Tiga Puluh Satu Januari :)

Assalamualaikum.
Satu topik yang selalu difikir-fikirkan. Betul tak? Erm. Kadang-kadanglah. Tak adalah selalu. Haha. Artikel ini dipetik dari blog AKU ISLAM hasil penulisan Muhammad Naim. 31 Januari untuk tahun yang baru akan menjengah tak lama lagi. Yeah. Again. 31st of January. Jadi untuk menyambut pertambahan setahun lagi pada usia, kita sedut sikit aura positif dengan baca artikel yang positif. ^^ 
* * * * *
"Belum berpunya. Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia.
Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Namun, bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan.
Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung datang, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.
Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup.
Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil.
Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil diatas ujian untuk terjadi. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai.
Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita.
Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga."
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive :)

* * * * * 

There are times in life when I feel give up, tired of work, of human, feel lonely at times, but then I need to remind myself, always remind my self again and again. Life is indeed tiring, it's true. But we are not living this life for the sake of "dunia" but for "akhirat". So, never get tired doing "ibadah", searching for "pahala", cause it's for akhirat.

31 Januari, tarikh yang sama cuma tahun saja yang berbeda. Yang pasti, itu tanda meningkat usia. For me, it's just another regular day. Nothing to celebrate. Cuma bersyukur kerana masih bernafas dan masih sihat, hidup di atas muka bumi Allah. Syukur Alhamdulillah.

Tulis awal sebab blog nak berehat selepas ini. Say farewell to dunia maya for a while. Bawa hati. Ecewah. Jaga diri semua. Semoga diberi kesihatan yang baik, senyum-senyum selalu. Assalamualaikum.


HEART SPEAKS : Untuk aku, 31 Januari tak perlu hadiah tak perlu kek. Cukup ada 3 benda pada tarikh itu. Pertama sekali of course family. Parents and siblings are the best company you will ever have. Kedua, no work and holiday. Please please please! Dan ketiga, cukup dapat baca entry SELAMAT HARI JADI SAYANG. Tiap tahun memang akan baca, walaupun ditulis pada 2010. Terima kasih Penyebab Senyuman Dalam Rahsia untuk coretan itu. Itu adalah satu kenangan manis. Yang akan buat aku senyum tiap kali membacanya.

Terima kasih Allah atas segala nikmat kurniaanMU selama 27 tahun aku bernafas di muka bumi ini.
:)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?