Anak Kembar! Anak Kembar! Anak Kembar!




Assalamualaikum.

Semalaman mata tak boleh lelap walaupun badan terasa penatnya. Mungkin sebab 2 hari duduk dalam bilik hotel dan dah terasa seronok dengan kesejukannya, bila balik Melaka, dengan cuaca panas terik bahangnya, memang terkejut sekejap otak ni sampai tak boleh nak tidur. Haha. Over!!!

Semenjak dua tiga menjak ni, perasaan dulu-dulu datang balik dan makin menjadi-jadi dan membuak-buak. Perasaan apa? Perasaan nak anak kembar. Senang cerita, perasaan nak ada anak sendirilah. Haha. Walaupun nampak susah sikit nak menjaga sepasang kembar, tapi kebahagiaan dan kegembiraan itu pun berlipat kali ganda juga. Betul tak?

Melihat kembar-kembar di bawah inilah yang buat aku naik syeikh semula. Haha. Comel kan? Heee. Salam Khamis semua. Jaga diri. Assalamualaikum.




Ulasan

Time Traveller berkata…
Alahai comey tomey nyer.. harap2 nanti saya pun dapat anak kembar la.. eh eh kawen pun belum hehehhee :D
@Time Traveller Tomey kannn? Haha. Samalah kita. Kahwin pun belum, tapi berangan punyalah tinggi nak anak-anak kembar yang kiut miut. Haha. :D
rintzpalil berkata…
Ala comelnya. Teringin juga nak anak kembar. Dah ada seorang anak lelaki. dapat kembar girl kan best. Berangan...
Unknown berkata…
Seojun dan seoeon mmg comel sgt hehehe

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T