Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Nak Kurus 2 : Fat!

Imej
Assalamualaikum. Tiba-tiba datang idea nak buat koleksi entry-entry follow up, process, tips, ups and downs weight loss journey. Walaupun aku mungkin bukanlah selayaknya nak cerita pasal weight loss dan fitness tapi at least melalui perkongsian aku, aku dapat perbaiki diri, mungkin juga bantu orang. Mula-mula berkira-kira juga, kalau tulis topik khas tentang NAK KURUS , nanti kalau tak kurus-kurus, berat macam yo-yo macam mana? Tapi bila aku fikir balik, ini pun satu cabaran, at least ada sesuatu yang boleh fire up my spirit for this weight loss journey. Kalau sambil lewa, tak ada matlamat, hangat-hangat tahi ayam, mestilah malu dekat diri sendiri dan malu dekat pembaca. Aku akan kongsi tips yang boleh membantu, dan juga apa-apa masalah yang buatkan berat tak turun-turun dan sebagainya. Segala perubahan akan aku abadikan dalam blog ini. Mungkin dari segi berat, gambar dan ukuran belum bersedia lagi nak tunjuk, tapi INSYAALLAH, jika aku berjaya, aku akan kongsikan gambar pe...

Drama Korea Terbaru ONE : Rain & Krystal Dalam My Lovely Girl

Imej
OST MY LOVELY GIRL Krystal - All Of A Sudden Assalamualaikum. Dalam asyik duduk bercerita pasal weight loss journey, kadang kena juga rehatkan badan. Jadi salah satu cara untuk aku buang masa yang aku amalkan dari zaman study dulu sampai sekarang adalah dengan menonton drama-drama Korea, filem Hindustan yang bertimbun dalam hard disk. Kali ini aku buang masa dengan RAIN. Dah lama tunggu drama ini sebenarnya. Sebab rindu nak tengok RAIN berlakon, asyik menyanyi saja kan. Kali terakhir dia berlakon drama tahun 2010 tak silap, drama The Fugitive Plan B. Tapi drama dia yang paling orang ingat dah tentulah FULL HOUSE. Drama dia kali ini digandingkan dengan seorang penyanyi idol dari kumpulan f(x), iaitu Krystal, yang mana anda kenal sebagai Lee Bo Na dalam The Heirs. Dekat Korea minggu ini dah masuk episod ke 3 & 4. Masih awal lagi. Jadi sesiapa rasa nak buang sikit masa dia dengan menonton drama, cubalah download dan tonton MY LOVELY GIRL a.k.a SHE'S SO ...

Nak Kurus 1 : It Is Not An Easy Journey!

Imej
Assalamualaikum. Morning beautiful people. Salam Jumaat. I've been eagerly waiting for my mood to come so that I can start up a post on my recently started journey. What about my journey? What about it? Well, perhaps it is something that maybe you've been hearing from me over and over again. Haha. A weight loss journey. A journey for a better life. Kalau nak diikutkan memang dah tak terkira rasanya berapa banyak kali perancangan aku untuk kurus dan jadi sihat macam zaman sekolah menengah dulu. Tapi semuanya memang hangat-hangat tahi ayamlah orang Melayu kata. Cakap lebih tapi habuk tarak. Paling sekejap aku bertahan seminggu, paling lama pun sebulan. It is hard. It is. It will never be an easy journey. That's why it requires strong will and determination. Together with support and motivation. And of course, an awareness and positive insight. In which I lack on that aspect of weight loss process.  Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak mula semula langkah...

Pushing People Away

Imej
Assalamualaikum. Morning people. Hmm. Have you ever done anything that make you feel guilty? You know it's wrong but still you did it and later you regret that. Yerp, pushing people away. That's what I always did to those who try to come close and get to know me. I pushed them away. I can't help myself, but yet I don't want to end up feeling lonely at the end of the day. I always thought, no matter how many times you push them away, if they want to stay, they will always make an effort to stay. But I guess no one has that kind of determination. I pushed and they just leave. Huh. Hurm. To whom it may concern, whoever you are, if you are knocking, keep on knocking. I'll open that door one day.  :) Assalamualaikum.

16 September 2014

Assalamualaikum. Salam hari Malaysia buat semua rakyat Malaysia. Selamat pagi. Oh ya, dan selamat bercuti juga. Hari ini, adik aku yang nombor 3 akan pulang semula ke kolej selepas 5 hari bercuti. Tak jauh mana pun, Nilai saja. Dari Melaka, 1 jam dah sampai. Hmm. Adik aku dah masuk 21 tahun, habis saja SPM dia tak terus sambung belajar, sebaliknya dia nak merasa dunia bekerja. Dan bekerjalah dia selama 3 tahun tanpa sedar walaupun dah berjuta kali dibebel supaya sambung belajar. Haha. Akhirnya, di usia 21 tahun adikku sambung belajar juga. Yang paling aku tak sangka, dia ambil course nursing di KPJ Nilai. Hmm. Mula-mula aku tak berapa yakin sangat dia mampu bawa, sebab aku dulu pun dah merasa susah payah dan dugaan belajar medik. Tapi melihatkan kesungguhan dia, kerisauan aku berkuranglah sikit demi sikit. Aku tahu dia mampu redah dan keluar sebagai seorang nurse yang mampu berbakti pada manusia. Walau macam mana lewatnya pun, lanjutnya usia kita, itu bukan penghalang ...

A Classic Fairytale Love Story

Imej
PICTURES TAKEN FROM GOOGLE IMAGE.  CREDIT TO THE RESPECTED SITE Assalamualaikum. Dulu-dulu masa zaman awal blogging, selalu jugalah aku menaip entry tentang nikah kahwin. Kononnya si Farhana yang ketika itu berusia 22 tahun sibuk duduk rancang nak kahwin bila umur 25 tahun. Tapi sekarang, dah 27, masih single lagi seperti dulu. Haha. Dan bila usia dah nak makin dekat 3 series, perasaan nak sangat kahwin macam zaman awal 20an dulu dah banyak berkurangan. Bukanlah tak nak kahwin, siapa yang tak nak hidup berpasangan, cumanya banyak lagi tanggungjawab lain yang perlu aku fokus. Tapi kalau kata jodoh datang, terimalah dengan hati terbuka. Memang dah terbiasa dengan hidup single, cuma kadang ada waktu terdetik juga rasa sunyi sepi dalam hati. Rasa sepi yang lain macam, yang boleh buat kau sebak tiba-tiba. Tapi rasa begitu cuma datang sekali sekala saja. Buat apa nak rasa sepi sangat, DIA kan ada. :) Bila usia makin lanjut, ramailah yang cuba kenen-kenenkan. Kena...

[Resepi Pemanis Mulut Popular] Cheesekut Oreo Strawberry Riang Gembira

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Rabu semua. Terasa lama tak menambah koleksi resepi yang ada dalam ENTRY YANG INI. Bukannya apa, kita bukanlah tukang masak hebat, jadi kadang terkial-kial juga duduk fikir nak masak apa lagi eh supaya boleh sumbat buat tambah koleksi resepi bujang yang ada. Tapi nan ado idea yang datang. Cuma semenjak seminggu dua kebelakangan ini, aku dan adik-adik telah ketagih sejenis pemanis mulut yang orang lain dah lama dah ketagih. Pemanis mulut yang dah lama dah popular cuma baru sekarang aku tergerak hati nak buat dan merasa. Pertama sekali sebab aku tak berapa gemar cream cheese, mungkin sebab ada pengalaman buruk dengan cream cheese agaknya. Jadi aku ragu-ragu nak buat masa makanan ini tengah popular suatu ketika dulu. Cuma beberapa minggu sudah, tekak terasa nak makan cheese cake. Beli dekat Secret Recipe Cream Brulee Cheese Cake, sedap tak terkata dan terasa nak lagi dan lagi. Nak beli selalu pokailah kan, jadi timbullah hasrat nak buat CHEESEKUT. ...