17 Jan 2017

OST Meh Sandar Pada Aku : Hujung Minggu Dengan Drama Meh Sandar Pada Aku




Assalamualaikum.

Hujung minggu lepas dan lepas, maksudnya 2 minggu lepaslah kan, aku habiskan masa tonton drama MEH SANDAR PADA AKU yang berjumlah 20 episod ini. Download dekat TONTON saja. Tak pasti dekat TV dah tayang belum. Sama macam drama NAHU RINDU, dekat TONTON dah habis dah, tapi di TV rasanya belum ada lagi kot.

Okaylah, balik kita pada drama lakonan Mira Filzah dan Aliff Aziz ini, aku tergerak hati nak tengok sebab aku dah baca novelnya beberapa tahun lepas. Ceritanya bolehlah tahan, jadi apa kata cuba tonton dramanya pula.



Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak. 

Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!

“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”

“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”

“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”

Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.

“Aku apa?”

“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”

“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”

“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”

Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.

Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama? 


CREDIT PICTURE TO MYINFOTAIP

Apa yang aku boleh cakap, macam ada yang kurang. Macam tak ngam pasangan hero dan heroin. Tahap sweet dia pun tak sampai macam dalam novel. Aku habiskan dalam masa 2 hari kesemua 20 episod, itupun aku cepat-cepatkan sebab bagi aku agak bosan. Maybe kalau buat 13 episod pun okay. Aku rasa 2 watak yang paling melekat dalam ingatan aku Salwa dengan Kak Mas. Lakonan mereka not bad. Bila percintaan novel ini diterjemahkan ke kaca TV, nampak macam mengarut sikit. Tapi bila baca novel best, haaa, tak ke pelik tu. Hahaha.

Overall bintang aku bagi, 2/5. Tapi opening song dia berjaya menarik minat aku. Hahaha. Comel sangat nyanyian Aliff Aziz dan Mira Filzah. Oh, dan lagi satu OST yang selalu diputarkan adalah lagu dalam drama Lucky Romance nyanyian Soyou SISTAR bertajuk Tell Me. Okaylah, sampai sini.

Assalamualaikum.




Tiada ulasan: