Drama Hit Korea 2016 - Descendants Of The Sun. Eh! Hit Ke???




Assalamualaikum.

Ligat tulis entry eh. Amboi. Tiba-tiba rasa macam nak jadi blogger yang berdedikasi. Haha. Balik kita pada tajuk dan tujuan asal entry kali ini, dah nama pun kaki drama Korea, ada peluang kita tulislah sikitkan pengalaman kita lepas tonton drama.

Sebenarnya kalau nak buat review, lebih elok dibuat oleh orang yang tak minat drama Korea, tak ada bias pelakon mana dia berkenan, pelakon mana dia minat, dia tengok atas nama "menonton". Haa! Gituuu ayat. Sebab bila kita baca review dari orang yang berdiri atas natural ground ini, dia bersifat lebih ikhlas dan kritikan dia lagi membina. Haha.



Aku akui memang aku agak lambat tonton drama ini. Drama yang menggegarkan dunia peminat drama Korea. Sejak sebelum tayangan lagi orang dah mula soseh-soseh pasal drama ini, tambah lagi ini drama pertama Song Joong Ki lepas keluar dari military, jadi ramai yang letak harapan tinggi. Dan bila dah mula tayangan, macam yang kita agak, sambutan untuk drama ini memang menggilakan. Sampai aku tengok dekat Youtube, ada orang putih yang tak pernah tonton drama Korea, buat review vlog untuk drama Descendants Of The Sun ini. Punya hebat penangan drama ini. Memang diakui, sangat popular dan hit untuk tahun 2016.

Mungkin sebab barisan pelakonnya sendiri dan juga penulis skrip yang popular, yang mana beliau pernah menulis untuk drama hebat seperti Lovers In Paris. Song Joong Ki dengan Song Hye Kyo, siapa tak nak tengok kan? Haaa! Lepas tonton drama ini tak ada ke yang berangan nak kahwin dengan askar? Macam Sayangku Kapten Mukhriz. Kekeke.
=p


Oh ya, nak tahu tak, sebelum watak Kapten Yoo Si Jin ditawarkan pada Song Joong Ki, ianya ditawarkan kepada 4 orang hero popular namun ditolak atas sebab tertentu. Agak-agak Won Bin, Kim Woo Bin, Gong Yoo dan Jo In Sung menyesal tak tolak tawaran untuk jadi hero drama ini? Haha.


Pendapat aku sendiri eh, hmm, aku tak habis tengok lagi, baru sampai episod 12. Agak lambat speed kali ini, anda mungkin boleh agak sebab apa. Haha. Bagi aku drama ini indah khabar dari rupa, terlalu overrated. Tak sepadan dengan hype yang mengelilingi drama ini. Ya, drama ini memang popular, tapi dari segi plotnya, tak adalah gempak mana. Drama ini boleh dilayan cuma tak adalah best gila. Bagi aku jatuh dalam kategori biasa-biasa. Mula dari episod 7 aku dah mula rasa bosan sebenarnya.


Tapi yang selamatkan aku dari kebosanan adalah kisah cinta Sergeant Seo Dae Yong dan Liutenant Dr Yoon Myung Joo. Aku rasa kalau Jin Goo jadi hero pun okay apa. Haha. Pada aku, Song Joong Ki pelakon hebat, tengok saja drama Innocent Man. Tapi untuk dia pegang watak Kapten Yoo Si Jin, aku rasa tak sesuai. Sebab itu anda boleh tengok sendiri kepada siapa watak itu ditawarkan sebelum akhirnya diberi pada Song Joong Ki. Aku rasa keempat-empat yang menolak tawaran itu lebih kena dengan imej Kapten Yoo Si Jin. Tapi itu selera dan pandangan akulah. Bila tiba bab drama ini, kita akan ada banyak pandangan dan selera pun berbeza. Betul tak? #JanganKecamSaya


Lagi satu elemen yang menyelamatkan drama ini selain pasangan di atas ini adalah lagu-lagu soundtrack untuk drama ini. Memang jjang!! Sebelum mula layan drama ini lagi, lagu-lagu dia dah ada dalam playlist. Antara yang jadi favorite adalah Always, You Are My Everything, This Love dan Once Again.

Ya, drama Descendants Of The Sun memang hit habis. Popular gila sebabkan watak Kapten Yoo Si Jin, betul tak? Tapi dari segi plot cerita dia, biasa saja pada aku. Ada lagi drama lain yang lebih baik dan menarik. Berapa bintang eh nak bagi, hmmm.

3.5 / 5 bintang

Jangan marah okay. Heee. Selamat malam semua. Assalamualaikum.

P/S : Aspek medikal drama ini? Hmm. Bagi aku biasa-biasa aje. Ada banyak lagi lambakan drama medikal Korea yang jauh lagi bagus dan best. Jadi, kalau anda tonton drama ini kerana ingin adrenaline rush macam drama medikal lain, drama ini mungkin boleh beri anda yang biasa-biasa saja.





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?