Bukan Memoir Sesorang Geisha

Assalamualaikum.. Saat dan tika ini, aku sedang berkelubung di dalam selimut, hujan di luar bikin sejuk satu badan.. Jam menunjukkan detik 12.52 pagi di hari Ahad.. Seharian Sabtu aku memerah keringat ke sana dan ke mari, lelahnya badan cuma Tuhan saja yang tahu.. Tapi mata masih belum nak lelap.. Sempatlah mengarang 2 entry.. Serasa berabad tiada coret berat-berat dan serius dari aku.. Aku tak sibuk, aku tak busy, cuma aku rasa situasi dan keadaan telah mengubah diri aku..

Bagaimana masa, situasi, dan persekitaran telah mengubah sesuatu yang dekat dalam hidup dan hati aku, begitu juga perubahan pada sesuatu itu telah mengubah diri aku.. Mungkin jalan begini lebih baik..

Heh! Lupakan.. Apa kena entah dengan tajuk.. Haha.. Lepas tengok iklan Tiz Zaqyah dan Scha Al Yahya berlakon jadi geisha, tergerak juga hati nak bubuh geisha dalam tajuk.. Sedap bunyinya.. Iya tak? Sudah 13 hari raya, tapi coret entry aku tiada satu pun berkisarkan tentang raya..Entahlah, raya tahun ini ada terpalit sedikit kekecewaan.. Kecewa dengan orang! Haih! Aku terlalu berharap pada manusia.. Aku lupa lagi, yang bahawasanya manusia berubah.. Salah aku.. Salah paling besar yang tak patut aku ulang seperti pernah terjadi satu waktu dulu..



Biarkan kisah manusia, bukan manusia atau apa sajalah.. Kita kuburkan.. Kita buka lembaran kisah raya baru jika pada hemat anda semua, masih sempat dan tiada terlambat kiranya.. Aku isi waktu-waktu agar aku sibuk semaksimanya.. Sabtu semalam, aku beraya dari seorang rumah sahabat ke rumah sahabat yang lain.. Dari 11 pagi sampailah jejak jam pukul 10 malam.. Berapa buah rumah ya? 3 buah saja.. Makan dan boraknya yang lama..

Sebelum beraya ke rumah sahabat baik aku Faizah Fuad di Bukit Jelutong, Shah Alam, aku dah request siap-siap nak makan spagetti bolognese resepi ibu dia.. (Bolognese ke eh? Entahlah..) Haha!! Jahat tak aku, pergi beraya rumah orang siap request bagai.. Dan akhirnya, hasrat dan apa yang aku idamkan berjaya ditunaikan.. Siap ada extra menu, lemang dan serunding lagi.. Sedap hingga menjilat pinggan.. Terima kasih tak terhinggalah ya nenek! =)



Rumah kedua di Kampung Melayu Subang pula perut diisi dengan satay dan nasi impit.. Alhamdulillah.. Sampai di rumah ketiga di Cheras, lebih kurang jam 4.. Rumah Abdul Aziz Harith, kesayangan nenek Faizah Fuad.. Kan kan kan? Makan biskut, kuih raya, sambil aku dengan kawan aku sibuk duduk mengusik Faizah dan Aziz.. Eceh! Konon sweetlah.. Ngada eh korang berdua.. Dush dush!! Selain biskut dan kuih, perut juga berjaya diisi dengan mee kari yang dimasak oleh bakal ibu mertua Faizah Fuad.. InsyaALLAH.. Kenyang perut kami semua.. Dah kenyang, suka hatilah.. Kan? Semua makanan yang dimakan semalam, sedap-sedap belaka.. Memang heaven raya semalam.. Hati pun happy.. =)




Terima kasih banyaklah ya pada tuan rumah berdua, Faizah dan Aziz.. Aku doakan cepat-cepat dapat makan nasi minyak korang berdua.. Maafkanlah kami berdua ya sebab usik mengusik.. Keh keh keh.. Orang kata usik mengusik pengerat kasih sayang.. =p



Dan tak dilupakan, duit raya pun dapat weh tua-tua bangka cenggini.. Bukan apa, selalunya dah tua bangkalah dapat banyak duit raya.. Raya tahun ini, duit raya semua dah aku habiskan untuk beli telefon bimbit baru.. Trade in saja! Lebih tambahlah sikit-sikit..

Sedih juga sebab lupa backup contact, jadinya aku biarkan saja contact kosong.. Lantaklah.. Telefon tak penting buat aku dah umur-umur begini.. Sedih lagi satu sebab mesej-mesej yang aku sayang, yang berjumlah 1096 kesemuanya tak dapat aku transfer ke dalam telefon baru.. Serious aku sayang semua mesej-mesej tu.. Bukan senang nak kumpul sampai jumlah sebegitu.. Kadang ada malamnya, mesej-mesej yang ada akan aku baca satu-satu dan tersenyum.. Huhu.. Gila! Tak ada kerja betul!

Mata makin berat.. Ahad mahu ke hospital pula.. Haih! Berat saja bunyi keluhannya.. Penat sungguh badan.. Tidur dululah.. Tapi saat entry ini terpublish, mungkin sudah siang.. Selamat pagi Ahad semua.. Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum..

:: Aku memang suka makan biskut raya.. Jadi kalau sampai rumah orang, kalau boleh aku akan try setiap jenis biskut raya yang dihidangkan.. Jadi silalah sedia banyak-banyak biskut raya di rumah anda.. Mana tahu muka tak malu ini akan menerjah.. Haha.. ::

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?