Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2009

Being Apart For 2 Weeks.. Rindukan Aku Ya..

Imej
Assalamualaikum semua.. Mungkin ini adalah post terakhirku sebelum aku berangkat ke Labuan 28 Februari ini.. Aku akan berada di sana selama 2 minggu dan akan pulang pada 14 Mac. Aku harap kalian semua dapat doakan aku pergi dan balik dengan selamat.. Jangan lupa, tunngukan post aku yang seterusnya tentang 2 minggu yang aku luangkan di Labuan.. Bukan bercuti sakan tapi bekerja sakan.. Haha.. =p (P/S: Untuk Faizah, Ramizah, Shuhada, Yati dan Kema, hebatlah korang.. Bawak beg macam nak duduk setahun kat sana.. Haha.. =p)

What Is So Special About Big Size People?

Imej
Apa yang menariknya tentang orang yang bersaiz X-Plus macam aku ini? Haha.. Soalan aku ini memang aku rasakan lebih susah dari soalan exam.. Haha.. Menurut kajian yang telah dibuat, tentulah di Malaysia, bahawa orang yang bersaiz X-Plus ini kebanyakannya bersifat: · CERIA · MUDAH BERGAUL · KELAKAR · DIINGATI (of course sebab dirinya yang comel dan montel) · BERJIWA LEMBUT (jiwang, sensitif) Jadi, sebagai kawan-kawan yang mengenali aku, aku punya criteria seperti di atas atau tidak? =)

12 Ciri Yang Ada Pada Sahabat Sejati

Imej
Assalamualaikum semua.. Aku rasa sudah agak lama aku tidak mengupdate blog ku ini.. Hmm.. Almaklumlah.. Minggu lepas aku bercuti dan minggu ini aku mula sibuk dengan program komuniti yang bakal berlangsung selama sebulan.. Kali ini aku cuma ingin berkongsi dengan kalian tentang apa yang telah aku baca beberapa har yang lepas di sebuah tabloid bulanan kegemaranku.. Aku akan share sesuatu tentang sahabat dan persahabatan.. Wah.. Ayat-ayat aku memang tak pernah mengecewakan diriku.. Haha.. 12 Ciri Yang Ada Pada Sahabat Sejati 1. TENANG 2. BERI PERHATIAN 3. TIDAK MEMILIH 4. TUNJUKKAN PERASAAN SAYANG 5. TIDAK PERNAH MENGUNGKIT 6. TIDAK MEMENTINGKAN DIRI 7. MENGHARGAI 8. BERCAKAP BENAR 9. MENGHORMATI 10. PEMURAH 11. MEMBANTU TANPA MENGHARAPKAN BALASAN 12. MENDOAKAN KEBAHAGIAAN SAHABATNYA (P/S: Buat G8 Smart, kita semua ada tak ciri-ciri as above? Haha.. Tolong komen sikit.. Especially Ramizah, I’m looking forward for your compliment about this blog.. Haha..)

Selamat Berjaya Kawan-Kawan

Imej
Esok, 16 Februari 2009 kita semua akan menempuh End Of Posting test. Jadi di kesempatan ini aku ingin mengucapkan good luck dan selamat berjaya untuk rakan-rakan tidak kira daripada posting Paediatrics, Medicine mahupun Primary Care. Doa aku buat semua semoga Allah permudahkan pekerjaan kita.. Amin..

Tentang Dia Dan Masa Lalu

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.. Untuk post yang seterusnya aku ingin membawa anda semua kembali ke zaman kanak-kanakku.. Mungkin dengan ini anda semua akan mengenali diriku dengan lebih dekat.. Aku dilahirkan di Hospital Kota Tinggi pada 5.26 petang tanggal 31 Januari 1987. Lahir dengan berat bersih 3.25 kg.. Aku membesar di kampungku tercinta - Kampung Makam sehingga umurku mencecah 4 tahun. Banyak kenangan aku di kampung itu, berlari-lari anak ke rumah nenekku ketika dikejar emak kerana menggunting rambutku sehingga kelihatan seperti ditebuk tikus.. Haha.. Memang lucu.. Setiap kali tiba waktu tengahari, aku akan ke rumah moyangku - Nenek Pah untuk mengisi perut.. Aku sangat menyukai lauk-pauk yang Nenek Pah sediakan.. Rindu saat-saat itu.. Ketika umurku 4 tahun, aku mengikut keluargaku berpindah ke Miri, Sarawak kerana ayahku mendapat tawaran bekerja di Maktab Perguruan Sarawak.. 11 tahun aku di sana, banyak kenangan aku di bumi Sarawak.. Di sana, aku tinggal berdekata...

Ceritera Hati Dan Perasaan

Imej
Assalamualaikum w.b.t. First of all thanks for those who keep visiting my blog and leave your comment behind.. Thanks for the support.. Haha.. Untuk kali ini, aku ingin berkongsi tentang kisah ceritera dan perasaan.. Tentang si dia yang pernah hadir dan pergi dalam hidupku.. Kisah cinta aku yang pertama sudah pastinya cinta yang kita gelar cinta monyet.. Kami berkenalan di gelanggang tenis Maktab Perguruan Sarawak. Cukuplah aku perkenalkan dia sebagai Hailmizan.. Ketika itu aku 9 tahun dan si dia pula 12 tahun.. Kami sering bermain tenis bersama tanpa mengenali diri masing-masing.. Satu hari aku mendapat sepucuk surat yang datangnya dari si dia.. Dititipkan melalui seorang senior.. Sebelum terlupa, kami hanya berjumpa di gelanggang tenis dan di kelas fardhu ain.. Haha.. Yang lucunya hailmizan menyangkakan aku sebaya dengannya.. Namun, apabila satu hari dia mengetahui aku lebih muda darinya, kami berpisah.. Entah kenapa, aku sendiri tiada jawapannya. Kisah seterusnya berlaku ketika aku ...

Percubaan Pertama Menterjemah Lagu

Imej
Aku suka sangat dengan OST Dou Niu Yao Bu Yao. Maka aku terfikir untuk menterjemahkan lagu ini kepada Bahasa Melayu. Inilah hasilnya, biarpun agak ke arah puisi dan sajak namun aku tetap mengekalkan maknanya. Lagu ini juga aku tujukan buat seorang insan yang sudah lama tidak ku dengar khabarnya. Harapanku dia dapat membaca coretanku ini. Semoga dia bergembira di samping keluarga dan insan tersayang. 你最近还好吗 挑一张耶诞卡写上满满祝福的话 地址写的是心底 你能不能收到它 天有点冷 风有点大 城市宁静而喧哗 这一个冬天我得一个人走回家 问自己习惯了吗 没有你每到夜里回声变得好大 有没有什么好方法 让寂寞更听话 你最近还好吗 是不是也在思念里挣扎 你说会记得我 还记得吗 你最近还好吗 忙碌吗累吗 心还会痛吗 如果真不得已忘了我 快向快乐出发 有再多的牵挂都已没有权利表达 旧情人给的问候比陌生人还尴尬 昨天远了 明天还长 回忆模糊但巨大 这样的深夜眼泪要怎样不流下 APA KHABARMU DI KALA INI Ku pilih sekeping kad Lalu ku coretkannya dengan ucapan semoga kau bahagia Ku alamatkan ke hatimu Sudikah kau menerimanya Cuaca dingin, angin bertiup kencang, kota ini sepi tanpa suara Dalam kesejukan musim ini, aku sendiri, melangkah pulang Adakah aku sudah lali, terbiasa dengan keadaan ini Tanpa kamu di sisi Malam-malam ku terasa se...

Apa Yang Tersirat Di Sebalik Rukun Sembahyang

Imej
Assalamualaikum dan selamat malam buat semua.. Hari ini aku telah mengunjungi sebuah laman web iaitu soleh.net.. Aku tertarik tentang petikan mengenai rukun sembahyang.. Mungkin ramai yang sudah tahu tentangnya tetapi tidak salah untuk kita membacanya sekali lagi dengan tujuan untuk mengingatkan diri kita sendiri tentang apa sebenarnya itu solat. Rahsia solat (anggaplah tazkirah bagi yang sudah tahu) Niat sembahyang memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat. Berdiri tegak fadilatnya ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur. Takbiratul Ihram fadilatnya sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur. Fatihah sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur. Rukuk sebagai tikar kita di dalam kubur. Iktidal akan memberi minuman air dari telaga al-kauthar ketika di dalam kubur. Sujud memagar kita ketika menyeberangi Siratul Mustaqim. Duduk di antara 2 sujud akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur. Duduk tahiyat awal menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsy...

Didekasikan Buat Siti Nor Faizah Fuad =)

Imej
ADA MASA -INFINATEZ (OST SPA Q 2) Verse 1: Ada masa yang akan ku fikirkan Kiranya kau pergi dariku Bagaimanakah akan ku teruskan tanpamu Tak sanggup untuk ku bayangkan Andainya takdir jauhkan kau dariku Satu yang ku mahu hanyalah kamu Chorus: Maafkan aku Telah ku lukakan hatimu cintaku Ingin benar ku memahami dirimu Agar dapat selalu senyum di wajahmu Verse 2: Betapa sungguh ku inginkan Belaian senantiasa kau berikanku Merasa kehangatannya cintamu Sakitnya tiap kali kau titiskan Air jernih dari matamu Bebanannya ku tak mampu Chorus: Maafkan aku Telah ku lukakan hatimu cintaku Ingin benar ku memahami dirimu Agar dapat selalu senyum di wajahmu Bridge: Andainya Kau tahu perasaanku padamu Takkan kau siakan air matamu Walaupun diriku jauh Takkan pernah kau tiada Di hatiku Chorus: Maafkan aku Telah ku lukakan hatimu cintaku Ingin benar ku memahami dirimu Agar dapat selalu senyum di wajahmu Lirik/lagu: Alvin MY (P/S: Untuk Faizah, jangan syok sendiri dengar lagu Ada Masa, you a...

Kurus VS Gemuk

Assalamualaikum.. Selamat malam untuk kamu, kamu dan kamu.. Post kali ini aku nak berkongsi tentang rasa hati aku dan Siti Nor Faizah Fuad (budak di dalam gambar atas sekali yang belum mencapai kematangan umur lagi).. Haha.. Lihatlah diriku di atas.. Agak montel. Bukan agak.. Tapi sangat montel.. Haha.. I started to gain weight at the age of 16. I wonder why it happened at this age. I can't figure out a better explanation. But lets just forget about it. I don't eat a lot usually, but I am very lazy to exercise.. But hello.. I love dancing guys.. Is that not a type of exercise? Gosh.. I began taking a lot of "ubat kurus" since I was 20. The medication did work. But then I can't stand the side effect.. Toilet has become my faithful companion.. Haha.. Now, I feel that nothing is going to work. I give up on my mission to have a body like Beyonce Knowles. Haha.. Nothing is able to stimulate me to reduce my weight. I just feel that I can't. I just know one very impo...

Bahasa Dan Blog

Imej
Assalamualaikum semua.. Kali ini aku akan share sesuatu tentang aznil-aku-blog.. Mungkin ramai tertanya-tanya apa kena mengena aku dan aznil juga blog? Haha.. Pada minggu lepas, aku terbaca tentang aznilhajinawawi.blogspot.com. Tak silap aku di dalam akhbar ruangan pancaindera. Wartawan menyifatkan penulisan blog pada zaman ini hanyalah sekadar suka-suka.. Wartawan tersebut menekankan tentang bahasa yang semakin ditunggang-langgangkan penggunaannya.. Bahasa pasar, bahasa yang menjatuhkan integriti bahasa melayu itu sendiri. Namun begitu, masih wujud lagi blog yang mengangkat martabat bahasa melayu itu sendiri dengan penggunaan bahasa yang begitu tepat dan teratur. Salah satunya ialah blog Aznil Haji Nawawi (atau lebih dikenali sebagai Pak Nil). Hari ini aku berpeluang meninjau sendiri kebenaran coretan wartawan tersebut. Benar seperti yang dihebahkan, blog Pak Nil melambangkan dirinya sendiri yang begitu soft-spoken, penuh dengan manners. Setiap ayat dan susunan kata begitu enak diba...

Exchange Link

Paediatric Posting In Taiping Ends Here

Imej
Assalamualaikum semua.. Post kali ini aku akan share pieces of memories ketika aku posting pediatrik di Taiping. On 22nd of December 2008.. My group officially started our paediatric posting in Taiping.. It took about 2 months and finally is going to end on 20th February 2009.. For about 2 months in paediatric department, a lot of things I had learned.. From history taking, then physical examination, and not forgotten building rapport with the parents and child.. Not like adult medicine, in paediatric, students learn to be opportunistic. My personal view, paediatric is fun but it just doesn't suits me.. Children love to be with me for your information.. Dr. Norizan from USM said, that I have "the look of a mum". (Actually she means, coz you're big then that's why you look like ala-ala emak) Hahaha.. Enough talking about those education things.. I just want to share with you the memories in Taiping. On the 3rd week of posting, we got the chance to visit Tadika Sem...

The Journey Begins Here

Imej
Assalamualaikum.. Salam ku hulur khas buat kalian yang singgah ke duniaku ini.. Haha.. Ayat-ayat skema yang agak lama aku tak gunakan.. Well, it's not my first time to involve in the worlds of blogging.. Previously i have a blog under wordpress, now i join blogger just for fun.. Haha.. Di sini.. Aku cuma ingin berkongsi cebisan-cebisan momen dalam hidup aku dengan kalian.. Juga sesuatu yang berlegar-legar dalam dunia perubatan yang aku ceburi sekarang.. I just hope you guys will enjoy reading it just as much as i enjoy sharing it with you guys.. And officially, the journey begins here.. Let the love heal your soul.. Pyaar ka jadoo.. (P/S: Aku tak sangka aku boleh hasilkan post yang menggunakan ayat-ayat yang skema.. Well done Farhana..)

Doktor Cinta Luar Biasa (Yang Nak Bersara)

Imej
Aku dah bersara jadi Doktor Cinta Luar Biasa.. Haha.. Poyo kan ayat.. Bukan apa.. Rasa diri dah tua dan tak sesuai dah.. Ekeke.. =.= Doktor Cinta Luar Biasa orang gelar.. Gelaran ini diberi oleh Joegrimjow .. Aku pemilik blog Cahaya Yang Riang Gembira  dan  World Of You And Me .. Officially a doctor on 2nd April 2012.. Syukur Alhamdulillah.. Fasa baru dalam hidup akan bermula, iaitu dunia pekerjaan..  Erm.. Jodoh? Belum sampai seru lagi untuk Doktor Cinta Luar Biasa yang nak bersara ini kot.. Maybe one fine day.. Only Allah knows.. Till that time comes, I'm going to live life to the max.. Dipetik dari blog Linglung , kata-kata yang paling paling paling aku suka.. "Impiannya mahu jadi sang gadis pencinta terbaik yang mampu jadi sahabat sejati dan diari hidup buat pasangannya kelak.." Sekian.. Wassalam.. =) Lagi tentang aku ADA DI SINI ..

Disclaimer

Cahaya Yang Riang Gembira adalah blog peribadi yang melontarkan pandangan dari kaca mata penulis saja. Sebarang bentuk bahan yang digunakan oleh pengunjung adalah di atas risiko pengunjung sepenuhnya. Segala macam bentuk maklumat dan bahan yang tidak dikreditkan kepada mana-mana pihak adalah hak milik penulis blog Cahaya Yang Riang Gembira dan pengambilannya tanpa izin ditegah sama sekali. Kebanyakan sumber-sumber gambar yang dimuatnaik ke dalam blog ini adalah dari ihsan Google Image Search dan penulis blog tidak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas gambar-gambar tersebut. Sekiranya gambar tersebut adalah milik anda, sila maklumkan pada pemilik blog Cahaya Yang Riang Gembira dan ianya akan dikeluarkan dengan kadar segera. Harap maklum. Terima kasih.