Brandon Bruce Lee

Assalamualaikum.. Eh!! Gila lama tak belek blog.. Kalau masa zaman tegar dulu, satu hari tak update, jari-jari terasa gatal, sampai tidur pun boleh mengigau ketuk-ketuk papan keyboard.. #EhYeke

Sibuk aku sibuk!! Kecenderungan nak online pun dah jadi berkurangan.. Aku lebih prefer tidur sekarang.. Sebab aku baru tersedar, nanti-nanti bila aku dah kerja, mesti nak tidur pun aku dah tak ada masa, jadi zomba zomba sepanjang masa.. Jadi, baik aku enjoy tidur sekarang.. Sekarang, aku sibuk dengan 3 perkara.. Satu, of course kelas, walaupun aku bukanlah pelajar cemerlang mana, yang rajin pergi kelas hari-hari, tapi aku tetap rasa aku sibuk.. Muahaha.. Kedua, aku sibuk tidur.. Dan ketiga, aku sibuk tumpukan perhatian untuk Abang Dokko.. Serious, beliau buat hati aku tak berbelah bahagi dengan sikap cool dan childishnya.. #KartunBetul

Masuk yang ini, dah 3 entry aku bertajukkan nama seseorang.. Sebelum ini Bell Nuntita dan Aleesha Farhana.. Sekarang Brandon Bruce Lee..

Dah kalau dengar nama, confirm-confirm semua orang kenal beliau yang nama Brandon Bruce Lee.. Tapi bagi aku, baru-baru ini saja aku mengenali insan seni ini.. Haha.. Gila ketinggalan zaman.. Tiap kali balik rumah, aku memang gemar download movie, sebab line laju.. Satu filem buat aku tertarik, tajuknya adalah THE CROW.. Filem-filem supernatural, hantu, vampire, seram-seram memang jadi pengisi masa senggang aku.. Tapi sebelum menonton, aku suka cari informasi tentang filem tersebut dahulu.. Jadi aku pun google pasal filem The Crow yang popular sekitar tahun 1994.. Ketika itu aku darjah satu..

Gambar atas itulah watak utama The Crow.. Lakonan Brandon Bruce Lee.. Anak kepada Bruce Lee yang sangat popular itu.. Beliau juga ada seorang adik perempuan bernama Shannon Lee yang mana seorang pelakon juga..

Apa yang buat aku tertarik untuk tonton filem ini, adalah sebab anak kepada Bruce Lee dan Linda Lee Cadwell ini, telah meninggal dunia di usia muda iaitu 28 tahun ketika membuat penggambaran filem ini.. Atas sebab kecuaian produksi tentang pistol yang digunakan untuk tembak menembak, bila mana scene tersebut dilakonkan, peluru tersebut walaupun bukan yang REAL tapi still ada force untuk tembus ke perut beliau dan terkena tulang belakang, ketika itu juga Brandon rebah.. Pembedahan dan dijalankan, 60 pint darah dimasukkan tapi tak mampu menyelamatkan beliau.. Dan Brandon Lee menghembuskan nafas terakhir pada 31 Mac 1993..

Seriously, aku baru tahu okay.. Menyayat hati juga kisah dia.. Anak seni yang ada bakat tapi pergi di usia muda.. Dan beliau kacak!! Mungkin sebab berdarah campuran..

Nak baca kisah yang lebih-lebih boleh usha biografi beliau ya.. Aku nak tulis balik cebisan kata yang GUEST tinggalkan di kotak ShoutBox aku yang mana aku, kamu dan kita semua sedar dan acapkali baca atau dengar..

"Sesuatu yang datang pasti akan pergi.. Sesuatu yang hidup pasti akan mati.. Hargailah hidup ini.."

Yeah!! Hargailah hidup kita dengan cara kita.. Yang penting cara kita tak salah dan tak melencong dari agama kita..


Abang Dokko kata "PEACE".. Pendek jari abang!! LOL!! Okay, sampai sini sajalah coretan kita kali ini.. Ada masa ada kesempatan, kita tulis-tulis lagi.. Mari kita sambung kerja ya.. Jaga diri semua.. Assalamualaikum.. =)


HEART SPEAKS : Agak-agak suami aku nanti suka tengok drama Korea tak? Haha.. =p


Ulasan

farhana berkata…
Sedihnya cara dia mati. Muda lagi pulak tu. Nak tgk cerita t, tapi takut pulak hehehe
Faaein Talip Roy berkata…
dari dulu lagi sy dah tau kita sbaya.. hahaha..


owh abg dokko.. tak kenal la plak.. tak ada masa nak tengok movie skang ni.. sbab masa tu dah diambil untuk mengadap blog.. hehehe..

yelah hargailah waktu tidur yang ada skang.. dah keje nanti.. silap2 tak tidur langsung nanti.. hehehe..
Tanpa Nama berkata…
aku pernah tgk movie shannon lee ja
huhu
.drakula. berkata…
aku minat dia kerana filem "the crow"...
Hans Hanis berkata…
owh
anak dia pun pelakon ek?
baru tahu
Alamanda berkata…
Awww, tragis kali kisah keluarga Lee ini. Thx gan infonya mantap! ^^

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?