Membebel | " Cahaya Yang Riang Gembira "


Membebel

3 comments
Assalamualaikum.

Malam ini terasa rajin pula hendak menulis. Mungkin sebab kelaparan yang ditahan-tahan lalu menggerakkan jari jemari adalah jalan terbaik. Lebih baik daripada menggerakkan mulut dan mengunyah. Heh.

Cuti dah nak sampai ke hujung. Tapi kaki masih belum sembuh sepenuhnya. Harapnya naik daripada cuti nanti, kaki boleh berfungsi sebaik habis, bukan seperti sekarang berjalan macam orang terpelecok. Bila dalam keadaan tak sihat sebegini, aku mula teringatkan zaman belajar. 

Aku, bukanlah jenis mudah mesra dengan orang, tapi bila aku dah kenal, automatik aku akan jadi sangat mesra. Dunia belajar aku dengan dunia kerja aku totally dua dunia yang berbeza. Dunia belajar adalah dunia yang mana aku beri banyak kasih sayang dan aku dapat kembali kasih sayang yang banyak juga. Dari sahabat sudah tentunya. Bila sakit, ada yang jaga, ada yang bertanya, ada yang mengambil berat.


Dunia kerja aku, serasa aku kasih sayang lebih banyak aku berikan kepada pesakit. Aku akui aku memang susah mesra dan rapat tapi bila saat aku dah nak mula rapat, mula mesra, sahabat-sahabat itu bertukar department dan datang pula sahabat baru. Oh! Sungguh aku lemah dengan proses sebegitu. Tapi, hendak atau tidak, itulah hakikat kehidupan aku sebagai seorang houseman yang perlu menempuh perjalanan selama 2 tahun.

Aku rindu saat bila sakit ada yang mengambil berat dan bertanya khabar. Kini, bila saat kita sakit di zaman bekerja, orang akan pandang dengan pandangan yang pelik dan akan dengar macam-macam kata belakang. Tak ada tanya khabar atau seangkatan dengannya.


Mungkin silap si gadis pencinta epal merah ini, yang payah nak mesra dan ending up tiada siapa yang benar-benar mengenali si Cahaya Yang Riang Gembira ini, siapa dia sebenarnya dan bagaimana dia sebenarnya. Truth is, there are times that I felt very lonely. I may look happy but deep down I'm fighting with what I really feel. Hmmm. Barangkali akulah kera yang menyumbangkan diri, yang masih hidup dalam alam belajar dengan kenangan bersama sahabat-sahabat baik di zaman itu. Huhu.

Makin banyak menulis, makin lapar pula rasanya. Perlu tidur dulu. Selamat malam. Assalamualaikum.


P/S : Selalunya bila lapar di tengah malam, aku akan layan INSTAGRAM tengok gambar makanan. Most of the time, aku akan kenyang dengan hanya melihat gambar. Tapi, malam ini?

3 Comments Here:

aimin berkata...

why.. knp women slalu je mmbebel yeee????

aimin berkata...

Why.. woman slalu je membebel....

FarhanaDr berkata...

@aimin And why.. tak boleh membebel ye?

Cahaya Yang Riang Gembira. Dikuasakan oleh Blogger.