Smart Is The New Sexy. Bazzinga!!
[Pictures taken from Uncle Google]
Assalamualaikum.
Ya ya ya! Aku memang dah ditinggalkan zaman. Sangat-sangat ketinggalan. Tapi aku masih bernasib baik kerana ianya masih berada dalam zaman, bersiaran pada musim keenam. Fizik bukan "cawan kopi aku". Bagi aku ianya teramat membosankan dan buat aku pening-pening lalat bila memasuki kelas tersebut 10 tahun yang lalu. Tapi kini pening itu menjadi ubat dan terapi untuk stress yang terlampau. Lawak yang agak memeningkan tapi masih berjaya buat aku ketawa sambil garu-garu kepala.
Yup! It's The Big Bang Theory. Bazzinga! Tiba-tiba ingatan aku terbang semula ke tahun 1999. Beberapa hari selepas keputusan UPSR diumumkan, dan aku adalah satu-satunya pelajar Melayu di daerah tersebut yang bersekolah Cina dan mendapat 7A. Aku ingat lagi beberapa orang wartawan dari beberapa syarikat akhbar datang ke sekolah untuk menemubual aku.
Soalan yang sudah boleh diagak, bila dewasa mahu jadi apa, atau dalam erti kata lain cita-cita. Dengan pantas aku menjawab, "SAINTIS". Bila setiap kali aku membaca semula keratan akhbar tersebut, aku akan tersengih sendiri, dulunya saintis kini doktor. Jauh berbeza keduanya. Tapi jika saat ini aku diberi peluang, bukan saintis bukan doktor jadi pilihan, aku ingin menjadi penulis. Aku mahu menulis travelog. Aku rasakan seni lebih dekat pada diriku berbanding sains. Aku terlalu blur untuk sains. Heh.
Well. Terlajak perahu boleh kita kayuh, terlajak jadi apa yang kita jadi sekarang, kenalah juga kita teruskan. Bersabarlah. Moga ada sinar lebih cerah dan indah di hujung jalan sana.
Selamat malam. Assalamualaikum.
Ulasan
Government cuti banyak, plan pergi travel setahun sekali dua ke. Tanya Jard tu, dia kan selalu travel, dah jadi blog travel pun.