Nak Itu Dapat Itu, Nak Ini Dapat Ini? Ke Apa Pun Tak Boleh?

Assalamualaikum.. Selamat pagi dunia.. Dan salam sayang wahai cinta.. Sambil hirup kopi dan cium segarnya bau-bau pagi, sambil duduk melayan coret-coret dunia maya.. Semenjak dua menjak, terasa macam banyak benda nak dilempiaskan di sini.. Apa nak diluah, nak dikata seakan mencurah-curah.. Hey!! Passion dah balik ke? If it is so, then welcome back Paskho.. =)

Eh!! Gambar tak ada kena mengena sangatlah dengan entry, tapi dah nama pun penjiwang sejati, mana-mana pergi pun mesti dibawa identiti cinta bersama.. Ya tak?


Entah apa nak diupdate pun tak tahu, tapi idea yang ini tiba-tiba terjah kotak minda sebelum melelapkan mata semalam.. Nak Itu Dapat Itu, Nak Ini Dapat Ini.. Atau Apa Pun Tak Boleh? Hah!! Faham tak?

Hidup kamu hidup aku, mungkin ada sama mungkin ada beza.. Apa aku nak kata, tak semua yang kita mahu kita ingini boleh kita dapat.. Mungkin ada yang jenis berjiwa PEMBURU, apa yang dia nak mesti dia dapatkan.. Tak kisahlah dengan cara yang bagaimana sekalipun.. Tapi bagi yang jenis BUKAN PEMBURU, pastinya pasrah dan redha..

Ada benda yang kita nak, kita boleh cuba dapatkan.. Tapi ada benda yang memang kita nak macam mana sekalipun, tetap tak boleh kita dapatkan.. Manalah tahu, mungkin sesuatu itu orang lain yang punya, atau mungkin juga harga yang perlu dibayar untuk itu terlalu tinggi nilainya..


Aku mungkin berkeinginan memiliki I-Pad 2, I-Pong 4, apa jualah gadget-gadget yang canggih, yang mana zaman sekarang semua orang nak berlumba-lumba memilikinya.. Tapi untuk aku yang bergelar pelajar sekarang, aku tahu itu bukan kemampuan aku.. Aku tolak tepi, mungkin saat bergelar pekerja nanti..

Aku mungkin ada hasrat nak pulang ke Ipoh dan kembali belajar di sana.. Tapi hakikatnya, aku sudah berada di bumi yang ini.. Itu yang perlu aku terima dan Alhamdulillah, aku perlahan-lahan mampu melaluinya..

Aku selalu simpan kemahuan, pasangan hidup aku kelak boleh layan apa yang aku layan.. Maksud aku di sini, aku penggila drama Korea.. Bila mana aku sedang demam dengan sesebuah drama itu, jika boleh aku ingin si dia juga turut demam bersama melayan drama Korea tersebut.. Bolehlah I tepek Cool Fever di dahi You, You lekat Cool Fever di dahi I.. Kata demam kan.. Auwww!! Jujurnya, aku ada berjumpa dengan orang yang begitu.. Apa yang aku layan, dia juga layan.. Tapi, itu tak bermakna aku hak sepenuhnya untuk memilih orang itu untuk jadi pasangan dalam hidup masa depan aku.. Ya tak?

Tak semua benda yang kita nak, kita hajatkan, kita boleh dapat.. Bila kita sedar itu, kita cuma perlu belajar lepaskan.. Dan mungkin itu bukan rezeki kita, bukan sebahagian dalam takdir hidup kita.. Tapi ada satu benda ini yang aku nak dan akhirnya aku dah dapat.. Hoyeah!!

Alhamdulillah, ada rezeki lebih, aku berjaya merembat set penjagaan muka yang aku idamkan selama ini.. Safi Rania Gold.. Ramai yang hairan dan tanya, umur muda-muda boleh ke pakai Safi Rania Gold? Erk!! Penjagaan wajah elok kalau mula dari sekarang.. Ya tak? Tambahan pula, aku baca banyak testimoni dalam blog, aku tanya kedai itu kedai ini, banyak yang beri respon positif tentang produk ini.. Sampai kakak penjual itu tanya padaku, "Bagus ke? Saya tengok ramai betul yang beli produk ni.."

Bagus ke tak bagus? Kena cubalah baru tahu.. Okay.. Nanti kita tengok, samada lepas penggunaan produk ini, aku boleh gantikan Rozita Che Wan jadi duta Safi Rania Gold tak.. Ekeke.. Sampai sini saja.. Have a great day ahead.. Take care.. Assalamualaikum..


HEART SPEAKS : Aku cuma nak terus senyum.. Buat aku tersenyum.. Boleh tak?

Ulasan

kurus berkata…
bersyukurlah dengan apa yg kita ada dik .. :) kerana bersyukur itu membuatkan kita rasa tiada kekurangannya :))
@iedaTapi tu yang ramai dari kita tak reti nak buat kak.
Tanpa Nama berkata…
"eh tipah.. yg awak tu layan korea.. mana nasik saya", kata sang suami
Yg Di Sini berkata…
Kalau suami dah layan sekali citer korea sesama tu, time suami layan bola tu ikut sekali lah ya ... he he he

ooo dah jumpa ?? sapalah gerangan nya ya ... :P
@Aimi dan Pakcik Hashim "Bang!! Kita delivery jek laa ek!!" tak mungkinlah Tipah kata gitu kan.. =p

"Abang sayang! Nasik dah lama siap masak, jom makan depan TV sambil layan drama Korea.." Keh keh keh..

Korea tu korea jugak, suami mana boleh lupe.. =p
@Yg Di Sini Eh! Boleh je. Suami layan bola, kita pandang je muka suami. Nak pandang bola, tak berapa reti. Romantik kan? Haha. =p

Ramai je orang lelaki yang suka nengok drama Korea sekarang, kira ramailah calon-calon yang ada. Haha.. =p
Hans Hanis berkata…
betul2
tak semua kita nak kita akan dapat
hanya bila memerlukan insyaallah Allah bantu
:-)


Review Filem KL Gangster
Azuan berkata…
member aku ade pkai safi rania gold ni..hahahaaa

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T