No! I'm Not Claustrophobic! | " Cahaya Yang Riang Gembira "


No! I'm Not Claustrophobic!

3 comments
Assalamualaikum.

Congak-congak dengan jari, oh ada 3 hari lagi. Makin debar, makin menggunung kerisauan. Selama ini aku pernah lihat pernah tenung saja gua itu, tapi masuk, jenguk dan menjelajah ke dalamnya tak berpeluang lagi.

Dengar orang kata, baca tulisan sini sana, bila dah masuk ke dalam gua, jarak pada dinding gua magnet itu hanya 2 inci saja dari muka. Oh! Membacanya saja sudah buat aku sesak. Buat aku rasa berpeluh-peluh dan berdebar-debar.

Claustrophobia?


Oh! Setahu aku, tak pernah lagi dalam sejarah hidup aku, punya rasa tidak selesa di tempat sempit, kecil dan tertutup. Kalau tidak selesa di tempat umum, mungkin ya. Heh!

Oh! MRI terasa menggerunkan sebenarnya. Rasa macam tak cukup udara untuk bernafas bila memikirkannya. Harap berjalan dengan tenang tanpa debar, sesak dan terketar-ketar. Haha.

Jaga diri semua. Selamat malam semua. Assalamualaikum.


3 Comments Here:

Adziim berkata...

Rileks2 je. Tidur kejap dlm gu tu. Rasa macam kurang dua inci.

FarhanaDr berkata...

@Adziim Kurang dari 2 inci? Ya Allah. Macam mana nak melaluinya. Perang minda betul.

Hime berkata...

xsuka tempat sempit,tp tak suka tempat yg luas n penuh dgn org2 yg annoying. lol. farhana, u can now download the itinerary with budget dekat entry tu hari. http://fandomreality.blogspot.com/2013/03/budget-for-korea-trip.html

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.