Kebahagiaan? Keberuntungan? | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Kebahagiaan? Keberuntungan?

Leave a Comment
Assalamualaikum.

Tempoh hari aku terserempak dengan dengan tumbuhan ini yang selalu namanya disebut dalam drama mahupun filem. Orang memanggilnya sebagai CLOVER. Clover ini selalunya dijumpai dalam bentuk "3 leaf clover" dan sangat jarang dapat kita jumpa "4 leaf clover". Sebab itu ada sesetengah kepercayaan mengatakan kalau terjumpa 4 leaf clover itu maknanya ada bernasib baik dan akan menerima "good luck". Kalau dah nama pun jarang dijumpai, bila dah jumpa 4 leaf clover memanglah kira bernasib baik, sebab dapat jumpa. Ya tak?

Kebetulan masa aku tengah tonton rancangan Beast Showtime, Dongwoon ada menyebut tentang clover yang mana aku cukup suka dengan perumpamaan yang dia sampaikan. Tepat dan menusuk sekali apa yang dia kata. 

"3-leaf clover means happiness while 4-leaf clovers mean good luck. People are buried in happiness but can't see it, and instead they spend all their time looking for luck." 
- Dongwoon in BEAST Showtime -


Inilah dia clover yang aku petik dan aku simpan dalam buku kenangan aku. Suka sangat tengok, sebab daunnya berbentuk HEART. Sweet kan?

Macam apa yang Dongwoon cakap, menurut kepercayaan 3 leaf clover itu petanda kebahagiaan dan 4 leaf clover petanda keberuntungan. Dan manusia ni hidup dalam kebahagiaan tapi mereka lupa dan tak pernah nak hargai sebaliknya sibuk mencari "luck". 3 leaf clover senang nak jumpa, maknanya kebahagiaan ada dekat mana-mana tapi kita tak nak genggam, sebaliknya sibuk cari 4 leaf clover yang kononnya kata berikan keberuntungan sedangkan ianya memang jarang dan susah nak jumpa.

Dan kita biarkan kebahagiaan yang kita boleh genggam tu terlepas begitu saja. Hmm. Ada benar dan tepat juga apa yang dikata. Kan? Hmm.

Apa pun, selamat berhujung minggu semua. Jaga diri. Assalamualaikum.





0 Comments Here:

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.