Emptiness In This Empty Nest Syndrome

Assalamualaikum..
Salam malam Sabtu..
=)

Picture credit to THIS SITE

Pagi tadi, di klinik kesihatan PPUM, aku belajar satu sindrom yang dinamakan EMPTY NEST SYNDROME.. Kalau nak tahu, sindrom ini merujuk hanya kepada ibu bapa atau penjaga, yang mana pada satu saat anak-anak mereka dah membesar dan ada haluan hidup sendiri, semua keluar pergi belajar atau bekerja, tinggallah ibu bapa di rumah yang sunyi dan sepi.. Perasaan kosong bila mana anak-anak pergi belajar dan berkerja jauh itu dikenali sebagai EMPTY NEST SYNDROME..

Selalunya, perasaan kekosongan itu diatasi dengan mendekatkan diri dengan benda-benda hidup seperti membela haiwan peliharaan ataupun menanam bunga dan sebagainya.. Ada aku baca, bahawa sindrom ini sebenarnya sudah berkurang disebabkan nilai kekeluargaan itu sudah tidak seperti dulu.. Anak-anak merasakan, adalah agak tidak selesa lagi tinggal bersama ibu bapa dan menjaga mereka.. Percayalah dan lihat sekeliling kita.. Dunia makin moden, nilai kekeluargaan pun makin berkurang dan terhakis..

Well.. I just wanna said, I miss my mother and father very much.. And I love them mucho mucho.. Macam mana berjauhan pun kita dengan ibu bapa, jangan pernah abaikan dan lupakan.. After all, ibu dan bapa, itulah permulaan kita.. Iya kan? =)

Selamat malam semua.. Jaga diri.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : I'm not having the empty nest syndrome as I'm not a mother yet.. But currently, I just had this feeling of emptiness.. Been getting 'something' almost everyday, as if it had become a part of my life, a habit to wait for that 'something'.. But now, that 'something' is no more around.. And I'm here, feeling the emptiness of the Empty Nest Syndrome..

Ulasan

tieha ismail berkata…
huewwwaaa!!! tieha rindu kat parent tieha =(
Adziim berkata…
Aaaa...agak2 syndrom apa ye untuk kes anak yang rasa statik je, x rindu nak balik kampung ni?
Faaein Talip Roy berkata…
rasa juga 'kekosongan' itu.. call lah parents bila ada rasa rindu itu.. ^^,
Tanpa Nama berkata…
adeyh2
terus teringt mak bapak kat umah!
Hizami Li berkata…
selalu terjadi sindrom tu! huhu.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?