Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Tunggang Langgang

Imej
Assalamualaikum.. Balik agak lewat hari ini, 2 jam lewat.. Hanya berbuka dengan sebiji gula-gula saja.. Tapi aku tak kisah.. Sebab aku rasa aku macam dah tak ada perasaan sangat dah sekarang.. Tumpul.. Numb.. Tak tahu dah nak cakap apa.. Nak tulis apa.. Rasa hidup macam terumbang-ambing, tunggang langgang sekarang.. Aku macam hilang fokus dan tujuan, mungkin kepenatan hidup buat otak aku makin hari makin tumpul, tindakan aku sehari-hari makin lembab dan lembab.. Apa nak jadi entah? Aku tak jumpa lagi mana seronoknya hidup bila dah bekerja, mungkin sekadar duit saja, tapi kebahagiaan yang sebenar? Aku rasa kosong.. Kosong.. Kosong.. Hmmmm.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. Heart Speaks : Rasa macam nak pergi jauh, tempat yang tak dikenali orang langsung dan mulakan semula suatu kehidupan YANG SEBENAR.. Tempat yang kamu tidak mengenali si Cahaya Yang Riang Gembira.. Hmmm..

Perkara Yang TIDAK Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Imej
UPDATE : Seperti yang dah aku tulis di perenggan terakhir, lebih elok ditanyakan perkara ini pada yang lebih arif jika masih ada sebarang kemusykilan.. Ada pendapat berkata begini, ada pula yang berkata begitu.. Makanya elok dirujuk pada yang lebih arif.. Aku ada terbaca dalam satu group Facebook di mana ada yang berkongsikan tentang artikel aku ini.. Ada juga yang kongsikan sumber rujukan dari JAKIM.. Sama-samalah kita teliti dan kaji, tak tahu tanyalah pada yang arif.. BUKU PANDUAN PUASA BAGI PESAKIT Assalamualaikum dan salam 1 Ramadhan.. Hari ini hari cuti.. Bolehlah rehatkan sikit otak dan badan dari cengkaman kerja.. Ecewah! Just a short post, aku jumpa di laman Facebook, dikongsikan oleh seorang sahabat aku yang bekerja sebagai jururawat.. Sesuatu yang kadang-kadang buat aku sendiri tertanya-tanya juga.. Malah ada juga segelintir pesakit yang masih ragu-ragu dan tidak tahu tentang letak duduk perkara-perkara seperti di bawah.. PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUAS...

My Memory :)

Imej
Assalamualaikum.. Hari kedua di bulan Ramadan dah nak meninggalkan kita, masuk pula kita ke hari ketiga.. Cuti aku selama 2 hari pun dah habis.. Tak tahu bila lagi boleh dapat cuti begini, memang heaven bila duduk rumah, tak payah fikir nak menghadap beban kerja yang banyak dan kerenah orang yang pelbagai.. Bilalah hati nak mula mencintai kerja yang dah aku buat lebih kurang 3 minggu ini.. Hmmm.. Waktu-waktu duduk tak ada kerja, kadang-kadang aku akan terkenangkan saat-saat yang selalu buat aku senyum.. Saat-saat yang mungkin aku boleh labelkan sebagai kenangan sebab dah hampir setahun dah berlalu.. 1) Saat malam-malam lebih kurang jam 8 hingga 10, rajin duduk menunggu telefon berbunyi menandakan ada mesej masuk.. Hampir setiap kalinnya, akan bermula dengan pertanyaan APA KHABAR, SIHAT? Lalu, tak semena-mena aku pasti akan tersenyum.. 2) Saat orang tiba-tiba hantar pesanan dan beritahu dia akan menaiki bas dan pulang ke ibu kota, dimintanya menemani dia sepanjang ...

Hati Dah Berkenan

Imej
Assalamualaikum.. Sambil golek-golek sebelum lelap mata, sambil duduk berangan dan mencongak-congak.. Padahal tak sampai sebulan kerja, gaji pun lambat lagi nak masuk.. Masih lagi kering kontang poket kiri kanan, tapi berangan punyalah jauh.. Siap dah buat congak-congak dan catit catit dah dalam buku nota.. Ecewah.. Sebenarnya hati dah berkenan, tapi tak tahu nak pilih mana satu.. YANG INIKAH? ATAU YANG INIKAH? Kah kah kah.. Impian nak tinggi melangit saja kan.. Tapi memang betul, hati dah terpaut sangat dengan kedua-dua baby di atas.. FORD FIESTA? Atau SUZUKI SX4? Haih.. Semoga malam nanti mimpi test drive kedua-dua baby di atas, senang nak buat pilihan bila nak beli nanti.. Eh bila ya? Setahun lagi kot? Haha.. Kita pulun kerja dulu dan kumpul wang secukupnya.. Selamat malam dunia.. Selamat malam semua.. Take care.. Assalamualaikum..

Bahagia Mereka

Imej
Assalamualaikum.. Malam semua.. Hari ini adalah hari yang tersangat memenatkan.. Satu badan lenguh-lenguh sebab berdiri terlalu lama.. Duduk rehat pun sekejap saja.. Lelap barang 5 minit mungkin cukup dah.. Alangkah bahagianya kalau balik rumah ada tukang urut.. Nikmat hidup! Tadi masa rehat, sempat aku berborak dengan rakan sekerja yang baru seminggu lebih aku kenal.. Borak punya borak, sungguh aku tak sangka, kebanyakan daripada mereka sudah pun berkahwin, ada yang dah bertunang dan ada pula yang sibuk merancang segala persiapan.. Aku di satu sudut hanya mampu dengar dan senyum saja.. Tumpang bahagialah katakan.. Most of the doctors, memang dah berkahwin.. Muka seri-seri, hidup seronok, tambah lagi bila dah dekat masa nak punch out balik kerja.. Senyum lebar sampai telinga.. Ada cemburu sedikit datang menyapa tiba-tiba.. Adeh! Dush dush! =.= Credit to Strawberytelle.Tumblr.Com Kebanyakan dari mereka berkahwin semasa belajar, kahwin sesama batch sendiri.. Barangk...

Zaman Sekarang Nak Mengumpat Sila Pandang Keliling!

Imej
Assalamualaikum.. Okay.. Dah berjaya tidur selama 10 jam.. Cukuplah.. Masa untuk memanjakan diri dengan dunia maya kejap selepas lama meninggalkannya.. Sambil-sambil duduk belek buku, polish otak.. Hey! Ingat dah kerja, buku boleh tutup ke? A big NO! Bila otak dah berkarat sebab dah lama tak baca bukulah kita kena selalu buka dan baca, ingat semula.. After all we deal with people's life.. Zaman bila dah kerja, memang macam-macam benda yang kita akan jumpa dan lalui.. Pengalaman ini semua yang mematang dan mendewasakan kita, ajar kita apa itu kehidupan dan siapa dia manusia.. Masa mula masuk kerja, memang kosong.. Satu apa pun tak tahu, buat kerja memang lembab.. Asyik kena marahlah boleh dikatakan.. Sekarang, nak kata dah hebat tak adalah, tapi dah boleh catch up slowly.. Kurang dah kena marah, kadang-kadang saja.. Haha.. Lagipun aku dah tak kisah dah, serious lali dah sebab selalu kena marah.. Tadahlah teling, angguk-angguk kepala.. Ramai senior-senior sejawat...

24 Jam

Imej
Assalamualaikum.. Akhirnya selama hampir seminggu lebih.. Inilah dia yang ditunggu-tunggu.. Sesuatu yang datang sekali dalam sekala, harus dipegang dan nikmati dengan sepuas-puasnya.. OFF DAY!!! Makanya, jom tidur selama 24 jam dan bangun semula sebagai seorang manusia dan bukan lagi seekor zombie.. Kekeke.. Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..  P/S : Menanti dengan penuh ketaksabaran bila gaji nak masuk. Sebulan setengah, cepatlah berlalu.

Terima Kasih Jururawat!

Imej
Assalamualaikum.. Mata dah makin layu, tapi tetap juga nak conteng apa yang rasa nak diconteng pagi tadi dalam blog tercinta ini.. Jadual aku pada hari ini dipenuhi dengan lebih kurang 6 pembedahan Caesarean Section.. Naik beku dan kematu satu badan aku sebab duduk dalam bilik bedah yang aku rasa suhu dia NEGATIF 20 DARJAH CELCIUS agaknya.. Sejuk giler weh!!! Tapi bukanlah nak cerita pasal sejuk beku keras kematu.. Tapi pasal NURSE.. Macam biasa, dalam satu pembedahan, kena ada doktor, kena ada staff nurse, scrub nurse, GA nurse dan macam-macam lagilah.. Part paling best bila dapat kenal seorang staff nurse ataupun dalam erti kata lain jururawat terlatih yang juga dipanggil scrub nurse sebab dia tolong hulur peralatan semasa proses pembedahan..  Mohd Ashriq.. Itulah nama abang staff nurse kita..  ^^ Walaupun pada hakikatnya, asal sebut nama nurse, of course minda kita dah set mostly mesti terdiri di kalangan perempuan, tapi zaman sekarang tak kurang bany...

Ini Titik Mula

Imej
- ENTRY INI DITULIS PADA 25 JUN 2012 - Assalamualaikum.. Aku mulakan entry ini dengan satu perasaan bercampur baur.. Aku tak tahu apa yang aku rasa sekarang.. Surat yang dinantikan selepas 'berehat' selama 3 bulan telah tiba.. Surat panggilan kerja dari Kementerian Kesihatan Malaysia.. Mungkin rasa bahagia seperti orang lain itu tak ada  pada aku saat aku menerima sepucuk surat putih itu.. It's what I'm scared of since my 4th years of study because since that moment, I realize I don't fit into medicine world.. But, to turn back it is almost impossible.. Thinking about your age, about how much money MARA had spend on you and so many other things.. That's why I said it is impossible to turn back and starting a new whole chapter in life.. It's not that I'm being ungrateful.. NO! NEVER! Syukur aku pada ALLAH kerana beri aku rezeki, beri aku peluang ada pekerjaan yang elok untuk aku, beri aku peluang untuk gembirakan orang tua aku.. Benar, aku be...

Hal Yang Terindah

Imej
Assalamualaikum.. Lama sungguh dah rasanya aku tak dapat menulis sesuatu dengan perasaan seronok di sini.. Barangkali kesibukan yang menghambat, menjadikan aku bangun tidur pergi kerja, balik kerja tidur.. Tak ada apa yang seronok dalam kehidupan aku setakat ini.. Tapi aku masih bersyukur, ada lagi hal-hal yang terindah dalam hidup aku, walaupun kelihatan kecil, tapi untuk aku ianya tetap indah.. Hal Yang Terindah : Bila selepas 15 jam bekerja, 11 hari terus menerus tanpa cuti, bersengkang mata, berdiri dan berlari ke sana dan ke mari, DAN BILA TIDUR, terjaga dari tidur dan jam masih menunjukkan lambat lagi waktu nak masuk kerja.. Sesungguhnya itu sangat indah.. ^_^ Selamat malam semua.. Tidur dulu.. Semoga bangun semula esok hari dengan semangat dan emosi yang lebih kental dan kuat.. Assalamualaikum.. *Sesungguhnya SENYUM dan SESEORANG YANG PERNAH BUAT KITA TERSENYUM itu juga adalah suatu hal yang terindah dalam hidup*

O'n'G : Be Strong

Imej
Dugaan. Datang dalam macam-macam bentuk. Bukan namanya kehidupan kalau tak ada dugaan, tak merasa kesusahan. Sebelum tidur, hela nafas panjang-panjang, lepaskan beban di bahu,  maafkan semua orang, lapangkan dada, lelapkan mata. Moga hari esok kita, lebih kuat dari hari-hari yang sudah. Belajar jadi kebal dari rasa kecewa, rasa sedih. Lali kena hambat, kena jerit, kena tengking. Itulah kehidupan.  Tapi apa pun, perasaan semalam adalah... Hmm. :'(  Lumrah. Adat orang kata. Kita dewasa dari pengalaman.   Untuk mak abah,  terima kasih  atas sokongan emosi. Okay semua. Jaga diri. Assalamualaikum. P/S : Perbandingan, membandingkan dan dibandingkan itu sentiasa akan ada. Graduated dari Universiti A takkan pernah sama dengan dengan Universiti B. Perbandingan dah menjadi satu tradisi. Barangkali mereka lupa, setiap manusia ada lebih ada kurangnya. Ahh! Jangan difikirkan sangat. Apa yang penting, kita usaha lebih, untuk buktikan ianya TIDAK BE...