Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2014

Belajar Goreng Telur

Imej
Assalamualaikum. Amboi, dah tua bangka pun tak gheti goreng teluq ka cheq oii? Haa. Tu diaa! Orang Johor cakap utagha. Haha. Dulu masa zaman study, aku rapat dengan seorang kakak, orang utara. Jadi bila dengan dia, aku selalu akan tersasul cakap utara bila borak dengan dia. Kadang sampai orang keliru, aku orang utara ke. Haha. Eh. Melencong kejap dari cerita telur kita. Sebenarnya bukanlah tak reti goreng telur, tapi selalunya kita goreng cikai cikai saja kan, maklumlah nak buat makan sendiri je pun. Sampailah satu hari aku tengok satu rancangan variety show, dia ajar cara goreng telur profesional punya. Putih telur dia bukan main cantik dan gebu, kuning telur dia pula memang jenis yang aku minat. Tak masak sangat, sedang-sedang saja. Bila cucuk, kuning dia mengalir keluar lagi. Itu yang terbaik!!! Mungkin ramai yang dah expert dan arif dengan cara goreng telur seperti ini, tapi bagi aku memang first time aku tengok teknik begini. Haha. Memang jakun kejaplah. Cara dia pun ...

Fantasi Cinta

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Khamis. Nyenyak benar tidur malam tadi, cuaca sejuk sampai ke tulang. Nikmat rezeki Allah bagi, selepas berminggu-minggu bumi Melaka ini terik dan gersang. Syukur Alhamdulillah. Dah lama tak cakap pasal cinta kan? Sedangkan zaman blog dulu kala akulah orangnya yang orang selalu panggil doktor cinta yang kaki jiwang. Huhu. Kenangan. Aku tergerak nak tulis tentang ini selepas menonton beberapa rancangan bual bicara. Topiknya lebih kurang sama, tentang fantasi cinta, baik bagi lelaki mahupun wanita. Dalam kepala otak kita semua, kadang ada waktunya kita berimaginasi. Dan salah satunya tentang cinta. Dalam rancangan bual bicara itu ia bertanyakan pada lelaki dan wanita apa yang mereka selalu angankan dan berharap dapat lakukan bersama pasangan, apa perkara yang meraka anggap romantik dan buat hati rasa "ticklish". Aku sendiri akui dengan jawapan-jawapan yang diberikan. Mungkin sebab pengaruh keliling agaknya. Haha. Tapi dalam banya...

Umur Hampir 60 Tahun Tapi Nampak 20 Tahun Lebih Muda

Imej
Assalamualaikum. Salam pagi Isnin. Hari ini Isnin, dan esok pula cuti umum. Wah, seronok. Cuti lagi. Haha. Life is slowly getting better, even though it's kinda slow but I'm grateful for everything. Dua minggu lepas, aku sempat tonton sebuah rancangan dokumentari di KBS World, Screening Humanity. Di mana tajuk untuk minggu tersebut adalah HONEY, TAKE MY HAND. Rancangan tersebut ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pukul 9 pagi lebih kurang. Ada 5 bahagian kesemuanya tapi aku cuma berkesempatan untuk menonton 2 daripadanya memandangkan waktu kerja aku tak menentu sangat. Apa yang menarik sampai aku ingin kongsikan dengan semua adalah kisah sepasang suami isteri yang usia mereka hampir mencecah 60 tapi masih sihat dan kuat. Dokumentari ini menyaksikan perjalanan pasangan ini melibatkan diri di dalam maratahon sejauh 600km +. Pasangan ini sudah lebih 20 tahun menjinakkan diri dalam dunia marathon, di mana saja ada marathon, mereka pasti akan ambil peluang untuk join...

Queen Of Asgard

Imej
Assalamualaikum. Semalam 9 Mei merupakan satu lagi tarikh yang patut diingat dalam lipatan sejarah hidup seorang Cahaya Yang Riang Gembira. Haha. Selama 8 tahun aku memegang lesen memandu, semalam adalah kali kedua aku terlibat dalam kemalangan. Tapi kali ini cuma kemalangan kecil kalau nak dibandingkan dengan kemalangan di lebuhraya PLUS tahun 2007 @ 2008 barangkali. Walaupun kemalangan kecil tapi cukup buat aku terasa sekali kesakitan yang dialami kesayangan aku, yang aku beri nama Queen of Asgard. Haha. Sedap tak nama cinta hati aku? Sejak dari pagi lagi aku dah berasa tidak sedap hati tambah pula malam itu aku bermimpi aku mengalami kemalangan di mana kereta aku berlanggar dengan traktor. Cermin depan kereta aku retak. Tak sangka pula tengahari itu, betul-betul aku alaminya. Jalan tersebut merupakan jalan sehala dan merupakan jalan keluar dari IPGKPM. Maknanya itu merupakan jalan aku. Tapi tak semena-mena, ada van memasuki lorong kecil itu. Aku cuba mengelakkan van ter...

Super Cool Science Experiments You Can Do At Home

Imej
Assalamualaikum. Pagi-pagi buta duduk layan mata tengok apa-apa saja yang best dekat Youtube. Terserempak pula dengan video tentang eksperimen sains yang cool giler dan boleh dibuat di rumah. Bila tengok dari awal sampai habis, video berdurasi 2 minit lebih ini berjaya buat aku ingat kembali zaman kegemilangan ketika belajar Sains di sekolah dulu. Eh. Gemilang ke? Haha. Kalau dulu masa kecil-kecil buat eksperimen bagai yang pesen gini dekat rumah, confirm-confirm dah kena marah dan kejar dengan rotan sebab berselerakkan barang dan dikira macam buat kerja merapu dan bukan-bukan. Betul tak? Memang super cool habis. Sekarang, terasa nak pergi beli bunga dan tukar warna daunnya. Ataupun rendam telur dalam cuka. Cool gila kan? Selamat malam semua. Jaga diri. Sleep tight. Assalamualaikum.

Untuk Tahap Amatur, Kira Okaylah Time-Lapse Video Yang Ini

Imej
Assalamualaikum. Ingat lagi tak entry aku sebelum ini tentang macam mana aku dah terpengaruh dengan time-lapse video selepas menonton My Love From The Star ? Aku ambil masa tak sampai sehari cuma untuk baca basic time-lapse fotografi. Basic dululah, nak baca dan belajar banyak-banyak memang tak mampulah otak umur 27 tahun nak serap semuanya. Haha. Jadi berbekalkan sedikit ilmu yang dapat aku timba, aku pun mulakan projek time-lapse video aku. Bila tengok hasilnya, memang banyak lagilah nak kena belajar. Sekarang aku baru belajar yang versi simple dan teramatlah mudah. Nanti-nanti ada masa aku akan mulakan projek seterusnya untuk shoot time-lapse video tapi dengan cara manual tanpa menggunakan apa-apa aplikasi. Cuma kamera saja dan diproses seterusnya di dalam PC. Masa itu, jangan kata background music, aku akan bubuh sekali segala macam bling-bling dan animasi yang ada. Baru style orang kata.  Video di atas adalah video pertama aku. Sebab aku tak tahu nak shoot ap...

Cinta Muka Buku

Imej
Assalamualaikum. Salam 1 Rejab dan selamat hari pekerja. Menaip entry di petang hari dengan cuaca yang begitu terik, taip sepatah, berhenti, tala muka ke kipas kejap. Kalau ada aircond lagi nikmat. Haha. Semenjak dua menjak ini, kita mesti pernah baca tentang kisah penipuan cinta dan perkahwinan yang bermula dengan perkenalan melalui Facebook.  Kalau bertuah, berbahagialah mereka seperti dalam kisah cinta yang ini . Tapi kalau tidak, jadilah seperti yang kita baca di muka-muka akhbar, ditipu dan tertipu. Beberapa hari lepas aku baca kisah tentang seorang lelaki yang ditipu wanita yang dikenalinya melalui facebook, bukan sikit-sikit duit yang dikebas. Kerana apa? Cinta. Ada juga yang ditipu melalui aplikasi social network service lain dan macam-macam lagilah kes yang ada. Berkenalan, jatuh cinta, bagi duit, dan tertipu. Orang zaman sekarang, bila bab menipu, otak memang laju dan bijak. Cuba gunakan otak yang bijak dan tangkas tu untuk jalan yang lebih bagus, bukan ke le...