Dicakar Kucing! Apa Akan Jadi Seterusnya?

Assalamualaikum.

Mula-mula rasa macam malas sangat nak tulis, nak cerita, tapi mungkin lagi banyak manfaat dan faedah kalau aku tulis, aku cerita. Mana tahu ada yang lalui perkara yang sama, tapi tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Mungkin entry boleh bantu beri sedikit input. Barangkali ada antara kita yang dah pernah baca artikel tentang ini, sebab tak silap aku ada seorang rakan kongsikan keratan akhbar di laman buku beliau.

Kalau nak dicongak-congak, dah nak hampir sebulan aku kurang sihat. Semuanya bermula dari dicakar kucing. Kucing?? Hmm. Orang yang dulunya takut kucing inilah yang tangan dan badan penuh dengan parut cakar kucing. Padahal orang lain yang dah lama berjinak-jinak dengan kucing relaks sahaja. Haha. 


Ini Boboi. Anak kesayangan keluarga ini. Oh, nak dikira, semua kucing belaan adalah anak kesayangan kami semua. Heee. Boboi kami sekeluarga jaga sejak dia berusia 2 bulan tak silap. Aku dan adik lelaki akulah insan yang paling banyak dapat hadiah dari Boboi. Sebab dia suka cakar mencakar bila kena mandi, kena cuci kaki tangan lepas buang air besar. Haha. Mungkin sebab aku amatur dalam menjaga kucing agaknya, maka senang dicakarnya. 

Dah dekat sebulan rasanya leher aku kena cakar dengan si Boboi sampai berdarah-darah. Pedihnya memang menusuk habislah. Haha. Tambah lagi bila cuci dengan antiseptik. Menjerit oii. Dalam seminggu lebih selepas dicakar, berhampiran tempat cakaran itu keluar biji seperti jerawat yang ada air / nanah di dalamnya. Cakaran dan biji nanah itu sekejap saja dah sembuh, sedar tak sedar dah kering dah pun.


Tapi suatu pagi aku terbangun dengan leher yang perit, sakit. Seperti ada yang janggal dirasakan, aku pun gunakanlah semua benda alah yang aku belajar selama 5 tahun dulu, aku periksa diri sendiri. Dibelek-belek, ditekan-tekan, ada benjolan dekat leher aku, betul-betul di bawah thyroid aku. Sakit. Aku picit, aku goyang-goyang, tangan-tangan aku yang lain cepat sungguh periksa di tempat-tempat lain. Phew!! Berpeluh-peluh. Hati dah mula risau, otak dah mula lari dalam full speed memikirkan antara diagnosis-diagnosis yang berkemungkinan. 

Dan dah tentulah otak aku akan fikirkan the worst case scenario. Mana tidaknya, siapa tak terkejut bila kelenjar dia membengkak. Aku buka apps note dalam telefon, aku catit semua hasil pemeriksaan aku, semua diagnosis berkemungkinan, makin aku catit makin aku serabut. Serta merta teringatkan arwah sepupu aku yang meninggal disebabkan kanser kelenjar a.k.a lymphoma. Tiga minggu aku down, tiga minggu aku anxious, tiga minggu aku banyak berfikir. Takut. Hmm. Begini rupanya rasa takut. Rasa takut yang buat kau nak menangis tapi tak boleh nak menangis.


Aku memang jenis yang anxious. Hari itu juga aku ke klinik dengan harapan nak dapatkan antibiotik. Waktu itu aku tak teringatkan pun tentang sejarah dicakar kucing beberapa minggu sudah. Dek kerana takut punya pasal. Heh. Tiba-tiba teringat macam mana pensyarah aku dulu selalu marah kalau kami semua memberi differential diagnosis yang bombastik. Pensyarah aku berkali-kali tekankan, back to basic. Senaraikan yang common dulu, seperti jangkitan (infection), radang (inflammation). Kanser, congenital dan lain-lain itu berada di senarai bawah. Bukan tak penting, tapi senaraikan yang kebiasaan dulu.

Terus aku memikirkan tentang jangkitan. Sebab itu aku ke klinik dengan harapan nak dapatkan antibiotik. Aku jadi teringat balik 3 bulan lepas adik aku dicakar kucing di tangannya, bernanah seperti aku. Dan tak lama selepas itu, kelenjar di ketiaknya membengkak. Sampai semua orang naik risau, walaupun hanya single node (satu kelenjar) saja. Sejak kes adik aku itu, aku pun mulalah baca pasal cakaran kucing.

Rupanya, kucing-kucing kita ini, (terutama sekali kucing bawah usia setahun dan banyak kutu) di kukunya ada bakteria yang dinamakan Bartonella Henselae. Amboi, sedap gitu nama. Bakteria ini dari pembacaan aku diperolehi dari pembawaan kutu. (Semenjak dari itu, Boboi dah bebas kutu, habis semua aku nyahkan) Penyakit ini dinamakan CAT SCRATCH DISEASE.


Beberapa hari selepas gigitan / cakaran, akan keluar biji nanah berhampiran tempat itu dan akan kering dengan sendirinya. Selepas 1 - 3 minggu, kelenjar yang paling hampir dengan tempat cakaran / gigitan akan membengkak dan sakit. Contoh macam aku, kena cakar dengan leher, maka kelenjar leher aku yang membengkak. Pesakit juga mungkin akan demam, sakit-sakit otot, rasa lemah. Ianya tak membahayakan pada individu yang sihat dan punyai daya tahan tubuh yang tinggi. Selalunya tidak perlukan antibiotik pun. Cuma kadang-kadang bolehlah ambil paracetamol untuk kurangkan rasa sakit pada kelenjar. Kadang-kadang, ada juga doktor yang akan berikan antibiotik untuk kecutkan kelenjar.

Penyakit ini selalunya akan reda dan sembuh sendiri, kelenjar juga akan mengecil dalam tempoh masa 2 - 4 bulan. Lama gila kan? Haha. Jadi sekarang aku masih lagi menanggung sakit di leher. Nak dijadikan cerita, "penyakit anxious" aku ini buatkan tangan aku gatal sampaikan hari-hari aku periksa kelenjar aku. Akhirnya, kelenjar itu membengkak dengan jayanya dan semakin sakit. PERINGATAN ya, kalau kelenjar anda bengkak kerana jangkitan, biarkanlah ia duduk elok-elok di situ dan jangan diganggu, nanti akan jadi lagi besar dan lagi sakit. Macam tangan gatal aku. Tsk tsk.

Pesan aku, bagi yang mula jaga kucing, jagalah elok-elok, bawa pergi vaksin, nyahkutu semua, kuku kucing pun kalau boleh rajin-rajinlah potong supaya tak tajam sangat. Penyakit ini mungkin tak semua orang akan dapat, yang penting jaga kucing kita elok-elok, dapatlah kita elakkan. Penyakit ini akan jadi bahaya bila kena pada individu yang punyai daya tahan tubuh (antibody) yang sangat lemah, sebab jangkitan senang merebak. Jadi, jaga diri elok-elok ya semua.

Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : And they said, doctors make the worst patient. I guess I'm one of them. Hmm. Salute sangat pada cancer fighters. They are strong. Tabah.


SURAH AL BAQARAH AYAT 155 - 157


Ulasan

Hanis Amanina berkata…
teringin nak jaga kucing elok2. tapi sy ni duduk luar bandar, kucing2 kat rumah sy jenis datang & pergi. beranak pinak pulak, haha tak mampu nak vaksin seekor2.

hanisamanina.com
@Hanis Amanina Akak pun sama je. Tak terjaga dah. Yang kucing duduk dalam rumah akak cubalah jaga sebaiknya. Tapi yang duduk luar, yang datang dan pergi, akak cuma mampu bagi apa yang terlarat je. Macam makan minum, tempat berteduh. Sebab tu kucing rumah akak ada 2 je. Takut tak terjaga. Huhu. In shaa Allah, nanti adalah peluang nak bagi proper care. :)
raihanah berkata…
saya takde pengalaman jaga kucing. bagi makan kucing mmg selalulah kat rumah tu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T