Main Masak-Masak, Main Campak-Campak

Assalamualaikum.

Malam ini terasa mahu tulis sesuatu tentang makan, makanan. Mungkin kerana nikmat untuk makan dengan berseleranya hari ini telah Allah tarik sedikit, lantas ingatan tentang makanan begitu kuat sampaikan mahu dicoret sedikit dalam lembaran ini.

Sudah 3 hari perut meragam, angin menyerang setiap sudut dalam tubuh badan, mahu terlentang tidur memang tidak mampu, terpaksa bergulung-gulung menahan serangan angin yang datang tiba-tiba. Dan hari ini, semenjak Subuh tadi diuji dengan lagi hebat, perut meragam dengan maha teruk sekali, menjengah bilik air juga rasanya mahu cecah 20 kali. Entah silap makan apa sampaikan jadi begini. Tenaga sudah jadi kosong, pinggang sakit dan lenguh-lenguh, mahu berjalan dan menapak ke bilik air untuk kesekian kalinya juga memang payah.

Selera pun automatik jadi kosong. Hanya telan buah. Bila malam, selera bertambahlah sedikit, itupun bila masuk makanan terus mahu dibuang keluar. Sudah lama aku tidak kena seperti ini, memang dugaan betul. Rasa macam mahu pasang branula sendiri dan masuk air dalam badan. Hehe.


Aku pernah ceritakan sebelum ini dalam entry kecantikan ini, macam mana aku sekarang sudah hampir menjadi healthy freak, but not totally, jadi aku telan macam-macam vitamin dan supplement. Di atas ini adalah antara koleksi yang aku ada. Selenium, Lecithin dan Multivitamins.

Dan kerana sibuk menjaga kesihatan juga, aku pun sibuk main masak-masak. Aku masak mengikut piawaian yang orang sebut sebagai sihat. Dari segi kuantiti minyak, pemilihan herba, sampailah ke bahagian ayam yang mana untuk dimasak. Sebabkan aku terlampau malas untuk menghafal resepi, jadi aku cuma tengok sekali pandang dan seterusnya aku hanya main campak-campak. Aku rasa jika bab masak memasak, kita ikut campak-campak yakni naluri hati kita, ianya adalah lebih mudah dan senang. Dan anda cepat belajar. Pada pandangan akulah. 


Ini adalah ayam masak halia yang memang aku rindu untuk makan. Jadi, bila ada masa lapang, aku pun apa lagi, masak sendirilah. Aku memang peminat tegar cili padi, jadi kebanyakan masakan aku, selagi aku boleh pakai cili padi, aku akan pakai. Plus, dalam cili bukankah ada bahan yang boleh bantu kita dalam proses menurunkan berat badan.

Untuk ayam masak halia, aku perap ayam dengan sos tiram dan lada hitam dalam 30 minit selepas itu aku goreng. Selesai digoreng, kita keluarkan ayam, dan tumislah segala bahan yang ada seperti halia, bawang, cili padi, sos tiram dan sedikit tepung jagung untuk likatkan kuah. Garam sedikit saja sebab sos tiram kan dah masin. Dan selepas itu, campak ayam yang digoreng tadi ke dalam bahan yang kita tumis. Siap!!


Untuk ayam masak pedas ini paling senang, macam biasa ayam kita lumur dengan kunyit dan garam sedikit lalu kita goreng. Selepas itu kita sediakan bahan menumis. Blend saja bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit belacan. Seterusnya kita tumis sampai garing dan masukkan saja ayam yang telah digoreng tadi. Siap!! 


Ayam goreng rempah. Memang favourite aku sebab aku boleh eksperimen dengan macam-macam benda untuk tahu mana yang sedap mana yang tak. Aku pernah pakai serbuk kari, cili boh, bawang merah, bawang putih, sos tiram, kicap, lada sulah, lada hitam, jintan putih, jintan manis dan macam-macam bahan lagilah yang boleh aku capai dalam dapur. Well, after all masak ini sebenarnya eksperimen. Cuba segala kemungkinan yang ada. Explore explore explore. And then only we learn.



Apart from main course, aku pun belajar main masak-masak dessert orang Melayu kita, iaitu kuih kesukaan aku, kuih lompang. Aku suka apa saja kuih yang ada kelapa parut. Buat kuih lompang tak adalah susah mana tapi berpeluh-peluh jugalah. Untuk masak kuih, memang tak boleh pakai konsep campak-campak dan agak-agak okay. Kena ikut sukatan, kalau tak nanti, bukan lembik sangat mesti keras berdentum. Macam kuih yang aku buat, aku cuba 2 adunan. Satu adunan menjadi, dan satu lagi agak keras sedikit. Jadi lain kali aku tahulah sukatan apa yang seeloknya diguna untuk buat kuih lompang.

Kalau ikutkan, banyak lagi aku nak explore, banyak lagi aku nak eksperimen. Sebab ianya memang menyeronokkan dan meredakan stress tapi masa tak mengizinkan. Hoping one day, aku boleh buka restoran ataupun mungkin terbitkan buku masakan. Other than travelling, photography, cooking is another stress therapy that I love so much. Kesemuanya ada bahagian dalam impian dan angan-angan aku. Harap satu hari nanti jadi kenyataan. Mudah-mudahan. Amin.

Okay. Sampai sini saja. Nak sambung rehat. Perut masih bergelodak, macam ada perang di dalamnya. Haha. Till next entry then. Take care. Assalamualaikum. ^^

Ulasan

Adziim berkata…
Banyak sangat makan cili. Ada member aku pesen makan tak lama kemudian nak ke tandas tapi tak kurus-kurus juga dia,suka makan pedas juga. Dah buang tonsil, bernanah teruk, dulu selalu demam,sakit kepala dan kadang-kadang perut dia tak selesa, rasa pedih2. Ada ambil gaviscon sekali sekala time sakit serang. Ada habit lepas makan berat(nasi,mee,lunch time) dia akan rasa nak makan manis macam candybar,ice cream...apa-apa yang manis, air manis pun dia suka minum. Nak cari kuih muih memang tak jumpa le time tengah hari jadi ganti le dengan coklat2 manis.

Dah cuba ambil magnesium? Bila dah cirit-birit ini biasanya kandungan magnesium dalam badan akan kurang. Lagipun ambil magnesium boleh neutralize asid perut dan bantu usus serap lebih banyak air.
@Adziim Setakat ni belum lagilah kalau makan cili padi aje nak menuju ke tandas. Mungkin bukan hari-hari tala cili padi. Sebab perut ni pun bukan tahan sangat pun nak lasak-lasak.

Dah telan macam-macam benda dah semalam, Alhamdulillah ada kurang sikitlah kekerapan ke tandas. Tenaga pun dah bertambah. Tak tahulah apa sebabnya, gastrik atau food poisoning. Tapi lepas makan satu jenis ubat baru dari Neuro, indomethacin, gastrik makin teruk. Badan dah tak tahan kot macam-macam benda ditelan.
Hime berkata…
penah gak sakit perut sebab angin tapi jenis tak pegi toilet.memulas punya la sakit,rasanya takde makan yg aneh2 pun

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?