya dalam bulan Februari. Bila mana adik aku telah berjaya memikat hati seekor kucing jalanan yang tengah bunting. Mulanya adik aku cuma bagi dia makan, tapi entah macam mana dia ikut balik, dan bersalinkan anak-anaknya depan rumah kami. Aku sendiri namakan kucing pertama kami itu dengan panggilan Bella. Sebagai seorang penakut kucing, ambil masa 2 bulan jugalah untuk aku buang jauh-jauh rasa takut aku dan gantikan dengan rasa cinta. Ecewah. Walaupun cuma dapat jaga Bella selama 2 bulan lebih, itu dah cukup bermakna dan buat aku menangis seharian bila Bella tinggalkan kami semua. Bella tinggalkan 4 ekor anak-an...

[Moon Lovers - Scarlet Heart: Ryeo] Tak Boleh Panjang Lagi Ke Tajuk Drama Korea Ini?

Imej
[ALL PHOTOS CREDITED TO KOREANDRAMA.ORG ] P/S : Written this in the morning, cause we are concentrating for the final babeh!! All the best Malaysia. MALAYSIA BOLEH!!! Assalamualaikum. Tajuk aku pun tak pasal-pasal jadi panjang kan. Aiseyyy. Drama Korea terbaru ini asalnya menggunaan nama Moon Lovers, lalu digantikan jadi Scarlet Heart Ryeo, tapi mungkin mereka sayang nak buang nama Moon Lovers, maka dicantumkan kesemuanya jadilah MOON LOVERS - SCARLET HEART: RYEO. Tapi percayalah bila dah masuk saluran ONE mesti tajuk dia pendek gila. Haha. Drama ini dah dapat perhatian semenjak tahun lepas lagi walaupun belum lagi mula penggambarannya. Ada banyak sebab, mungkin juga pengaruh IU, atau mungkin juga EXO-L yang seronok gila sebab dapat tengok Baekhyun dalam drama saeguk. Haha. Drama ini adalah sebuah drama adaptasi dari China bertajuk Scarlet Heart yang dilakonkan oleh penyanyi kegemaran aku masa kecil-kecil dulu iaitu Nicky Wu a.k.a Wu Qi Long. Drama ini mendapat sam...