30 Minit

Assalamualaikum.

Malam ini terlalu banyak berfikir hingga tak sedar jam dah pun menunjukkan pukul 1.30 pagi. Oh! Insomnia menjadi-jadi. Otak pula jadi terlalu penat dan serabut kerana terlalu banyak benda yang perlu difikirkan. Plantar fasciitis masih tak hilang-hilang, malah makin teruk pula aku rasa setiap kali menapak. Ouh! Signs of aging, and weight gaining of course. Huh.

I went to my physiotherapy session a week back. Being advice on what need to do and what not to do. Basically, for my condition, the orthopedic medical officer suggested that I try wax therapy and as well as ultrasound therapy. 

Aku memang suka bab-bab fisioterapi. Seronok tengok semangat juang pesakit-pesakit yang berusaha untuk sembuh dan kembali pada keadaan sedia kala. Sesi pertama aku dimulakan dengan WAX THERAPY.


Wax therapy yang dijalankan sama seperti keadaan di atas. Terlebih dahulu aku disuruh mencuci kaki sehingga bersih. Selepas itu kaki aku perlu dicelup dalam larutan lilin sebanyak 7 @ 8 kali. Kira macam kita buat kek lapis. Selapis demi selapis. Tapi lilin tersebut agak panas sedikit tapi masih boleh bertahan lagi. Selesai celup kaki kiri, ianya dibalut dengan plastik dan kain. Selepas itu giliran kaki kanan pula. Proses yang sama. Dan setelah selesai keduanya, aku dikehendaki duduk dan berehat selama 15 minit.

Wax therapy menurut jururawat di situ sama seperti hot pack.  Fungsinya adalah untuk mengurangkan radang pada plantar fascia tersebut. 15 minit selepas itu lilin pada kedua-dua kaki aku ditanggalkan.

Seterusnya aku dibawa untuk sesi ultrasound pula. Prosesnya sama seperti kita scan perut ibu mengandung. Gel diletak pada probe dan ditenyeh pada tapak kaki. Okay. Actually bukan ditenyeh tapi lebih kepada diurut, ditekan-tekan sehingga aku menarik muka "OUCH". Sikit lebih kurang macam refleksologi tetapi menggunakan wave therapy. Best!! Sesi fisioterapi aku yang seterusnya dalam 2 minggu lagi. Tak sabar. Kekeke.


Terima kasih pada Encik Lokman, encik fisioterapi yang kata kaki aku macam nak tendang dia. Haha. Terima kasih juga pada jururawat-jururawat yang banyak membantu. I enjoy my time there. 30 minit yang selesa dan melegakan kepala otak. 

Oh ya! Aku sedang mencuba Adipex Retard sebab aku tahu sedikit sebanyak masalah kaki aku berpunca daripada apa. Oh! Apa orang akan kata bila baca, doktor ambil appetite supressing drug. But, I really need it. Mungkin aku akan ambil dalam jangka masa pendek saja. Aku perlu bekerja dalam keadaan sihat semula. Aku perlukan kaki seperti dulu. Kaki yang sihat. I hope this gonna work.

Hmm. I guess that's it. Tidur dulu. Selamat malam semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


Heart Speaks : Tahun-tahun yang sudah, aku berharap ada bahagia datang pada tarikh 31hb. Tahun ini nampaknya aku perlu berhenti berharap. Sebab bahagia yang diharap mungkin belum masanya lagi nak kunjung tiba.

Ulasan

Adziim berkata…
Appetite supressing drug ye....
Ada senior I, ambil ubat tahan selera ni..dia pnya side effect....emosi tak menentu, senang marah,hormon terganggu,naik jerawat. Entah apa nama ubat tu.
X boleh ambil long term pasal ubat tu kuat sangat nanti liver damage.

Ada buat mri?
@Adziim That one is Duromine. Memang banyak side effect dan selalu doktor prescribe pada yang betul-betul BMI tinggi. Mine one adik beradik Duromine but less side effect. Akan cuba untuk sebulan dan lihat bagaimana.

That day pergi Pantai but I got free consultation without anything done. Cuma nasihat dan perkongsian tentang pengalaman doktor tersebut semasa bekerja di government. Haha. So in the end, saya pergi sendiri ke Klinik Pakar Ortho Hospital Melaka. Maybe there is a need for hospitalization. Tapi entahlah, takut. Haha. Basically, no MRI done.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.