Paskho

Assalamualaikum..

* * * * *

Paskho.. Satu perkataan dari zaman Greek Lama yang bermaksud terseksa.. Evolusi dan menjadi perkataan PASSION.. Satu perkataan English yang bermakna "a feeling of excitement, enthusiasm or compelling emotion, a positive affinity or love, towards a subject, idea, person, or object." [Sumber dari SINI]

Lain dan berbeza Paskho dan Passion.. Tapi itulah namanya evolusi.. Passion itu boleh jadi satu titik mula atau titik akhir untuk apa saja.. Bila lahirnya passion, tak mustahil nanti akan datang rasa kasih, sayang dan cinta.. Dan bila hilangnya passion, mungkin juga perlahan-lahan rasa suka, kasih, sayang dan cinta yang pernah ada boleh pudar sedikit demi sedikit.. Ya tak? Mungkin juga.. Aku tak kata semestinya..


Passion ini passion pada blog.. Passion yang aku genggam sepanjang 2 tahun yang sudah, aku rasakan sekarang macam aku genggam pasir pantai, sedikit demi sedikit berderai keluar dari celah-celah tangan aku.. Passion itu yang hadirkan rasa cinta pada blog.. Harapnya cinta itu tak luput.. 2 tahun itu boleh dikatakan lama juga untuk kehidupan seorang yang namanya blogger.. Passion makin pudar? Passion itu sikit lebih kurang macam cinta kan? Boleh dipupuk?

Okay!! Aku nak pupuk semula passion.. Aku tak mahu cinta 2 tahun aku ini jadi cinta sia-sia dan tak ke mana..

Eh! Bila fikir-fikir balik, passion dalam berblog sedikit lebih kurang sama saja dengan passion dalam sebuah perkahwinan.. Kalau konsep yang betul diamalkan, mesti kes perceraian pun tak banyak.. Heee..

Take care dear readers.. Assalamualaikum..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ya
sebab passion x dak aku ceraikan blog lama 8 bulan

HAHAHA
syanabel berkata…
semoga passion akak terus mekar selamnya. akak ade bakat menulis & honestly, orang suka blog akak sebab penulisan akak.
farhana berkata…
Ya..harus suburkn baik assion terhadap blog supaya pembaca setia blog anda tak merindui madah2 cinta dari dr =D

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?