Prankster

Assalamualaikum.

A prankster. Yeah. I am a prankster. At times. But I'm not those pranksters who do all the terrible plus horrible things. Nope, that's so not me. I'm a prankster but the cute type one. Lol! Daripada zaman belajar universiti dulu aku memang selalu suka kenakan orang. Tapi yang manja-manja punya prank, yang kasar-kasar punya, itu bukan wa okay! Haha.

Nak dijadikan cerita, aku dah bertukar nombor telefon selepas nombor lama dan telefon aku "sakit". Jadi dah memang jadi satu kemestian, kalau kita pakai nombor baru, kita kena beritahu keluarga dan kawan-kawan kita. Betul tak? Orang yang jadi mangsa dah tentu mak aku dan best friend aku. Hahaha!!!


Dekat mak aku, aku hantar sms, "boleh couple?", tapi adik lelaki aku yang ternyata bijak dah berlari dulu pada mak aku dan kata, "sms tu bukan Along yang hantar tau." Errr. =.=

Jadi bila trick tak menjadi, kita beralih pula pada orang lain. Dan orang tu dah tentu best friend aku yang teramatlah aku sayang. Macam biasa, aku hantar Whatsapp ajak berkenalan. Aku kata muka dia cantik sangat, Chinese look, macam Dodo Cheng. Aku siap tanya dia lagi, kenal tak Dodo Cheng. Hahaha. Nasiblah laki dia tak baca, kalau tak aku dah kena taram dah.

Nak dijadikan cerita indah dan manis, best friend aku ni bacalah Whatsapp yang aku hantar tanpa nombor baru aku tu. Dia kata, bila dia baca, dia ingatkan aku yang hantar, tapi bila dia nak balas baru dia perasan yang nombor tu nombor tak dikenali. Dia yakin itu aku tapi dia bolayan!!! Haha. Nampak tak apa kenapa dia aku panggil sebagai best friend? Sebab dia kenal aku walau macam mana pun aku. Touching kejaplah. Haha.


Nak buat prank tak salah pun. Tapi janganlah prank yang sampai menjejaskan kesihatan, emosi dan perhubungan. Untuk seronok-seronok saja. Chill dan cool. Kan? Dan jangan selalu kenakan orang, nanti kita pula akan terkena balik. Hehe.

Lama aku tak menulis dan aku malas dah nak menulis sebenarnya, banyak benda aku nak buang dan aku nak lupakan. Dunia blog buat aku susah nak buang susah nak lupa. Hmm. Masa. Masa. Hmm.

Apa pun, selamat menjalani hari anda dengan produktif. Jaga diri. Assalamualaikum.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?