Si Dia Pernah Menjadi Mimpi Ngeri Dan Igauan Tidur Malam-Malamku Satu Waktu Dulu
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, selamat sampai walau penat meredah jalan yang sesak.. I think I am okay now.. Emosi yang dah semakin stabil dan hati yang semakin cool untuk menjalani kehidupan yang akan mendatang.. Kita senyum kembali.. Macam dulu-dulu.. =)
Tiba-tiba sebelum tidur berselera nak tulis kisah seram.. Mesti korang akan gelak macam adik aku dan kata, tak adalah seram mana.. Eh eh eh!! Tapi si dia inilah yang pernah jadi penunggu setia dalam mimpi malam-malam hari aku semasa aku masih kanak-kanak hingusan.. Mimpi ngeri dan selalu jadi igauan sampai aku dengan adik kedua aku susah sangat nak tidur.. PENAKUT WEH!!!
Bayangkan bila mata anda disajikan dengan sesuatu entiti yang boleh makan manusia sampai jadi keadaan yang seperti di atas.. Apa perasaan anda? Ya.. Ya.. Ya.. Jika anda masih kanak-kanak kecil macam aku suatu ketika dulu, pasti anda tak boleh tidur malam dibuatnya.. Sentiasa dalam fikiran dan terbayang-bayang.. Ngeri seh..
Ini semua adalah akibat ajakan mak dan ayah aku saban malam menonton filem English bergenre seram.. Dulu masa kecil-kecil, abah dengan mak juga aku dan adik kedua aku suka berkumpul dan menonton TV bersama.. Heaven gila saat dan ketika itu.. Tapi sekarang, jarang dah.. Rindu momen begitu.. Genre cerita yang abah akan buka selalunya adalah seram, thriller, misteri atau action.. Ketika itu, RTM 2 selalu menyiarkan filem-filem yang best dan memang seram tahap gaban punya.. Dan salah satunya adalah filem si kecil di bawah ini..
Perkenalkan.. THE CRITTERS.. Dulu aku tak pernah nak hafal pun nama-nama cerita ni, yang selalu meniti di mulut aku dan adik aku setiap kali sebelum tidur adalah BINATANG GOLEK GOLEK.. Bagi sesiapa yang sezaman dengan aku, dulu-dulu mesti selalu tengok cerita ni.. Kan? Sebab boleh dikatakan cerita ini sering ditayangkan di televisyen dan filem ini ada 4 bahagian semuanya pada setting yang berlainan..
Mereka nampak saja kecil dan kadang-kadang mungkin kelihatan comel, tapi bila mereka lapar mereka bukanlah sesuatu yang adorable.. Apatah lagi bila mereka bergabung dan menjadi bola besar.. I mean yang sangat besar.. Bila kena kejar, anda pula yang rasa debarannya..
Aku serious dah lupa tentang ini tapi satu hari terbukalah saluran Cinemax dan tertontonlah filem ini.. Aku tunjukkan pada adik-adikku si dia yang selalu jadi mimpi ngeri aku dulu.. Boleh ke mereka gelak kaw kaw punya.. Hampeh betul.. Kata adik-adik aku, "Apalah Along.. Tak seram pun!!"
Memang pun.. Kalau sekarang aku belek dua tiga kali, aku tenung, memang tak seram mana pun.. Apa pasal entah aku takut pada si kecil ini.. Haha.. Yalah.. Nama pun budak kecil.. Apalah yang kita tahu waktu itu.. Iya tak?
Al kisahnya, si dia ini menghantui tidur aku dan adik aku hampir setiap malam.. Memang agak lama jugalah untuk aku get rid dia dari hidup aku.. Sampai umur aku 7, 8 tahun jugalah rasanya.. Hampir setiap malam, sebelum tidur, aku dan adik aku akan bergilir-gilir jenguk bawah katil, takut ada binatang golek-golek.. Dan tiap kali tidur, aku akan kepung sekeliling aku dengan segala macam bantal yang ada.. Takut binatang golek golek punya pasal.. Sampai sekarang aku suka tidur berkepung sebenarnya.. Tapi tak dapat nak dipraktikkan sebab janggal kot orang tua bangka tidur berkepung bagai.. Eh? Yeke?
Tapi sekarang dah besar.. Tak takut dah.. Berani weh!! Ekeke.. Jadi aku sibuk mencari semua koleksi The Critters dari yang pertama sampailah keempat.. Dan akhirnya, walla!! Aku berjaya download kesemua part.. Tahniah!!
Dan bila rindu, aku akan pasang balik dan tonton seorang diri di malam yang hening dan bilik yang gelap.. Eh! Tak takut pon!!! Haha.. Seriously, benda kecil ini memang tak seram mana pun.. Haha.. Tapi berterima kasih sangat pada abah sebab dari kecil suapkan aku dengan macam-macam cerita seram dan hantu.. Dulu-dulu memang penakutlah, tapi alhamdulillah dah besar panjang aku boleh dikatakan tak penakut dan boleh layan cerita seram dengan steady sambil membeliakkan biji mata.. Kalau tengok orang lain, semua pakat tutup muka, tengok hantu celah jari.. Ekeke.. *Eh.. Poyonya aku..* =p
Fuh!! Panjang lebar nooo cerita hang.. Heh.. Sekali sekala apa.. Bukan selalu pun aku ada dalam lembaran ini.. Melayan jari melayan jiwa sebelum tidur.. Untuk anda semua, selamat tidur dan selamat bekerja esok hari.. Have a great weekdays ahead.. Sayang anda anda semua.. Take care.. Assalamualaikum.. =)
P/S : Bagi yang minat nak download, boleh klik link-link yang aku bagi di bawah.. Aku rasa link-link tu hidup lagi.. Enjoy watching.. =)
Ulasan
citer paling seram zaman kecik2 aku adalah the x file..serius seram..hahaaa
singgah sini.. rasa cam dah lama tak jenguk dokter farhana.. hehe.. =)
tatut! haha
selalu mimpi indah2 je
selalu mimpi situasi mlm pertama tau
huhu
=_=