Catatan

Monolog #4 : Bahagia

Imej
Assalamualaikum.. Penghujung tahun yang teramat teruk.. Minggu-minggu yang terlalu banyak gelombang tanpa ada datangnya tenang walau sekejap.. Aku masih lagi termangu-mangu, tercari-cari mana diri, mana arah harus ditujui.. Aku tahu hidup ini indah, terlalu indah.. Tapi untuk aku menikmati indah itu, aku tiada daya dan upaya.. Terlalu dalam aku tenggelam, sampai ke dasar hingga sukar rasanya mahu ke permukaan.. Aku tak mahu lemas.. Tapi... Credit from Zedge Tuhan.. Sesungguhnya aku mencari bahagia.. Aku inginkan bahagia.. Tapi untuk aku ketemu yang namanya bahagia itu terasa amat sukar sekali rasanya.. Gelombang-gelombang yang tak pernah putus hadir ini kadang buat aku jatuh dan terasa sukar untuk bangkit kembali.. Aku masih mencari ke mana hilangnya aku yang kuat suatu waktu dulu.. Aku begitu menginginkannya kembali, agar dapat aku lalui detik sukar dalam hidup ini.. Dalam sukar, sedih, sepi yang dilalui, ada sedikit gembira mencuit hati.. Hingga kini aku masih sukar...

Monolog #3 : Cinta

Imej
Assalamualaikum.. Hari ini tanggal 22 Disember 2012.. Serasa lama sungguh aku tak berbicara di sini.. Hari ini adalah hari meraikan cinta.. Cinta antara dua sahabat terbaik aku.. Cinta Siti Nor Faizah dan Abdul Aziz Harith.. Perjalanan 2 jam akhirnya membawa aku ke Shah Alam bersama kedua orang tuaku.. Perkahwinan sahabat baik, manakan tak boleh tak datang..  Dalam menumpang gembira ada rasa sayu mengusik.. Sahabat aku telah jadi milik orang.. Sudah bergelar isteri kepada seseorang.. Tak banyak pun pasti ada sedikit yang telah berubah.. Tapi aku sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk dia dan suami dalam melayari kehidupan baru ini.. Sambil dalam hati selalu berdoa akan tiba saat seperti ini untuk aku nanti.. Heh.. Bila masanya entah aku hendak mencari sebahagian lagi dari hidup aku.. Hidup yang sentiasa sibuk, mengharap bulan jatuh ke riba? Heh.. Walau di mana pun sebahagian dari hidup aku itu, aku harap satu hari nanti pasti ketemu aku dengannya.. Semua orang te...

Monolog #2 : Indah Itu Bahasa

Imej
Assalamualaikum.. Sedang merasa keenakan berbaring setelah lebih berbelas-belas jam berdiri, berlari ke sana dan ke mari.. Kurusnya entahlah bila.. Barangkali dalam mimpi saja.. Heh.. Lewat Maghrib tadi, drama bergolak di wad 3-4.. Seorang pakcik dengan lantang memarahi seorang remaja lelaki.. Hanya kerana ada sedikit salah dan silap dari remaja lelaki itu.. Aku dari hujung wad sudah mendengar gema jeritan pakcik itu.. Yang ternyata memang sukar sekali untuk mengawal marahnya.. Aku sebenarnya, cukup alergik dengan tengkingan, suara lantang, jeritan dan yang seangkatan dengannya.. Apatah lagi jika ianya berpandukan pada sesuatu yang tidak berasas langsung.. Dari dulu-dulu orang selalu kata, YANG ELOK ITU BUDI, YANG INDAH ITU BAHASA.. Aku tak pasti kenapa bila mana kita boleh bercakap dengan baik, sopan dan lemah lembut tapi kita tetap memilih untuk meninggi suara, menengking, mengherdik.. Satu benda yang aku pegang bila aku mula bekerja, layanlah pesakit dengan ...

Monolog #1 - Gembira Hanya Ilusi Cuma

Imej
Taken from Mr. Google Kadang bila duduk berfikir, mengenang kembali kisah-kisah lalu, masa satu tahun dulu yang dihabiskan dengan juta-juta mesej ringkas yang dihantar, dibalas, diterjah pada seseorang itu sebenarnya hanya sia-sia.. Perasaan yang mulanya memang kosong dan hanya sekadar suka-suka seharusnya dibiar terus begitu.. Bukan mula diisi dengan harapan dan mimpi-mimpi tentang masa depan.. Orang kata, jika seseorang itu serius terhadap kita dan menganggap kita akan menjadi sebahagian dari hidupnya dia, maka dia akan bertekad, terus dan terus ada tanpa jemu dan lelah.. Satu tahun itu, dan mungkin lebih, adanya dia sentiasa dengan pesanan-pesanan ringkasnya, buat aku berubah pendirian diri.. Dari suka-suka, aku mula memendam rasa.. Namun kini, bila berfikir kembali, serasanya aku patut sedar diri.. Segalanya pada dirinya dia, mungkin satu tahun lebih yang sentiasa ada dia itu adalah "Having Fun" saja.. Having fun.. And that's it.. End of story.. Sesun...

Kecenderungan Yang Berubah

Imej
Assalamualaikum.. Sedang menikmati sisa-sisa cuti sehari yang masih ada ini.. Kemalasan dah mula terasa.. Walaupun kadang-kadang ada rindu yang menyapa.. Rindu pada pesakit-pesakit yang setia mendiami wad 3-4.. Dulu pernah aku kata, macam mana minatnya aku pada bidang psikiatri sehingga aku tanam hasrat ingin menyambung pelajaran dan menjadi seorang Pakar Sakit Jiwa a.k.a psychiatrist.. Adakah aku dah berubah? Hmm.. Masih lagi ada hasrat dan impian ke arah itu, cumanya semenjak dua menjak ini, ada terasa kecenderungan aku ada sedikit perubahan.. Aku mula sukakan orang-orang tua.. Kebanyakan pesakit yang ada dalam wad 3-4 terdiri daripada pakcik-pakcik dan atuk-atuk.. Satu benda yang menarik adalah orang-orang tua sangatlah sensitif.. Perlu pandai mendekatkan diri dan cuba rapat dengan mereka barulah mereka akan merasakan kita sebahagian dari keluarga mereka.. Cabang dunia perubatan yang melibatkan diri dengan golongan-golongan veteran disebut sebagai GERIATRI...

27 November 2012

Imej
Assalamualaikum.. Hmm.. Tak sangka masih lagi berdiri teguh dan menghirup udara pada tanggal 27hb 2012.. Satu lagi tarikh baru pada tahun 2012.. Tahun ini mungkin tak seperti tahun-tahun yang sudah, banyak  yang dah berubah.. Tahun berganti, usia bertambah dan manusia juga kadang turut ikut berubah.. 27 NOVEMBER 2010 27 NOVEMBER 2011 2012? Hmm.. Mungkin tak seperti yang sudah-sudah.. Mungkin tahun ini tiada apa yang termampu ditulis dan diucap.. Cukuplah sekadar mengingati kembali apa yang pernah dicoret dulu pada tarikh ini.. Yang dah berlalu tetap akan berlalu.. Kenangan akan selamanya jadi kenangan.. Ucap selamat tinggal pada kenangan dan terus sabar menantikan hadirnya satu senyuman baru, satu lembaran baru.. Berterima kasihlah pada kenangan untuk segalnya yang manis dan indah.. "Encik, selamat hari lahir.. All the best in life.. Take care.." Selamat malam dunia.. Assalamualaikum..

Sudahi Perih Ini

Imej
Assalamualaikum.. Lama aku tak menghirup udara dunia maya, dunia Cahaya Yang Riang Gembira.. Dunia yang sekarang terasa makin malap makin hilang sinar dan serinya.. Entah ke mana.. Bila dicongak-congak, sudah beberapa hari aku tinggalkan Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetrik & Ginekologi).. Ada rindu yang menyapa.. Mungkin kerana hati meronta bila berada di Jabatan baru ini.. Officially entering Medical.. A department where you'll learn the real meaning of "hectic life".. Perasaannya tidak seperti ketika aku mula-mula memasuk Jabatan Perbidanan Dan Sakit Puan.. Perasaan tidak suka dan ingin lari kali ini lebih menebal.. Tapi apakan daya.. Mungkin kerana ini bukan apa yang jiwa aku inginkan, maka setiap apa yang aku buat ianya menjadi serba tak kena dan wujud perasaan tidak suka.. Bersama dengan kesihatan yang makin hari makin teruk dan merosot, tambah lagi dengan hancur runtuh luluhnya jiwa dan emosi, motivasi dan kelangsungan hidup yang aku ...