Projek Mega Cahaya Yang Riang Gembira : Makan Untuk Hidup

Assalamualaikum.. Salam Ahad untuk semua.. Bersiaran dari Melaka, rumah tercinta sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur lewat petang nanti.. Setelah beberapa lama, lagi sekali meninggalkannya, dan kini aku kembali lagi mencoret di lembaran ini.. Kesibukan hidup katanya..

Dan untuk update kali ini, aku berselera nak cerita perihal makanan pula.. Kalau duduk rumah, memang tak senang duduk, ada saja yang tekak idam dan perut nak.. Tak payah bebel panjang lebar, jom tengok apa projek mega yang dah berjaya dilaksanakan sepanjang duduk cuti di rumah.. Megalah sangat kan.. LOL!

* * * * *

Tekak teringin makan makanan Itali rupanya.. Minggu lepas bila bertandang beraya rumah orang, makan seciput, seganlah konon.. Aigoo.. Bila tak cukup makan, tekak mula mengidam.. Apa lagi, balik saja rumah cuti minggu itu, aku terus ajak adik perempuan aku beli barang-barang dan terus mulakan operasi.. Bukan susah mana nak masak.. Orang kata main lebur lebur, main campak campak, dah siap!

Kalau anda anda nak tahu, aku sejak dari kecil dulu memang tak boleh nak makan spageti.. Maklumlah, orang Johor popular dengan Laksa Johor dan Laksa Johor salah satu bahannya adalah spageti.. Masa kecil-kecil comel loteh dulu, aku pernah cuba try test makan Laksa Johor, tapi bila telan masuk mulut terus aku muntah.. Tak boleh terima kehadiran spageti dalam mulut.. Baru-baru ini saja, aku mula belajar makan spageti.. Itupun tak boleh makan banyak-banyak, sedikit saja.. Tapi pencapaian yang memberansangkan jugalah sebab aku tak muntah..

Ya.. #ManusiaBerubah



Projek seterusnya adalah air tangan adik perempuan dan adik lelaki aku.. Apa punya daa, raya dah habis baru sibuk nak buat bertelap-telap biskut raya.. Isk isk isk.. Tapi aku kagum gila sebab adik lelaki aku rajin betul buat biskut.. Benda yang aku tak berapa nak minat.. Lagi-lagi kalau biskut yang aku tak gemar.. Haha.. Cerewet!!

Cornflakes madu ini dah licin habis dua kotak besar.. Aku pun tak tahulah adik-adik aku ni, buat snack ke apa.. Sekejap dah licin.. Esok lusa mulalah kotak ketiga.. Bukan kotak Cornflakes yang kecil-kecil, ini yang pesen besar gedabak punya.. Fuhhh!! Aku? Dulu aku cukup minat Cornflakes Madu.. Pergi raya rumah orang, memang ini yang aku cari dulu.. Tapi sekarang, aku tak berapa nak pandang.. Aku pandang Tart Nanas, Biskut Suji, Biskut Makmur dan yang seangkatan dengannya saja..

Ya.. #ManusiaBerubah


Projek yang akhir ini join venture aku dengan mak.. Skill dan kepakaran mak amat diperlukan untuk projek aku yang ini.. Selesai dibikin Jumaat yang lalu.. Dan hari ini, projek ini akan dilakukan sekali lagi.. Bekalan pulang mak kata.. Ekeke.. I like.. Projek akhir ini sebab aku tiba-tiba mengidam nak makan kek Marble yang mak selalu buat dulu-dulu.. Aku bukan ngidam apa, aku suka bau dia.. WANGI!! Kalau korang makan, gerenti korang teringat-ingat bau dia..

Tak seperti tahun-tahun sudah, raya tahun ini mak aku tak ambil tempahan Kek Lapis Sarawak, kalau buat pun cuma dalam 3, 4 biji untuk keluarga saja.. Walaupun tak ambil tempahan Kek Lapis Sarawak, tapi tahun ini mak aku jual banyak gila kek buah kukus, total 15 biji semuanya.. My favorite.. Bila time raya tak merasa sangat kek kek, automatically perut dan tekak mengidam tak lama selepas itu.. =p

Ada juga gerak hati nak berniaga Kek Lapis online, biar aku tolong mak aku handle bab-bab blog ni.. Tapi itulah, tak pernah berkesempatan lagi.. Lagipun banyak benda nak kena kawtim bila nak berniaga online.. Tengoklah nanti macam mana.. Jika ada kelapangan.. =)



TIBA-TIBA DAN TAK DIDUGA!!

Mak tanya, "Tahun lepas beriya-iya pos kek dekat 'orang tu', tahun ni tak nak pos ke?" Sebaik mendengar pertanyaan tersebut, aku gelak besar.. Kantoi!! Mak aku siap boleh ingat lagi apa yang aku buat raya lalu.. Bila dah penat gelak, aku pun jawab dekat mak, "Orang yang kita pos kek tu pun tak pernah tanya ada kek ke tahun ni, mak pulak tanya.."

Mak kata, "Aik.. Gaduh ke? Tak contact dah?" Aku sekali lagi, terkedu.. Seriously, aku tak reti nak jawab apa dah.. "Alah.. Takat kek je mak.. Benda tak signifikan pun kot untuk diingat, entah-entah orang dah lupa dah kot.." jawab aku, tapi dalam hati.. Haha.. Sebab aku tak tahu nak jawab apa.. Betul-betul.. Aku.. Tak tahu..

Sampai sini saja.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Mak, tahu saja perihal anakmu ini..

Ulasan

farhana berkata…
Rajinnya adik laki buat biskut. Nce one! =)

Tahun ni, kalau orang tu nak kek, pos la kat i.

Ya, manusia berubah.
Tanpa Nama berkata…
em, yela..
manusie berubah...
cepat atau lambat
noralisme berkata…
hye sis...
nyah ni..

i pun sama mcm u tau,dulu gila cornflakes sampaikan jumpa conflakes y orang buat sedap,curi-curi buat balik,la ni cari biskut lain pulak,maklumlah persediaan nak jadi bini orang lak kan..wohaaaa!!!

tapi kan..
kek marble tu sangat mengeramkan..
u x nak jual ke sis?kaler macam shawl i dah..ekekeke
azuan berkata…
banyak betul makan...ni rasa nak balik rumah ni....huhuu
Cikgu Fonik berkata…
salam,

boleh jadi menantu mak piah... kah3 betul ke mak piah makan spegheti?

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?