Selayang Pandang Another Oh Hae Young

POINT OF ATTRACTION
1) Sinematografi best, cun, kebaboom.
2) Karakter setiap watak yang ada turun naik kehidupan dan perang emosi. Memang terbaik.
3) Terasa dekat dengan realiti.

TAPI, mungkin lebih sesuai untuk tontonan dewasa. ^^

Assalamualaikum.

Salam cuti sekolah buat mereka-mereka yang tengah seronok bercuti. Niat hati nak tulis entry, tapi asyik bertangguh-tangguh, tulis separuh jadi draft, sambungnya entah bila. Jadinya entry yang paling senang nak tulis dah tentulah entry pasal drama Korea. Sekelip mata, sedar tak sedar, tangan katuk-katuk keyboard, terus habis satu entry. Haha.

Kali ini aku terasa macam nak kongsikan satu drama yang aku rasakan agak unik, fresh, dan macam magnet. Ya, tahu, memang aku lambat, orang lain mungkin dah habis demam Park Do Kyung, aku baru nak mula. Kan? Drama bertajuk Another Oh Hae Young / Another Miss Oh ini ditayangkan di tvN sebulan ke dua bulan lepas. Drama ini mendapat sambutan sangat menggalakkan dan dikatakan drama ini mengalahkan rekod satu lagi drama popular tak lama dulu, Cheese In The Trap.

Drama ini ada 18 episod kesemuanya dan aku dah tonton 6 episod. Sebab itu aku buat entry selayang pandang, sebabnya tak tonton habis lagi. Oleh sebab drama ini best gila setakat episod 6 ini, jadi aku buat keputusan tulis satu entry untuk kongsikan pada anda yang terfikir-fikir nak tonton drama apa. Kalau belum tonton lagilah drama ini.


2 watak utama wanita dalam drama ini, kedua-duanya bernama Oh Hae Young. Aku namakan heroin sebagai Oh A. Heroin kedua pula Oh B. Cerita bermula di mana Oh A yang akan berkahwin esok, tup tup si bakal suami minta putus. Hero kita pula, Park Do Kyung, pada hari perkahwinannya 1 tahun yang lalu, pengantin perempuan tak datang. Dan pengantin perempuan itu adalah Oh B. Respon normal manusia, dah tentulah marah. Betul tak? Belum lagi luka si hero sembuh, tiba-tiba selepas beberapa bulan perkahwinannya tak jadi, dia dengar berita dari kawan dia, yang si Oh nak kahwin. Tanpa usul periksa, dia menjalankan rancangan balas dendam dengan mensabotaj si pengantin lelaki yang akan berkahwin dengan Oh. Apa yang dia tak tahu, si Oh itu bukanlah Oh B tapi Oh A.

Di sinilah bermula, macam mana Park Do Kyung dilanda rasa bersalah yang amat sangat sebab menghancurkan kebahagiaan orang lain. Semenjak itu, dia dapat satu keistimewaan, iaitu dapat melihat sesuatu yang akan berlaku, dan semuanya melibatkan Oh Hae Young iaitu Oh A.

Drama ini memaparkan perjalanan heartbreak seorang perempuan dan seorang lelaki, dan macam mana mereka berkawan, dan jumpa cinta. Selain itu satu lagi elemen utama dalam drama ini adalah tentang kehidupan seorang wanita bernama Oh Hae Young, sejak dari sekolah sampailah zaman bekerja. Macam mana dia sering dibanding-bandingkan, dibuli, dan macam mana ianya mempengaruhi karakternya bila di dewasa.


APA YANG AKU SUKA DENGAN DRAMA ANOTHER HAE YOUNG?

1) Isu usia lanjut dan perkahwinan - Macam kita tahulah, bila usia dah lanjut, kita mula pening, mak ayah kita pun risau, dan paling best orang keliling pun alih-alih pun sama tumpang "risau" kenapalah kita tak kahwin-kahwin lagi. Diri sendiri risau tak kahwin, sebab tengok kawan-kawan semua dah gembira. Teringin. Mak ayah pula risau sebab dia tak nak anak dia bersendirian bila mereka dah tak ada. Orang lain? Ahh. Itu kena tanya merekalah.

2) Lawak, emosi, penuh perasaan - Ini yang aku rasa bila tonton drama ini. Bila lawak, lawak dia memang buat kau rasa geli hati betul. Walaupun ianya situasi yang biasa, tapi mampu buat kau ketawa. Mainan emosi pelakon-pelakon dalam drama ini memang A plus. Seolah macam kau jadi heroin, jadi hero, jadi watak sampingan, apa yang mereka rasa, kau boleh rasa. Hati kau tersentuh, tercuit, sedar tak sedar, hujung mata kau ada air jernih berkumpul. Kadang, ianya akan jatuh sendiri. Kau tumpang simpati dengan apa mereka rasa. Contohnya scene mak ayah dia yang marahkan anaknya sebab nampak macam hidup sambil lewa, kadang desperate, tapi sebenarnya mereka risaukan sangat dengan anak mereka yang tak jadi kahwin.

3) Perkenalkan aku dengan pekerjaan yang namanya SOUND DIRECTOR. Haaa. Selama ini aku tak tahu pun apa fungsi sound director dalam sebuah drama atau filem, lepas dah tonton, ternganga jugalah. In awe!!!

4) Perfect!! In my eyes, this one is just perfect. Walaupun baru 6 episod, tapi drama ini berseni, bermakna, terbaik!!


Drama ini bukan perfect piece of work, tapi dari segi penceritaan, penyampaian, emosi, aku bagi 10 bintang dari 10 bintang. Nanti dah habis kesemua 18 episod, aku akan kongsikan, samada ianya RECOMMENDED dan A MUST WATCH atau tak. But as for now, I'm intrigued. I'm stuck in front of my lappy. This drama is just great. 2 thumbs up are just not enough. Tontonlah, dan nanti kongsikan pada aku apa yang kamu semua RASA dari drama ini.

Assalamualaikum.

❤ ❤ ❤ ❤ 

HEART SPEAKS : Memorable scene setakat ini, cukup buat aku mengalirkan air mata. Pertama bila mak ayah si heroin bertelagah samada anak mereka yang berumur 32 tahun itu patut kahwin atau tak. Bila ayah dia kata, anak dia kena kahwin, sebab ayah dia cakap, kalau ayah dia tak kahwin dengan mak dia, ayah dia bukan siapa-siapa. Deep.





Dan satu lagi scene best, bila hero tak sengaja TERAKAM confession Oh A yang mengatakan dia dah mula sukakan pada hero. Oh A tak kisah pun kalau si hero tak balas rasa dia, cukuplah dia teman si Oh A sebagai sahabat. Kebetulan masa si hero tengah dengar luahan perasaan itu, Oh A ada di situ, dan untuk menutup rasa malu, Oh A kata dia senang jatuh cinta pada siapa saja, dan si hero tak perlu rasa terbeban dengan confession dia. Dan si hero pula tak sengaja keluarkan ayat yang seolah-olah meng"FRIENDZONE"kan si Oh A. Heartbreaking ohh. Tiba-tiba aku teringat entry-entry confession aku, kalaulah si Penyebab Senyuman Dalam Rahsia tahu, mungkin aku akan bereaksi seperti Oh A, sebab aku takut reaksi seperti apa yang si hero buat.

Mungkin elok juga aku dan Penyebab Senyuman Dalam Rahsia lama tak bertanya khabar, buat aku belajar terima, buka mata dan move on. Walaupun kadang teringat, tapi lama-lama okaylah. Harapnya satu hari nanti bila aku dapat kad undangan kahwin dia ke apa ke, aku boleh senyum dan ucap tahniah. Apa pun, terima kasih sudi balas whatsapp ucapan selamat hari raya aku. Appreciate it.
:)








[ALL PICTURES CREDIT TO UPLOADER]

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?