Wayang Bersama Transformers : Age Of Extinction, Han Geng Dan Kesepian

DISCLAIMER : ALL PICTURES ARE TAKEN FROM GOOGLE IMAGE, CREDIT TO THE RESPECTED SITE. ^^

Assalamualaikum. Salam pagi Jumaat.

Whoa! Lama sangat kan dah tak menulis? Rasa macam makin jauh. Banyak benda yang dah terasa makin jauh, macam hubungan antara manusia, manusia dengan blog. Haha. Abaikan repekan aku. Jadinya, malam semalam adalah siblings day out untuk aku dan adik-adik aku. Memandangkan aku adalah peminat tegar siri Transformers, apart from Marvel series as well, jadinya seminggu awal aku dah tempah seat. Itupun dah 50% occupied. Pergh! Dahsyat!

Nasib beli awal, sebab sehari sebelumnya, kebanyakan seat dah penuh, dan banyak tayangan yang dah sold out. Tadi pun dekat AEON Bandaraya Melaka, dah macam sardin. Pukul 11 malam habis tayangan, keluar wayang tengok bukan main ramai manusia yang beratur. Pening pening! Haha. Aku memang tak suka crowded places, stranger anxiety? Heh!


First of all, tahniahlah buat Hangeng, ex-Super Junior M leader yang jadi cameo dalam siri keempat Transformers : Age Of Extinction ini. Walaupun cameo, tapi boleh kira daebak jugalah. Walaupun aku bukan peminat Super Junior, tapi aku tahulah serba sedikit kontroversi dan kes saman menyaman antara Hangeng dan syarikat pengurusan dia. Dan akhirnya sekarang, segala usaha dia berbaloi. Walaupun dia pilih untuk keluar dari Super Junior, tapi tengok sekarang dia dah berjaya walaupun tanpa Super Junior dan SM Entertainment. Itu yang orang kata, rezeki ada di mana-mana, yang penting kita usaha.


Penulisan aku kali ini bukanlah nak mengulas atau membuat sebarang bentuk review tentang Transformers : Age Of Extinction, cuma sekadar nak membebel. Dan ianya PENUH DENGAN SPOILER. Boleh gitu? Haha. Aku memang tonton Transformers dari siri pertama sampailah yang keempat ini, kesemuanya aku tonton di wayang. Dari 2007 sampai 2014, aku membesar dengan Transformers. Ewah ayat!! Haha. Macam orang selalu kata, cinta pertama selalunya yang akan selalu kita ingat dan paling manis. Samalah macam Transformers, bagi aku yang pertama tetap terbaik dan top dalam hatiku.

Tapi siri kedua, ketiga dan keempat pun tak adalah mengecewakan, aku tetap suka, ibarat cinta kedua, ketiga dan keempat aku. Siri keempat ini masih menggetarkan jiwa dengan semangat juang Optimus Prime dan Autobotsnya, salute dengan prinsip dan pengorbanan Prime. Optimus Prime kali ini nampak lagi cantik dan smart gila dalam pandangan mata aku, mungkin sebab lama tak jumpa. Haha. 

Kalau aku banyak duit, memang aku cat kereta merah aku jadi warna Optimus Prime. Danabang Prime kita siap ada "haiwan tunggangan" (a.k.a Dinobots) lagi okay dalam siri keempat ni. Nampak macam awkward. Macam tengok Power Rangers dengan Zord mereka. Haha. Ada jugalah scene-scene yang menyentuh hati macam masa kematian Ratchet (si doktor Autobots), masa Tessa dan Cade berpecah sebab Cade nak tolong Optimus Prime lawan Lockdown.


Dan macam biasalah, scene gelak tawa lawak jenaka pun mesti ada juga. Yang aku paling tak expect adalah Joshua Joyce, dia sangat lawak. Haha. Bila dah sebut filem yang bersiri-siri bagai ni, dah tentulah lepas habis keempat ada yang kelima. Sebabnya, siri keempat ini cuma melibatkan perang kalah mati antara Optimus Prime dan si bounty hunter, Lockdown. Manakala, Galvatron adalah sebuah Decepticon yang dicipta oleh manusia dengan menggunakan kepala Megatron, dan dia sempat larikan diri selepas dikalahkan oleh Optimus Prime dan Autobots yang lain. Si penciptanya Joshua Joyce ingatkan dia boleh mencetus satu revolusi baru dalam sistem pertahanan negara dengan mencipta Galvatron dan beberapa Decepticon lain seperti Stinger. 

Sebab pada mulanya dia ingat robot yang dia cipta boleh dikawal tapi dia silap sebab Megatron telah menggodam sistem ciptaan Joshua, menyebabkan mutasi kromosom pada robot-robot yang dicipta, dan menyebabkan Galvatron tidak langsung mengikuti segala arahan Joshua. Dah nama pun Megatron kan, dia tak akan lepaskan apa-apa peluang untuk dia hidup semula. Betul tak? Yang tak boleh blah bila Joshua bengang gila sebab masa pembikinan Galvatron, dia rancang nak bina robot seiras Optimus Prime, tapi macam mana pun tetap jadi rupa bentuk Megatron. Haha.


Overall cerita dia boleh tahanlah dan aku suka walaupun pada pandangan mata aku kali ini siri keempat Transformers agak messy dan serabut sikit. Haha. Entahlah, mungkin cuma pandangan mata aku saja kot sebab kepala pun dah ting tong sangat masa tonton Transformers malam tadi. Nasib tak tengok midnight movie, kalau tak dah tergolek tidur terbongkang siap stok berdengkur agaknya dalam wayang. Haha. Bintang daripada 10 aku bagi 8.

Masa keluar dari wayang, memang aku terserempak dengan ramai rakan seHouseman aku dekat Hospital Melaka. Walaupun aku tak lagi bekerja dekat situ, tapi aku masih ingat muka dan wajah setiap dari mereka yang pernah bekerja bersama dengan aku. Entahlah, aku jenis senang ingat muka orang dan susah nak lupa muka orang. Hmm. Macam biasa, kalau jumpa kawan mestilah kita nak tegur dan tanya khabar. Lama dah tak dengar cerita pun kan. Aku pandang dan senyum pada mereka, konon dah nak buka mulut, tapi mereka pandang aku, dan berlalu begitu saja.


Ouh!!! Masa dan saat ketika itu, memang entah kenapa aku rasa touching habis. Agaknya mereka dah tak kenal aku dah agaknya. Tak apalah, mungkin mereka terlepas pandang dan tak perasan. Huhu. Sedih sangat dengan diri sendiri sebenarnya. Rasa macam forever alone sangat. Dulu zaman universiti, memang ramai kawan rapat, tapi bila dah tamat belajar, masuk kerja, rasa macam duduk dalam dunia yang cuma ada aku dan diri sendiri saja. Hmm. Mungkin silap aku yang ciptakan situasi itu untuk diri aku, dan akhirnya aku tinggal dengan sesuatu yang aku panggil sepi.

Ya, sepi. Itu yang aku selalu rasa semenjak dua menjak ini. Tak mengapalah, inilah namanya fasa hidup yang ada turun ada naik. Tak selalunya kita di atas dan sentiasa gembira dan senang hati. Kan? Salam pagi Jumaat untuk semua. Selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.


P/S : Teringin nak tonton Guardian Of The Galaxy pula lepas ni. Heee. ^^


Ulasan

Ezad Skytech berkata…
nak tengok movie Transformers ni kena dalam keadaan segar bugar..kalau tengah mengantuk, confirm tertidur nanti sebab lama sangat movie ni...

bagi sy boleh tahan la...optimus prime dan bumblebee pun ada perubahan sikit dari rupa bentuk fizikalnya...dan yang penting bumblebee tetap kelakar macam dulu...memang lawak masa dia jatuhkan stinger prototaip tu...HAHA...

cuma part lawan akhir sekali tu macam kejap sangat la pula...Galvatron pun lepas macam tu je...saje la tu nak buat sambungan lagi lepas ni...huhu

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?