Running Man Dah Habis, Nak Tengok Rancangan Apa Pula?

Assalamualaikum.

Macam yang semua orang dah tahu, rancangan variety Korea kesayangan ramai yang dah nak masuk tahun ke-8, iaitu Running Man, akan tamat dalam masa sebulan lebih saja lagi. Ramai yang kecewa, ramai yang sedih. Rancangan dah nak masuk tahun ke-8, tiba-tiba dapat berita akan ditamatkan, walaupun mungkin ramai dah dapat tebak, tapi tetap terasa juga kan?

Rancangan Running Man hadir dalam hidup aku waktu itu aku sedang stress di tahun ketiga medical school. 3rd year maksudnya clinical year. Kau dah kena masuk hospital tengok pesakit, exam profesionalnya pun dah tentu lagi-lagi susah dari tahun pertama dan kedua. Aku sampai sanggup pinjam wifi siapa-siapa entah nak download Running Man. Public wifi Ipoh agaknya. Kekeke.

Running Man kira macam happy pills aku waktu itu. Seronok sangat layan, ketawa berdekah-dekah. Di awal episod dulu, durasinya bukan main lama, 1 jam 30 minit lebih kadang-kadang. Lama kelamaan, bila rancangan itu dah makin popular, PD pula selalu bertukar, ratingnya turun naik, kadang-kadang merundum jatuh. Nak lagi bila bersaing dengan musim baru 1 Night 2 Days yang memang gempak dari KBS. Real Men dari MBC. Orang kata, memang ibarat retak menanti belah.

Sedih memang sedih, kalau dia kata nak buat season baru dengan rombakan konsep pun tak mengapa, janganlah ditamatkan. Tapi, benda tak macam yang kita harapkan. Macam mana nasib Family Outing dulu, begitu jugalah nampaknya nasib Running Man. Tak dapat dah kita nak tengok kumpulan pengkhianat, tengok "kebodohan Kwang Soo", lemahnya Ji Seok Jin, percintaan Monday Couple dan macam-macam lagilah penambah perisa Running Man. Setia aku tonton dari awal tayangannya dulu. Huhu. Cuma sekarang agak kurang sikit, rasanya dah dekat lebih 20 episod aku tak sempat layan sebab layankan rancangan variety lain. Maaf Running Man.
TT


Jadi bila dah habis Running Man, apa lagi sumber gelak yang ada, yang boleh layan? Buat masa ini, 2 rancangan ini jadi rancangan wajib tonton aku. Musim ketiga 1 Night 2 Days memang tak menyesal layan. Walaupun dia jarang ada guest-guest popular, tapi rating dia tetap tip top. Sebabnya terletak pada member-member dia yang memang lawak. Tambah dengan tempat-tempat cantik, game-game yang pelbagai, jadi rancangan ini memang jadi pilihan aku. Aku suka cara PD Yoo Ho Jin kendalikan rancangan ini dengan macam-macam tema setiap 2 minggu. Brilliant.

P/S: Sayang, Kim Joo Hyuk dah keluar. Huhu.

Rating: 9/10


Rancangan kedua ini pula agak baru, tapi menunjukkan prestasi yang sangat bagus. Daripada tayangannya di hari Jumaat, rancangan ini dipindahkan ke hari Ahad, sebaris dengan Running Man dan Kpop Star. Selalunyalah, rancangan yang disiarkan pada petang ke malam Ahad di saluran SBS, KBS, dan MBC boleh dikategorikan sebagai rancangan hebat.

Pada episod pilot rancangan Flower Crew ini banyak juga kontroversi, tapi mereka berjaya atasinya dan jadi antara rancangan yang tengah hot sekarang. Flower Crew a.k.a Trip Or Trap ini ada 6 ahli kesemuanya, mungkin bagi anda barisan ahlinya macam tak menarik, tapi cubalah layan dulu, confirm melekat. Konsep cerita ini macam 1 Night 2 Days sikit, sebab mereka pergi ke tempat-tempat yang best-best dekat Korea. Tapi mereka terbahagi kepada 2 kumpulan, samada cuti mereka selama 3 hari 2 malam itu akan dihabiskan di FLOWER ROAD atau MUDDY ROAD.

Konsep cerita dia yang buat aku tertarik nak tengok. Tambah lagi rancangan tengah hot sekarang, jadi durasinya pun agak lama jugalah. 1 jam 30 minit. Tapi best, sebab rancangan ini penuh dengan suspense dan pengkhianatan. Hahaha.

Rating: 8.5/10


Okaylah. Sampai sini dulu ya. Selamat malam. Assalamualaikum.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?