Asal Usul Jiwang Gaban?

Assalamualaikum.. Salam 22 Jun buat semua.. Terasa macam semalam duduk sibuk menyebut Bilik Ais.. Pejam celik pejam celik dah seminggu coretan itu aku tinggalkan di muka depan Cahaya Yang Riang Gembira.. Masa berlalu dengan tanggungjawab yang dipikul sehari-harian buat aku tak lagi tercongok di depan laptop.. Buat aku tak lagi sibuk mengingati kenangan-kenangan terindah dunia maya yang tak mungkin akan kembali.. Dah jadi sejarah pun dah Farhana.. Ahh!! Lupakanlah! Jom jalan-jalan tengok orang gaduh orang bercinta.. =)

* * * * * * * *

DIA
Awak suka saya sangat-sangat eh? Haaa? (sambil senyum kambing)

AKU
Tepat bukan sekali tapi sejuta kali.. Saya, Nur Farhana suka awak sangat-sangat..

DIA
Antara Pakcik Hashim dengan saya?

AKU
Dah tentu saya suka awak lebih Pakcik Hashim kurang..

DIA
Kalau saya dengan Serius Tak Sakit?

AKU
Serius Tak Sakit? Saya suka awak lagi banyaklah..

DIA
Awak ni tak tahu malu ek.. Awak tu perempuan, simpan sikit, jangan tunjuk lebih-lebih awak suka sangat pada seseorang.. Saya tak kata pun saya suka awak.. Isk isk isk! (sambil jarinya menjentik manja dahiku)

AKU
Tak kisah.. Saya suka awak suka awak suka awak juga.. (sambil membuat mimik muka manja)


Beberapa waktu telah pun berlalu.. DIA senyap.. AKU sepi.. DIA bisu.. AKU kelu.. Ada rindu berlegar di ruang-ruang dan dimensi ini.. Benar? Ada rindu? Tak tipu?

DIA
Teringat saya pada alunan ini.. Ingatan itu bawa saya kepada awak kepada tiap bait bicara kita satu waktu dulu..


Dari airmataku yang jernih
Renunganmu entah di mana
Hembusan bayu membisik engkau rindu kepadaku

Betulkah apa yang kau katakan
Ataupun mainan perasaan
Jiwa yang gelodak yang meronta kesakitan

Aduh.. Aduh..
Aduh sakitnya jiwa ini
Meronta dalam kepalsuan
Andai aku tahu beginikah oh jadinya

Aku pun tak mahu mengundur diri
Walaupun cubaan menimpa
Ku masih teguh lagi iman dilihat
Bukan dari zahir matamu
Aku pun begini
Serupa walaupun berbeza
Aku pun begini
Serupa pada satu masa nanti



AKU
Eh eh!! Kiranya kan.. Kiranya awak suka saya jugalah eh?

DIA
Walaupun saya tak dapat bersuara, tapi saya tahu awak pasti dapat rasa yang saya pun suka awak..

AKU
Ya.. Saya rasakannya.. Biar lama mana pun kita tiada bersua, tiada bertentang mata, saya tetap awak punya, dan awak tetap saya punya..

* * * * *

DIA merujuk pada blog tercinta, si Cahaya Yang Riang Gembira.. Ya, lama mana pun aku tak update, cinta aku pada DIA tak pernah padam.. Dia aku punya dan aku pun dia yang punya.. Benda tak bernyawa dan tak bersuara pun pandai tunjuk kasih pamer sayang.. Kita yang ada nyawa dan ada suara ini, macam mana pula eh? =)


Terlalu banyak perkara bersarang dalam kepala otak, nak dikata tak boleh, cuma mampu menulis.. Tapi kadang ada benda yang tak termampu walaupun untuk ditulis.. Sebab itu aku suka sampai rasa melalui lagu.. Dulu zaman cinta monyet, puppy love, aku bukan pengarang ayat bunga tahap jiwang gaban, itu memang aku lemah, jalan keluarnya, aku gunakan lirik-lirik lagu untuk sampaikan apa yang aku rasa.. Antara lagu-lagu yang pernah aku tulis sampai lenguh tangan, al maklum saja lirik lagu bukan pendek-pendek, kalau nak tulis pun, ink pen kena warna-warni.. Mahu ada 5, 6 batang pen lain-lain warna jugalah di tepi..

Antara yang masih aku ingat adalah lagu Matahari nyanyian Maya, Ramalanku Benar Belaka dari Umbrella, Aku Cinta Padamu - Siti Nurhaliza, Backstreet Boys seperti I'll Never Break Your Heart, As Long As You Love Me.. Bila diingat-ingat balik, parah betul bercinta zaman muda dulu, siap lirik lagu bagai.. Hasilnya, jadilah macam sekarang.. Jiwang nak yang gaban-gaban saja.. Drama Korea yang sweet sweet belaka tak pernah miss.. But, I love the way I am.. =)

Banyak sangat dah aku tulis.. Dari blog, pergi pada cinta kasih sayang, pergi pula pada lirik dan perasaan.. Tiap apa yang aku tulis, aku coret, bukan sekadar suka-suka, tiap baitnya aku harap sampai maknanya, dimengerti apa di sebaliknya..

Have a great day ahead.. Take care and till here.. Assalamualaikum..

Ulasan

Whoopz berkata…
jiwang seyh.. X rawks.. :p
PuanPepel berkata…
haaaa..betol!! dlu siap tulis lirik lagu anta kat boipren....
farhana berkata…
Fuhyoooo, entry ni penuh dengan bunga2..
terserlah kreadibiliti sbg dr cinta =)
Bertuah la insan yang pnh terima lirik2 lagu dr DR ni..walaupun sejarah, tapi kdg2 manis untuk dikenang =)
mr.syazwan berkata…
tu ler

kalau da suka nak ckp setiap minit je kan kat si dia

tpi kena simpan sbnye
tapi xboleh..

nafsu konpem nak loncat2 ckp gak

=_=
Mohd Hazwan berkata…
tiba tiba nampak bunga-bunga cinta berpusing-pusing atas kepala lepas baca entri ni...
Yg Di Sini berkata…
Bila dR cinta sudah kembali mencoret ...

suka sangat n3 ni dan ... :D
@Whoopz Aiseyyy! Dia pon sama. Suweet jugek. :p
@cikpepel Haha. Itu era kita cikgu. Era bebudak sekarang tak buat dah kot. :)
@farhana Haha. Dr. Cinta? Tak laa kot. Bersara dah. Hehe. Siapalah yang bertuah tu ya. Haha. :p
@mr.syazwan Ecewah. Fuuyoo!! Macam ada pengalaman kan. Haha. :p
@HAZWAN17 Haha. Nape atas kepala tak dalam hati dik? :p
@Yg Di Sini Doktor Cinta bersara dah. Tapi ni gatal nak wat comeback. Haha. :p

Suka? Sebab?

Dan? Dan dot dot dot? Hehe..

Thanx sebab suka. :)
Ibu Ammar berkata…
hehee, jangan serabut2.. be cool ok.
Khairy berkata…
mak eh...jiwang gile ko. Meremang bulu kucing aku baca...miahaha

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?