Ini KL Gua Yang Pegang!

Assalamualaikum.. Salam pagi Sabtu semua.. Sebenarnya entry yang ini aku coret malam semalam sejurus selepas aku balik dari Cathay Cineplex Damansara.. Jam masa itu lebih kurang 2 pagi.. Eh! Ramai juga artis-artis kita datang tengok wayang pagi-pagi buta eh.. Antara yang aku nampak semalam, Ikhwan Hot FM, Riz AF5 (kurus gila weh) dan pelakon kesukaan aku, Kashaf a.k.a Beto Khusairy.. Tapi tengok sajalah orangnya, nak tegur segan, sebab Beto datang dengan isterinya.. Tsk tsk.. =p

Okaylah, cerita apa? Cerita yang orang sekarang duduk kecoh-kecoh, Lu Abang Long Ka, Lu Ayahanda Ka, Ini KL Gua Yang Pegang.. LOL! KL Gangster yang dikatakan mengutip RM 1.5 juta semenjak ditayangkan.. Perghhh!! Dahsyat kan?


Sebagai seorang gegurl yang pelemah dan pelembut (#EhYeke), filem ini bukanlah cup of Sundae Strawberry aku.. Atas sebab review yang mantap-mantap dari para blogger sekalian, seperti Mr. K, Hans, Aisa Linglung dan beberapa orang lagi, maka aku pun turut terjebak sama.. Sejurus selepas keluar dari wayang, aku ada 2 perasaan.. Pertama, aku rasa aku dah jadi ganas.. Rawrrr!! Filem yang boleh tahan dari kaca mata aku.. Walau dalam aksi tetap ada lawak, ada sentimental value yang tersendiri..

Overall, aku puas hatilah menonton filem ini.. Aku bagi 3.8 daripada 5.. Satu saja yang aku rasa ada benda tak lepas dari hati aku, yang kepala otak dan mataku tak puas hati, adalah Shamsul Yusoff.. Entahlah, tapi aku rasa dia tak sesuai, something unexplainable.. Something yang buat aku tak berkenan dengan watak Shark yang beliau lakonkan.. Apa pun, he is a great young director.. But to act, I don't know.. Shamsul's fan, I'm sorry.. It's just a sincere opinion from me.. Apa pun, we should congratulate him for this movie, which was not bad overall..


Perasaan kedua yang lahir dari hati hati dan jiwa aku lepas tonton filem KL Gangster adalah, "STYLE JUGA KALAU ADA PAKWE GANGSTER" Haha.. Sudah gilakah aku? Bukanlah sebab kehenseman barisan utama filem ini walaupun mereka memang handsome.. Ekeke.. Mungkin sebab gaya, mutu dan keunggulan agaknya.. Bagi aku, Adi Putra kelihatan macam a real fighter.. Begitu juga dengan seorang lagi gangster yang telah melekat dalam hati aku, terbayang-bayang dalam mata aku.. Antara ramai-ramai gangster yang ada dalam filem ini, mata aku berkenan betul dengan AJIB.. Haha..

Aku start minat dia dari zaman Zombi Kampung Pisang, masa dia pegang watak Sopi.. Lepas itu dia lakonkan watak bomoh Jawa yang KALAU ENGGAK PENUH ILMU DI DADA dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah.. Dalam filem Estet pun dia berlakon.. Kebanyakannya adalah watak antagonis, mungkin sebab rupa beliau yang garang.. Dan dalam filem ini, lakonan AJIB atau nama sebenar beliau Shoffi Jikan, memang tak mengecewakan aku..

Penyeri filem ini, yang bikin lawak dan sengih penonton, sudah pasti Abang Long Fadil kita si Zizan Raja Lawak dan juga Ajib Shoffi Jikan.. Itu yang tiba-tiba rasa macam cool ada pakwe gangster.. Bukan takat jenis cool dan nampak garang, tapi yang pak lawak, yang ada tahap SETIAKAWAN yang tinggi macam AJIB.. Haha.. Pujian melambung betul untuk Ajib dari tadi.. Dah kalau minat, macam-macamlah keluar.. Ya tak.. Ekeke.. Tapi tak sangka, usia beliau dah jejak 41 tahun dan ada 2 orang anak tak silap aku..

Well, kesimpulannya, filem ini adalah not bad dan tak ada kerugian mana pun kalau pergi tonton.. Bagi sesiapa yang terasa nak pergi, silalah booking tiket cepat-cepat ya.. Heee.. Selamat berhujung minggu.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Tapi macam mana pun, BELIAU INI tetap gangster di mata aku.. Kah kah kah.. =p

Ulasan

farhana berkata…
Beto dah kawennn??? uhukkk, sedih i....Ramai betul peakon2 ensem yg dah kawen hehehe

Yeahhh, u rite dear. Kdg2 kalo dpt pakwe gengster tapi hatiada taman pon syok jugak kan..ehekkkk
Tanpa Nama berkata…
akak...
umar nak g tgk r jap lagi!
hehehe
@farhana Haah. Lama jugak dia dah kahwin tak silap. Sebab umur dia sekarang 30 something. Itu pun sebab came across blog isteri dia. :)

Memang SYOK!! Kah kah kah. =p
@Lelaki Ini Haha. Selamat menonton dik. ;)
Hans Hanis berkata…
yups
sofi jikan memang versatile dan penuh karisma
heheh

Review Filem KL Gangster
Tanpa Nama berkata…
ko bukan org pertama mention kat entri shamsul x pandai berlakon
@HansTau takpe. Dia cakap slanga macam tu aku lagi suka dari si Shamsul bercakap. Haha.
@Aimi dan Pakcik Hashim Dia bukan tak pandai berlakon, dah banyak dah drama dan filem dia berlakon. Cuma dalam ni aku rasa cara dia cakap dan segala macam intonasi yang dilontarkan tu macam. Erm. Pelik?
H A N berkata…
tulah...banyak jgk org recommend movie ni...besh sangat ke,haha...

nak pakwe gangster?kalau kahwin, habislah anak2 semua pun jd gangster ikut bapak, xikut dah perangai maknya yg dikatakan lemah lembut tu...hahaha :p
dilot berkata…
ingat nak gi tgk arini, tp banyak wayang yang dah full...
ch!natsu berkata…
ala chin xsmpt lg nak tgk.. haish2~
eh, salam farhana.. lama chin xjenguk cnie kan.. huhu.. kbzian memanjang.. tsk2~
Adziim berkata…
smpai hati suka ganster..abang boneka nk letak mana?
black_mel berkata…
patutla ramai gadis2 kat sini yg sibuk cari citer athena ni..rupa2nya ada mamat tu...haha..

xsmpt tgk lg...xde masa..huhu..
@Hanif Borhan Takde laa cakap best sesangat, tapi bolehlah tahan untuk dilayan. Hihi. :)
@dilot Memang full. Even nak book on9 pun susah.
@Adziim Haha. Ye tak ye jugak kan. Abang Boneka. Hahahaha. :p
@black_mel Athena pun not bad. Tapi lagi not bad kalau ada mamat tu. Hehe. :p
Tanpa Nama berkata…
citer tu gaduh gaduh gaduh
hongkong versi 90an punya citer ah
Hans Hanis berkata…
ar ar
tahu xper
syamsul kureng sikit :-)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?