22 Dis 2016

Assalamualaikum.

Semangat balik nak tulis blog. Yosh!!! Kalau anda-anda semua pernah baca blog ini, mesti akan perasan banyak merepek pasal drama-drama Korea, tak pun merapu pasal filem Hindustan. Kan kan? Haha. Selera aku dalam drama / filem sama macam muzik. Kalau muzik, semua aku layan. Lagu Melayu, Inggeris, Kpop, Indonesia, Hindi, Cina, memang basically apa saja yang telinga boleh terima, kita dengarkan saja. Same goes to my taste in dramas or films, I love Rom-Com, horror is definitely in my must watch list, Kdramas, Hindi films, local dramas, and so much more.

Dan of course, TV series. Aku layan banyak juga series Inggeris, dua genre yang paling aku suka adalah superhero - Agents of Shield, The Flash, Supergirl, etc. Satu lagi genre adalah supernatural horror plus mystery / fantasy - Supernatural, The Vampire Diaries, The Originals, Once Upon A Time etc. TV series medical pun not bad, apa yang aku jarang layan adalah series yang berunsur police procedural, law, crime, thriller. Tapi ada 3 siri yang menarik minat aku - Chicago PD, Blindspot, dan CRIMINAL MINDS.

Aku selalu juga tengok orang cerita pasal CRIMINAL MINDS, ranting about how great the series is. Well, dah masuk season 12, what else can you say. Aku tertarik dengan drama ini bila ianya ditayangkan semula di saluran ASTRO HITS 720 tak silap. Tengok satu episod, ke satu lagi episod, dan seterusnya, then I'm hooked. Mula-mula tengok dah 11 season rupanya, rasa malas nak layan dari mula. Tapi entah macam mana datang gila, aku berjaya jugalah download CRIMINAL MINDS dari Season 1 sampai yang terbaru. Gigih kan? Sebabkan line internet rumah aku block torrent, jadi terpaksa cari alternatif lain. Susah jugalah, sebab drama bersiri yang ditayangkan pada tahun 2005, bayangkanlah macam mana susah nak cari link download yang hidup. Nasib aku baik, lepas korek-korek forum sana sini, buka website streaming, aku berjaya download semuanya.


Aku habiskan masa sebulan untuk habiskan season 9. Bayangkan macam mana tersangkutnya aku, sampai marathon beratus-ratus episod. Aku rehat beberapa minggu sebelum mula sambung season 10. Haha. Bila dah tonton beratus jenis kes, bermacam ragam manusia, yang pelik-pelik, setiap hari, rasa macam nak gila ooo. Haha. Bila tengok siri ini, semangat nak "hidupkan" balik cita-cita nak jadi psychiatrist membara-bara. Adoi. Pengaruh drama.

Siri ini banyak ajar kau tentang manusia, pemikiran mereka, kehidupan, persahabatan. Believe it or not, ada banyak juga episod yang aku nangis, because of the criminal, macam mana situasi dan kehidupan dia, cara dia dibesarkan, mempengaruhi pemikiran dia, membentuk personaliti diri dia. The criminal becomes like that because of what he / she has been through. Orang mungkin akan kata, kita sebagai manusia, ada akal fikiran, kita boleh pilih baik atau buruk, pilih jalan menuju bahagia atau kemusnahan. Tapi, setiap manusia itu berbeza. Their level of tolerance, their willpower, their thought process. Hmm. Human mind is so complex. Sebab itu ada bidang yang mempelajari tentang ini.



The sadist, the psychopath, the sociopath, the narcissist, the serial killer, and so much more. This series is not just about catching these criminals, but also going into and exploring the personality, the mind of the criminal, macam mana manusia ini boleh jadi begini, kenapa dia buat begini. Jadinya, kau tak pandang manusia itu hanya sebagai manusia yang berjalan, bernafas, makan minum, buang air, tidur, tapi sebagai insan, kau explore dia luar dalam. That's what I love about this show.

And that's why I'm so into psychiatry rather than internal medicine, surgery and so on. Haha. I have this "obsession" about people minds, emotion. Haha. Walaupun dah lambat baru nak layan CRIMINAL MINDS, tapi tak apa, janji layan. Bagi sesiapa yang berniat nak layan, dan nak buat marathon, akan sampai satu tahap anda rasa macam nak muntah dengan ragam-ragam pelik manusia, dan kau rasa kau pun macam nak jadi ala-ala psycho, rehat dulu baru sambung okay. Hahaha. Don't say I didn't warn yaaa.

Aku rasa entry aku kali ini pun agak kompleks macam pemikiran aku juga. Nak tulis pun pening. Kekeke. Okaylah, salam 3 pagi semua. Assalamualaikum.
:)


Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes