Ujian Dalam Hidup

Assalamualaikum..

Dah 2 hari berlalu dalam tahun 2013, terasa cepat pergerakan masa.. Selasa lalu aku menuju ke Kuala Lumpur bersama keluargaku.. Dalam hendak menghantar adikku pulang ke kampus, sekali terus aku terjah pusat ortotik yang disarankan oleh pakar pada aku..

Ya.. Masalah kaki aku ini telah dirujuk pada pakar kerana keadaannya yang makin teruk.. Kadang aku rasa biarlah aku bergerak dengan walking stick atau walking frame asal saja sakit aku ini berkurang.. Ada saat dan ketikanya pula aku rasa "useless", bila mana waktu kerja, aku tak lagi seaktif dulu bekerja bersama rakan-rakan satu wad.. Terasa seperti beban.. Hmmm.. But, no one cares.. Maybe they just think I'm acting it out.. NSAIDS is not working out, the splint is not working out as well.. Jadinya, aku dibenarkan berehat di rumah dan berfisioterapi di rumah.. Harapnya bila aku kembali bekerja nanti, aku bukan lagi beban..


Ada dua pusat ortotik yang dicadangkan oleh pakar yang merawat aku itu.. Schein yang terletak di Mid Valley dan Foot Solution yang berada di Subang Parade.. Aku memilih untuk ke Schein kerana lebih dekat tapi al maklum saja waktu cuti, makanya Mid Valley dah tentunya banjir dengan manusia.. Sesak!! Aku benci situasi yang membuatkan aku sesak.. Suffocating!

Sampai saja di sana, aku disambut oleh pekerja Schein bernama Hafiz yang membantu aku dari awal sampai akhir.. Basically pusat ortotik ini menawarkan custom made kasut dan insole yang sesuai bergantung pada masalah yang anda alami.. Pertama sekali yang aku buat adalah scan kaki.. Fuh! Canggih, memang canggih.. Scan tersebut dilakukan untuk tahu seberapa teruk kondisi kaki anda.. Dan kaki aku memang nampak teruk pada skrin selepas di scan.. Ouch!!


Selesai saja scan, kaki anda akan diukur untuk membuat insole.. 4 minggu diperlukan untuk semuanya siap dan menurut kata Hafiz, ianya boleh tahan untuk 2 tahun.. Dan masa untuk membayar.. Wow!! Seronok aku melihat amaun yang tertera pada bil, tak disangka mencecah 4 angka.. Tapi mak kata, untuk kesihatan awak juga, kalau hendak sihat cepat, janganlah berkira.. Ouch!! Mak, anak mak tak berkira, cuma terkujat beruk saja.. Hoho..


Well.. Sesungguhnya itu ujian dariNYA.. Bersabarlah dan kuat.. Selamat malam.. Assalamualaikum.. =)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?