Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2014

Drama Korea Temptation : Kisah Godaan Dan Suami Orang

Imej
Assalamualaikum. Dah lama eh tak cerita pasal hobi yang satu ini. Bukan apa, bila dah dilambakkan dengan pelbagai jenis macam drama-drama Korea yang baru, memang tak ada masa nak duduk cerita satu persatu. Sekarang pun yang dalam watching list dah ada 5 ke 6 drama, yang lain semua on hold. Kita bagi peram dulu sampai mesra baru kita tonton. Haha. Tapi yang nak ceritanya pasal drama yang satu ini. Tajuk dia TEMPTATION atau orang Melayu kita sebut GODAAN. Di Korea sekarang drama ini dah masuk episod 14. Di Malaysia pula, ianya ditayangkan menerusi saluran ONE yang aku tak berapa pasti dah berapa episod, tapi rasanya masih lagi awal-awal episod. Aku tak berapa pastilah samada dekat Malaysia popular atau tak drama ini, tapi dekat Korea, ratingnya pun tak gah mana. Suam-suam kuku saja. Orang tonton pun sebab rindu dengan gandingan hero heroin Stairway To Heaven ini, iaitu Choi Ji Woo dan Kwon Sang Woo. Tapi rata-rata aku baca forum atau komen-komen tentang pandangan pen...

Adik Farhana Semester 8 IPGKPM, Akak Farhana Minta Maaf

Imej
Assalamualaikum. *Tunduk kepala* Lama tak menulis, bila nak mula menulis, yang hairannya semua entry berkisarkan benda yang tak berapa nak best dialami oleh hati dan perasaan. Phew!!! Sepanjang 8 tahun aku memegang lesen kereta, 2 kali aku alami kemalangan. Kedua-duanya bukan dari silap aku. Okaylah juga kan. Kali pertama, tahun 2007. Masih dalam "P". Tapi itu pun sebab tayar pecah, tambah pula dengan angin lintang dan tak melibatkan sesiapa. Kali kedua pula dalam 3 bulan lepas, itu pun sebab orang ambil jalan aku dan aku terbabas ke tepi dan langgar batu. Dan kali ketiga??? Ya, hari ini. 25 Ogos 2014.  Keluar dari rumah dengan keadaan tak berapa nak sihat. Tapi masih lagi mampu memandu. Kejadian berlaku betul-betul di tengah simpang empat lebuh AMJ Jalan Maktab. Entah macam mana, semua kereta depan aku buat brek mengejut dan berhenti, dan aku juga ikutlah brek mengejut tapi apakan daya, brek itu masih tak mampu selamatkan aku lalu terciumlah aku deng...

A Moody Day : Pengalaman Bedah Gigi Bongsu

Imej
Assalamualaikum. Hari ini, 15hb Ogos 2014, telah melakar lagi satu sejarah dalam hidup aku. Insiden yang menyebabkan hari ini menjadi hari yang sangat "moody". Hari ini merupakan hari yang telah dijadualkan untuk aku menjalani pembedahan kecil untuk gigi bongsu atas aku. Nak dicabut memang tak boleh sebab dia cuma tumbuh sikit sangat pada permukaan gusi, kira partial eruption of upper wisdom tooth. Sebenarnya gigi aku tak adalah sakit sangat pun, cuma sebulan yang lepas bila gigi tersebut tumbuh, rasa sangat tak selesa dan gusi pun selalu sangat bengkak. Sakitnya datang dan pergi sampailah aku tak sanggup dah sebab sakit asyik berulang, jadi aku ambil keputusan untuk buang gigi bongsu tersebut. Doktor gigi yang buat pembedahan untuk gigi aku tadi adalah Dr. Dharmindra. Aku tak nervous mana pun, tak adalah cuak. Sikit-sikit adalah. Baring atas kerusi, doktor perkenalkan diri dan terangkan step by step apa yang dia nak buat. Jadi prosedur dimulakan dengan 2 suntika...

#NowListening Leo (VIXX) & LYn - Blossom Tears

Imej
Assalamualaikum. I seldom posted something in this blog about my favourite music, well, I'm a Korean songs fan. They got great music and I always have my ears on every of their ballad songs. I've been a fan of VIXX since their release of Eternity, and I knew Leo and Ken of VIXX have a really strong vocals and the great materials for singing a ballad song. So, here it is. A collaboration of Leo and LYn ( a great ballad singer and she often sings for drama soundtrack) with the title BLOSSOM TEARS. The song was released on 5th of August. And I'm now listening to this. Currently, the number 1 in my favourite list of the month. Enjoy Blossom Tears from Leo and LYn. Good night. Take care people. Assalamualaikum.

Tonton Into The Storm, Perasaan Macam . . .

Imej
Assalamualaikum. Selamat pagi. Entry yang aku dah karang seminggu lepas, tapi tak ada mood nak publish. Jadi, pagi yang indah lagi tenang ini, mood dah kembali baik, jadi apa kata kita publish entry yang aku conteng lepas aku balik dari menonton wayang filem INTO THE STORM bersama adik-adikku. Kira siblings day out untuk kami berlima. Hanging out with your brothers and sisters is one of the best thing in life. Seriously. :) Hari Jumaat tonton, hari Khamis kita dah book. Seriously masuk wayang guna QR code lagi senang. Tak perlu bersusah payah beratur panjang. Cuma masalah bila scanner dia kadang-kadang tak berapa nak sihat sangat. Maka jadi lambatlah sikit. Kenapa aku nak tonton filem ini? Satu sebab trailer dia nampak okay. Kedua, aku dah tengok filem best-best yang lain, kira INTO THE STORM aku tengok sebab dah tak ada option pun ya juga. Hahaha. Jadinya aku menapak ke dalam wayang tanpa harapan sangatlah. Tapi boleh tahan penuh juga wayang. Aku bukanlah pemina...

Stop Being A Loser

Assalamualaikum. Jam dah nak masuk 2 pagi, otak masih segar walau hakikatnya mata makin layu. Dalam cuaca sejuk begini, dengan hujan renyai-renyai di luar sana, yang jatuh saling tak tumpah seperti titis-titis air mata. Aku duduk di tepi katil, memangku dagu, sambil aku belek kisah, cerita, dan perkembangan sahabat-sahabatku yang rata-ratanya dah berjaya dan hidup senang. Kebanyakan mereka dah duduk di tempat selesa, kerja bagus, keluarga yang sempurna, semuanya. Aku yang diluar nampak mereka di dalam hidup bahagia, indah, sempurna. Sesuatu yang aku belum mampu genggam. Sesuatu yang aku belum mampu capai. Sesuatu yang aku belum mampu kecap. :'( :'( :'( Ada hamba Allah yang prihatin, dia email padaku dan bertanya, aku tak rasa rugi ke lepaskan apa yang ada dalam tangan aku? Jawab aku, "ENTAH". Jujur aku tiada jawapan, jujur aku tak tahu. Yang aku tahu, air mata ini acapkali jatuh melihat kejayaan-kejayaan mereka. Air mata ini air mata cem...

Queen Of Asgard Dah Ada Sticker Cun Melecun!

Imej
Assalamualaikum. Masa parcel sampai dekat rumah, excited tak terkira. Selain dari surat, kad raya, akhirnya apa yang aku order 2, 3 hari sebelum raya sampai juga selepas seminggu lebih. Sedikit hadiah untuk Queen of Asgard yang tercinta, yang banyak berjasa. Tambah lagi dia baru sembuh dari kecederaan 2 bulan yang lepas. Seronoklah si merah dapat aksesori baru ya. Terima kasih tak terhingga untuk CAR STICKERS MALAYSIA dan DAKWAH ON THE GO untuk sticker kereta custom made dan ready made yang ada macam-macam pilihan. Servis dan layanan mereka juga terbaik dan efisyen. Untuk sticker custom made, aku buat rough sketch dan PM kepada CAR STICKERS MALAYSIA. Selepas beberapa hari, aku dapat sample sticker bersama purchase note sekali. Sticker bersaiz M ini berharga RM 13. Sticker-sticker lain yang aku beli dari mereka berharga dalam lingkungan RM 6 - RM 8. Harga not bad kan? Berpeluh-peluh jugalah aku duduk menempel sticker, paling stress bila ada gelembung. Kata admin CSM, la...

Sampai Akhir

Imej
There are times in life, that you dream of a happy ending love story. But yet, you don't hold the answer of who, when, where, and how. You feel it really near but yet so far away. - CAHAYA YANG RIANG GEMBIRA -

"G" "Y" "M"

Imej
Assalamualaikum. Salam hujung minggu. Kejap benar dah masuk 13 Syawal ya. Kemeriahan raya tahun ini cuma terasa pada hari pertama, kedua dan ketiga saja. Dah nama pun raya, dah tentu-tentu pelbagai jenis makanan yang dah masuk dalam tembolok kita. Ya tak? Aku masih lagi bergelut dengan isu pemakanan, pengurangan berat badan dan exercise. Dah kalau diri tak istiqamah, sampai bila pun takkan merasa nak ada badan cun dan fit. Walaupun dah ramai orang kata aku mesti cantik bila dah kurus, tapi perkataan "cantik" itu masih belum mampu lagi jadikan batu pembakar semangat. Bakar sekejap sajalah, lepas itu semangatnya makin pudar dan hampir padam. Haha. InsyaALLAH kalau diizinkan Tuhan dan ada rezeki, adalah beberapa interview yang aku akan attend. Jadi itu salah satu yang buat aku runsing sebab nak menghadap interview kenalah presentable. Kalau montel macam aku, takut nanti kena reject saja. Makanya, aku mulakan misi untuk mencari exercise yang bersesuaian dengan ke...

Kek Lapis Sarawak! Mudah Dibakar, Sedap Dimakan! Eh! Yeke?!

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat wahai rakyat-rakyat bumi sekalian. Entry lepas dan lepas cerita pasal raya, entry lepas cerita pasal wayang, entry kali ini kita nak kongsikan pengalaman yang teramatlah berharga. Haha. Berhargalah sangat kan? 11 tahun aku duduk di Sarawak, sampaikan mak aku menjadikan aktiviti buat kek lapis Sarawak sebagai hobinya dan bila pulang ke Semenanjung, mak turunkan pula ilmunya pada adik beradik dan sanak saudara. Tapi pada aku, turun tapi aku ni masuk telinga kanan, phew, keluar telinga kiri. Aku kata dekat mak, aku tak ada bakat dan tak ada kesabaran nak buat kek lapis. Tapi aku suka makan. Haha. Tapi antara banyak-banyak kek lapis Sarawak yang mak buat, yang jadi kegemaran aku adalah Kek Lapis Nona, Kek Lapis Keju, Kek Marble, Kek Lapis Tikar Mengkuang dan kegilaan terbaru adalah yang di bawah, Kek Lapis Aura Seri a.k.a Kek Lapis Pelangi. Nampak simple, nampak senang kan? Rasanya lagilah berganda sebab. Tak sampai 3 hari, habis satu...

"I Am Groot" Bersama Guardians Of The Galaxy! MARVEL Tak Pernah Mengecewakan!

Imej
Assalamualaikum. Suka benar kan tajuk panjang berjela. Baru 3, 4 hari sudah menulis entry pasal raya, sekarang datang pula kerajinan nak tulis satu lagi entry. Gara-gara lepas menonton Guardians Of The Galaxy pada Isnin pagi yang lepas bersama adikku. Selain dari Lucy, filem Guardians Of The Galaxy ini juga merupakan salah satu movie yang ada dalam TERINGIN WATCHLIST aku. Sebabnya aku tertarik lepas tonton trailernya, dan keduanya dah tentu sebab movie ini merupakan sebuah lagi movie karya MARVEL yang mana kita memang tak boleh sangkal, kebanyakan movie MARVEL memang gempak, best dan terbaik. Kan kan kan? Seperti biasa, bukan review sebab aku memang tak reti benar nak review nak ulas benda alah macam ni. Jujur aku kata, in my personal opinion, Guardians Of The Galaxy adalah much better daripada Transformers Age Of Extinction. Walaupun aku sebenarnya tak adalah suka sangat movie yang memaparkan benda-benda lain yang selain dari makhluk di bumi. Tapi Guardians Of The Gal...

Raya 2014

Assalamualaikum. Salam 5 Syawal. Memang lama benar tak menulis, kemalasan yang begitu menular memandangkan diri ini begitu sibuk mempersiapkan diri mencari bidang-bidang kerja yang lebih sesuai dengan keadaan dan situasi sekarang. Berharap benar permohonan dari SPA kali ini berjaya dan aku mampu ubah jalan hidup aku kepada yang berbeza dan mungkin lebih baik. InsyaALLAH. Raya tahun ini, raya seorang gadis bujang yang masih lagi keseorangan tapi tetap gembira dengan kehadiran ahli keluarga di sisi. Cumanya beza raya kali ini dengan raya tahun sudah, mungkin tahun sudah mampu bagi duit raya pada mak-mak saudara dan juga anak-anak saudara serta sepupu. Tapi tahun ini, dengan status “bakal menjadi pelajar semula”, duit raya pun tak mungkinlah jawabnya. Memang tahun ini berat sungguh hati mahu pulang ke kampong, mahu pulang menghadap saudara mara terasa malu dan segan. Tapi raya kali ini berbeza, tak lagi beraya di Kampung Makam sebaliknya ke rumah nenek yang sebuah lagi di Taman K...