Change Of Heart

Assalamualaikum.

Apa khabar semuanya? Terasa seperti makin jauh dengan dunia, berbulan-bulan aku mengurung diri, menjarakkan diri dari dunia yang aku rasakan bukan dunia aku. Saban hari aku bertanya, aku mempersoalkan, kenapa aku di sini? Bagaimana aku sampai ke sini? Bahagiakah aku?

Dalam perjalanan mencari jawapan kepada tiap persoalan itu, aku mula sedar, aku dah kecewakan ramai orang. Aku dah melukakan hati mereka yang sayangkan aku. Aku dah jadi terlalu mementingkan diri. Aku hidup hanya memikirkan aku, aku lupa mereka yang ada di keliling, aku lupa yang namanya tanggungjawab, untuk diri dan untuk mereka-mereka. Aku dikata tidak matang, aku terlalu mengikut hati, terlalu kebudak-budakan. Aku memberontak kerana label itu, panggilan itu, aku begitu keras hati, gelap mata, aku cuma nampak aku dan diri aku. Hakikatnya, semuanya benar belaka. Heh! Such a selfish person I am. Self centered. Ini ke si gadis yang begitu menjunjung kasih sayang, kehormatan dan keluarga? Sudah berubahkah gadis ini? 


Aku seringkali berdoa, supaya keadaan aku akan berubah jadi lebih baik. Aku akan bahagia dengan apa yang aku suka lakukan, aku akan berjaya keluar dari situasi yang sukar untuk aku lalui. Tapi aku terlupa, mungkin apa yang DIA mahukan bukan untuk aku lari dari keadaan ini, bukan untuk aku berubah dari apa yang aku tak suka kepada apa yang aku suka, bukankah DIA Maha Mengetahui akan apa-apa yang terbaik untuk hambaNYA.

Barangkali DIA mahu aku buka mata buka hati, buka seluas-luasnya, belajar menyukai belajar mencintai, belajar juga ikhlas dan redha. Mengubah rasa hati kita kadang bukanlah sesuatu yang buruk, memang kita rasakan sukar, memang kita akan mempersoalkan kenapa mahu hidup terseksa melawan kata hati, kenapa kita tidak boleh hidup bahagia dengan apa yang hati kita suka, memang sukar mengubah hati, ya benar. Tambah lagi jika yang kepalanya keras seperti aku.

Tapi kita lupa, kita adalah manusia yang lemah, kita tidak tahu apa yang akan terjadi di masa depan, kita rasa kita akan bahagia dengan menurut kata hati, tapi bukankah ALLAH lebih mengetahui segalanya? Allah beri sesuatu itu dengan hikmah di sebaliknya, Allah aturkan jalannya seperti itu kerana DIA tahu apa yang terbaik untuk setiap dari umatNYA. Tak semua benda yang jika kita ikut kata hati kita, kita akan gembira, kita akan bahagia. Kita boleh gembira, kita boleh bahagia walau macam mana pun kita, sebab segalanya datang dari diri kita. Dan aku, sedang melaluinya. Melalui satu fasa yang aku perlu belajar, segalanya berpunca dari diri kita. 


Makanya, aku akan selalu doa, memohon padanya apa-apa jua yang paling baik untuk aku, andai aku tidak menyukainya, aku pohon doa agar dihadirkan rasa itu perlahan-lahan suatu hari nanti. Aku juga boleh bahagia walaupun aku tak dapat apa yang aku inginkan, yang paling penting aku harus bersyukur apa yang aku ada sekarang, kerana itu yang terbaik buat masa sekarang. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui segalanya.

Timbalan Pengarah hospital pernah kata pada aku, "Allah bagi apa yang kita nak. Kamu nak jadi doktor, dan sekarang kamu adalah seorang doktor. Ingat itu."

Abah pesan juga pada aku, "Allah itu pemurah, pengasih dan penyayang. Dia turunkan rezeki untuk semua umatNYA. Awak dah jadi doktor, itu rezeki yang Allah bagi dekat awak, kenapa awak nak tolak rezeki yang Allah bagi?"

Salam hujung minggu semua. Selamat menunaikan solat Subuh. Jaga diri. Assalamualaikum.
:)


Ulasan

Adziim berkata…
Apa yang orang nampak pada kita...tak semestinya itu yang kita mahukan. Kerja doktor ini kerja yang mulia,ada nama, pangkat, dan tentunya duit. Kebanyakkan orang akan menggalakkan seorang doktor terus kerja sebagai doktor kerana apa yang mereka nampak pada seorang doktor adalah hidup senang. Kenapa nak lari dari hidup yang penuh kesenangan?

Ada doktor lelaki beritahu saya, kawan dia berhenti kerja doktor, tukar masuk bidang meniaga. Jual nasi lauk pauk,kuih muih atas lori. Lagi bahagia dari kerja doktor. Mengadap pesakit buat stress je.
Aziela berkata…
Setiap individu berbeza. You are on your way to be a great person. Daripada apa yang akak nampak, awak (should I call u Doc?)dalam transisi untuk mencari dan membaiki diri. Tak apa..go on. Until one final point, when you have reach your destination, you will smile confronting each day. Owh..me reaching 40 y.o. pun belum sampai that destination lagi. So, dun worry. No hurry, though.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?