Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

UPDATE TERBARU DIRI PENULIS : Sekarang dah berhenti pemakaian segala macam produk muka. Mulakan kembali dari bawah. Penjagaan dari dalam. Aku ambil Set Kurus Shaklee dan Set Penjagaan Kulit. Saja-sajalah nak cuba. Collagen Shaklee, ESP dan GLA Complex. Alhamdulillah tak sangka ada perubahan besar. Patut pun ramai yang jatuh cinta dengan Shaklee.

Penjagaan dalaman dah ada, untuk luaran aku cuma pakai pencuci muka yang direcommend dermatologist, Cetaphil. Sesuai untuk semua jenis kulit. Kalau nak lebih berkesan, ambil bersama antibiotik untuk kulit selama sebulan. InsyaALLAH akan terasa kesannya.

Jika ada kelapangan nanti, aku akan kongsikan tentang penjagaan kulit luar dan dalam ini berserta dengan gambar. Pada yang berminat nak tahu, boleh sms atau whatsapp saja. InsyaALLAH, ada kesempatan aku boleh balas.
:)

[Kulit setiap dari kita adalah berbeza. Jadi lain orang lain kesannya.]

*All pictures are taken from Google. Credited to their respected site*

Assalamualaikum.

 Salam 4.40 pagi dan salam hujung minggu untuk semua. Ewah tajuk macam muka cantik sangat nak tulis entry pasal kecantikan ya. Kekeke. Pertama sekali, aku BUKAN jual produk atau yang seumpama dengannya okay. Cuma sekadar ingin berkongsikan perjalanan hidup aku yang banyak dah berubah semenjak 2 bulan yang lalu. Aku berikannya nama PROJEK UBAH. Kira ibarat macam satu wake up call, kena hantuk dekat dinding, PANGGG!! Lalu sedar dari tidur yang panjang selama 26 tahun. Apa merepek pagi-pagi buta Farhana. 

Entahlah, selama ini aku sikit pun tak pernah hirau pasal kecantikan, kesihatan yang tip top. Bagi aku itu semua benda kecil saja. Aku memang liat nak jaga kulit muka, aku pakai barang penjagaan muka bila aku rasa aku suka. Tapi kebanyakan masa dalam hidup aku, aku memang tak pakai sebabnya aku pemalas tahap dewa. Haha. Jaga pemakanan pun ikut musim, bila rasa nak kurus, diet kejap, ambil supplement itu ini, tapi sekejap sajalah. Esok lusanya mentekedarah macam dah tak ada esok hari.

2 bulan lepas, aku sendiri tak pasti apa yang jadi perangsang untuk aku mula berubah. Yang pastinya untuk keyakinan diri, untuk kesihatan masa depan yang lebih elok. Dan, aku juga dah sedar, aku sedar orang susah nak "pandang" kalau kau gemuk, bukan tak pandang langsung cuma susah, dan tambah lagi dengan muka sememeh. Those happy fairy tales where you were told that men don't look at you for your appearance, I know now that, it's all nonsense. Men do look at APPEARANCE AND HEART.

[Pernyataan di atas adalah berdasarkan pandangan dan pengalaman AKU saja ya, sila jangan condemn, aku tahu dan aku pasti ada lelaki yang MELETOP di bumi ini. Smile.]


Bukan tidak bersyukur, cuma aku rasa aku perlu berubah, supaya jadi lebih baik, lebih sihat dan lebih bahagia. Bukan untuk siapa-siapa, untuk diri sendiri juga. Untuk entry kali ini, aku nak kongsikan tentang pengalaman penjagaan kulit wajah aku selama 2 bulan PROJEK UBAH aku ini. InsyaAllah jika ada masa dan kelapangan aku akan kongsikan pula tentang SAY GOODBYE TO 6KG IN 4 WEEKS. :)

Kulit muka aku tak adalah masalah teruk dengan jerawat, cuma ianya datang sebulan sekali. Sedikit masalah berminyak tapi yang paling utama adalah MELASMA. Golongan mak-mak sebut benda itu sebagai JERAGAT atau TETUA. Aku dapat masalah ini semenjak aku mula pakai produk anti-aging setahun lepas. Ketika itu, cuma tumbuh sedikit saja di kawasan tulang pipi. Selepas itu aku berubah produk, dan pakai 2 lagi jenis produk anti-aging, maka masalah aku jadi semakin teruk. Maka tahulah aku, produk anti-aging tidak sesuai untuk aku.

Apa sebenarnya MELASMA? Melasma adalah sejenis pigmentasi pada kulit, kelihatan bertompok-tompok seolah seperti tanning atau terbakar. Kawasan kegemaran MELASMA ini adalah di area T Zone dan pipi. Untuk aku pula, pigmentasi ini merebak di sebelah pipi kiri aku. Adik aku kata, aku nampak macam lepas kena tumbuk, lebam seketul di pipi. Memang agak besar, dan bila pakai tudung, masih nampak lagi separuh daripadanya. 


Selalunya melasma ini boleh dirawat jika anda pergi ke klinik pakar kulit dan akan diberikan ubat untuk itu. Ada juga yang cadangkan rawatan laser, chemical peeling dan macam-macam lagi. Memang pening kepala nak cuba cara apa, takkan nak sagat dengan berus dawai besi pula. Hehe. Ada juga aku dengar soseh-soseh suruh aku pakai Bio Oil. Jadi aku ke Guardian untuk cari mana-mana yang berkenan di hati.

Dan terjumpalah dengan Palmer's Cocoa Butter Formula - Scar Serum + Skin Therapy Oil. Aku beli trial pack dengan harga RM29.90 dan ada keduanya sekali. Scar serum jika dijual berasingan, harganya RM69.90. Tapi botolnya lebih besar, seperti di bawah.

KANDUNGAN SCAR SERUM : 100% Pure Cocoa Butter, Vitamin E 24,000 I.U, Shark Liver Oil, Silicone, Allium Cepa 
KANDUNGAN SKIN THERAPY OIL : 100% Pure Cocoa Butter, Vitamin E, Roseship Oil, Sesame Oil, Canola Oil, Celesomate E Complex

Bau serumnya agak hanyir sebab nama pun ada shark liver oil. Tapi bila dah bercampur dengan minyaknya, bau pun hilang sebab skin therapy oil ini agak harum. Mula-mula titiskan setitik dua scar serum pada jari dan urut lembut pada kawasan kulit bermasalah. Lebih kurang 10 minit selepas urut, aku sapu pula dengan skin therapy oil. Pada kotak dicadangkan guna 3 - 4 kali sehari untuk kesan optima tapi aku cuma rajin guna 2 kali sehari. Okaylah kan daripada tak pakai langsung. Selepas 2 minggu, kesannya mula nampak. Pigmentasi dan kehitaman makin hilang dan digantikan dengan kulit baru. Sekarang dah hampir 50% hilang dan aku sangat kagum dengan keberkesanan Palmer's Cocoa Butter Formula. Aku juga sapu pada parut jerawat tapi ambil masa lebih lama sikit untuk pudar.

TERBAIK!!!

FORMULATED TO IMPROVE APPEARANCE OF : Scar, Stretch Marks, Dry, Damaged Skin, Uneven Skin Tone, Aging Skin


Aku beli, aku pakai tapi bukan buta-buta pakai. Aku buat research sikit-sikit tentang Vitamin E untuk parut, dan rata-rata journal yang aku baca, Vitamin E sebenarnya tak membantu sangat pun untuk hilangkan parut sebaliknya menurut research 33% populasi yang alami radang kulit (allergic dermatitis) kerana penggunaan Vitamin E pada kulit. Tapi ada juga artikel yang menyatakan Vitamin E juga ada membantu sedikit sebanyak. Jadi apa yang membantu untuk parut selain daripada vitamin E? Ada beberapa jenis minyak, silicone cream yang memang membantu untuk atasi masalah ini.

Selain daripada jagaan luaran, kita pun kena top-up dari dalam. Apa yang aku buat, aku ambil supplement untuk kulit - Aura White. Dah 2 botol habis dan kesannya memang bagus. Kulit nampak makin sihat, tak kusam dan adik aku kata glowing. Haha. Well, it's the effect of glutathione everybody. Glutathione sekarang dah makin popular. 

Dan aku juga mula makan vitamin. Vitamin yang bagus untuk kulit contohnya macam vitamin C, vitamin E. Jadi untuk itu, aku ambil multi vitamin yang ada kesemua vitamin dan mineral. Sebab selain untuk kulit, ianya juga untuk bantu aku dalam proses penurunan berat badan. Vitamin B, Vitamin D, Magnesium dan Kalsium sangat membantu dalam meningkatkan metabolisma. Bila metabolisma meningkat, lagi senang nak bakar lemak ya kawan-kawan. 

Kesimpulannya, penjagaan diri bukan saja luaran tapi juga dalaman. Ecewah. Kalah Kak Ton kalau gini gayanya. Comel tak Kak Ana? Kekeke. Wah, dah lama tak menulis entry sepanjang ini. Aku harap ada ilmu yang aku sampaikan dalam entry ini. Sebenarnya, aku sendiri pun banyak membaca untuk tambahkan lagi ilmu dalam penjagaan diri dan kesihatan ini. Aku kaitkan balik dengan apa yang aku pernah belajar masa medical school dulu dan ianya banyak membantu.

Sekian saja, nantikan update untuk projek penurunan berat badan dan keeping fit pula nanti. And remember, it's never too late to change. Jom ubah. Jaga diri semua. Assalamualaikum.


P/S : Maaf. Gambar muka dah lama tak tayang dalam blog. Walaupun untuk entry penjagaan wajah, harap maaf, tiada gambar. Kalau nak tahu, kena tengok LIVE. Kekeke. :p


Ulasan

Nazz@Purple berkata…
naz alami masalah yg sama..smpai terpikir nak try sabun yg terhangat dipasaran yg boleh mengelupaskn kulat jd putih..tp takut nak try sbeb kesan boleh menipiskan kulit..cara ana ni lg baik..ok thanks perkongsian..nak cuba la..
nadz ruslan berkata…
Saya ada problem masalah skin pigmentation, ayah tanya kenapa area dagu gelap.. nanti nak beli la!

Aurawhite tu susahla sikit, tunggu keja nanti baru leh beli. Hehe
Adziim berkata…
Tukar bidang, pakar kecantikan dan kesihatan pula.
Teena Tna berkata…
Wahh, tgok tajuk tu dah macam iklan kt tv lah..
Btw nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com
Hime berkata…
aura white tu takde side effect ke?
Hime berkata…
btw,pelik la,kalau saya amik supplement, mesti selera makan naik mendadak.kenapa ek?
Unknown berkata…
Assalamualaikum semua..

kulit kita kalau di paksa untuk mencerah .. akan timbul masalah kehadiran pigmentasi di kemudian hari . Jadi .. tak perlu lah nk jadi seputih snow white kalau kulit dah sedia ada gelap/coklat .. kalau nk tau lebih lanjut jom join free skin care class saya... belajar mengenai penjagaan wajah .

jom lawat blog saya di : www.dbeautystation.blogspot.com

saya sedia membantu anda semua .. jom chantikss...
~ yus ~ berkata…
Betul. Kes awak sama dengan saya. Tiba tiba dapat 'pencerahan' dan 'kesedaran' untuk berubah dalam menjaga kesihatan dan penjagaan wajah. Memang betul pun, lelaki akan tengok luaran. That is fact. Hehehe..
Apapun, kita bukan nak pujian orang, tapi untuk diri sendiri. Bukan nak putih melepak, cuma nak nampak kemas dan berseri. Kan?
Saya pun sekarang stay dengan aura white. Baru sebulan guna, takde la putih melepak lagi. Tapi, decide nak cuba untuk bulan seterusnya. Harap menjadi.
Good luck untuk awak. And never give up. *untuk diri sendiri gak* hehehehe.. :-)
@~ yus ~ Yep. Kita bukanlah nak cerah dan putih melepak, cuma kita nak elokkan jeragat, pigmentasi, supaya muka lebih clear dan bersih orang kata. Saya makan sekejap saja Aura White, dalam 3 botol, then kulit dah okay, saya tak minum dah. Just jaga elok-elok dan makan vitamin je. Heee.

Terima kasih. Untuk awak juga, good luck. Thanx for reading this. :)
Unknown berkata…
Yes ,, setuju sgt ..ayu gne scar serum mmg berkesan plus lak baru gne aura white bubbly .ye la kne jaga dari remaja kata org..now parut n jerawat bole kata 70% ilg..
Tanpa Nama berkata…
Askm...sis nk tanya yg produl palmer tu sis pakai brape lama nak hilangkan masalah jeragat...sypun ade masalah yang sama iatu jeragat tu naik kt pipi. Klu betul2 berkesan sy nk cuba..sbb dh byk produk sy cuba tp x nmpk kesan..
@Anonymous Waalaikumsalam. Pakai sampai habis sebotol. Haha. Lepas tu saya stop sebab dia kan berminyak, pekat, senang keluar jerawat. Berkesan, tapi makan masa sikitlah. Lepas tu, saya stop. Bila salah pakai produk pencuci muka, baru keluar balik jeragat.

Sekarang saya cuma pakai pencuci muka yang liquid gel saja. Tak pakai yang cream dah atau yang ada unsur gold / anti penuaan. Sebab itu punca saya keluar jeragat. Pastu skrub hari-hari dengan garam 7 bukit. Alhamdulillah, tak keluar dah jeragat. :)
Tanpa Nama berkata…
salam..nak tanye..di mana bole dptkn produc cocoa butter ni ye?
@Tanpa Nama Waalaikumsalam. Selalu ada di jual di Watson / Guardian. :)
username berkata…
saye pon baru aje guna cocoa butter ni dalam dua hari pon dah nampak kesan sikit ii cuma kene rajin aje masalah jeragat saye dah lame macam ii produk dah guna alhamdulillah baru jumpe yang sesuai dengan kulit thanks kak ana share tentang masalah ni. -^_^-

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Dear Dr. T