Drama Korea Goblin Lakonan Gong Yoo, Indah Khabar Dari Rupa?? Best Atau Tak??



UPDATE : Hoho. Tiba-tiba sekarang hot pula pasal drama ini boleh menyebabkan rosak akidah. Hmm. Drama sekadar hiburanlah kan, tak payah percaya tak payah taksub. Balik pada hati dan niat. Aku sendiri fan series Supernatural. Siri itu lagi mengarut. Tengok boleh tapi percaya jangan. Orang kata, yang buruk jadikan sempadan. Yang baik jadikan teladan.
:)

Assalamualaikum.

Tak payah mukadimah berjela-jela macam selalunya, teruslah kita cerita pasal drama Korea yang sana sini orang duduk bercerita. Aku, macam biasalah, selagi tak habis tayang semua episod, aku tak layan. Bukan apa, tak sanggup menunggu. Haha. Jadi bila orang semua duduk cerita bestnya drama Goblin, aku terpaksalah bersabar tunggu habis tayang kesemua 16 episod. Bila buka Facebook, mesti orang share klip-klip drama Goblin, portal Allkpop, Soompi, Koreaboo pun sama naik jugalah, pung pang pung pang dengan kehebatan dan rating drama ini yang pecah rekod.

Tapi aku sabar juga. Haha. Akhirnya dah habis 16 episod. Aku pun mula marathon sejak dari hari Rabu sampailah Jumaat. Dulu-dulu zaman muda mudi bolehlah layan sehari suntuk. Sekarang badan pun dah tua, tak larat dah oii. Haha. Aku tak letak harapan tinggi melangit, sebab dulu pun orang bukan main gila dengan Descendants Of The Sun, tapi bila aku tengok, agak kecewalah sikit. Bukan tak best, tapi tak adalah best gila. Bagi akulah. Sampai episod 8 aku dah mula bosan.

Tambah pula orang cakap penulis skrip dia sama, jadi lagilah aku tak letak harapan. Walaupun aku suka karya penulis Kim Eun Sook dulu iaitu Secret Garden, Lovers In Paris dan A Gentleman Dignity.



Jadi, dah bebel panjang-panjang kan? Apa kesimpulannya? Hahaha. Hmmm. Apa nak dikata, memang BEST GILERRR OIII!!! Haha. First of all, semua pelakon tak kiralah lelaki dan perempuan, cantik dan kacak. Makeup dia walau tak heavy, tapi menarik sangat pada pandangan mata aku. Pada mulanya aku tak yakin sangat dengan gandingan heroinnya Kim Go Eun dengan Gong Yoo, tapi bila dah tengok, aku rasa dia orang dua kalau kahwin pun tak apalah. Haha. Heroin dia sangatlah comel. Dari segi lakonan tak payah pertikaikanlah, semua bagus-bagus. Meremang bulu roma hakak.

Especially lakonan Gong Yoo dengan Lee Dong Wook. My personal preference, pelakon lelaki drama Korea yang boleh watak berat dan sampaikan dengan penuh emosi, 1000% adalah Ji Sung. Drama okay, filem tak masuk. Haha. Tapi kali ini, aku jumpa lagi seorang pelakon yang kau tengok mata dia, lenggok badan dia, kau boleh baca semua dalam kepala dia. Mata dia sangat penuh dengan emosi. Argghhh!! Susah gila nak explain. Aku bukan peminat Gong Yoo pun, drama Coffee Prince dia dulu pun aku layan gitu-gitu aje. Same goes to Biscuit Teacher and Star Candy. Tapi, dengan drama ini, aku dah jadi peminat dia. Hahaha.

Lee Dong Wook pun sama, memang tepat sangat pemilihan dia sebagai watak Grim Reaper walaupun dia terpaksa lalui audition dan dia bukanlah pelakon lelaki yang dibayangkan oleh penulis skrip ini. Tapi dia berjaya pull off watak grim reaper dengan terbaik sekali.


5 scene kegemaran aku dalam drama Goblin:

1) Kesemua scene bromance Kim Shin dan Wang Yeo. KESEMUANYA! Fuh! Aku menangis bila part Wang Yeo tahu siapa diri dia, dan bila Kim Shin pun tahu siapa Grim Reaper sebenarnya. Meleleh air mata.

2) Scene traffic light Quebec. Masa Kim Shin baca buku, dan nampak Ji Eun Tak di traffic light. Monolog dalaman Kim Shin tentang first love dia sangat touching.

3) Scene bila Wang Yeo buatkan Sunny ingat semula kelahiran sebelumnya. TT

4) Scene Ji Eun Tak tiup lilin berjuta kali panggil Kim Shin. Funny.

5) Of course scene dekat Quebec bila Ji Eun Tak pegang maple leaf dan dia ingat balik memori dia yang dipadamkan.

* * * * *
Bagi aku drama Goblin ini lebih menjurus pada genre melodrama. Skrip dia pun best. Walaupun melodrama, tapi dia ada komedi dia, thriller dia. Yang utama, melo dia memang sampai dekat hati penonton. Kau mungkin akan rasa ada sesetengah scene macam bosan, tapi dia sangat meaningful dari segi penyampaian dialog dan keadaan sekeliling. Kau nak fast forward pun rasa macam "aaaa, tak boleh ni, kena tengok ni". Haha.

Sebabnya aku jenis fast forward sesuatu drama kalau agak-agak bosan. Itulah salah satu fungsi kumpul habis semua episod. Haha. Tapi untuk Goblin, satu episod pun aku tak fast forward. Jujur ni. Haha. Untuk 2 episod akhir, aku siap download gambar cun punya sebab nak rasa kepuasan layan drama ini. Sampai 3 gb untuk 2 episod. 



Aku ada banyak graf drama Korea yang aku buat, cuma nak upload dan tulis entry terasa sangat malas. Jadi, Goblin akan jadi drama pertamalah yang ada graf. Haha. Nampak tak rating dia? Tak ada jatuh, terus menuju ke puncak. Overall rating aku bagi 4.9 / 5 bintang. Kekeke.

Again, this is just my personal preference. Aku jarang jumpa drama yang 2 episod akhir aku tak fast forward sebab draggy dan bosan. Tapi Goblin salah satu drama yang aku tak fast forward. Puas hati dengan ending dia. This drama brings "amnesia" to a new level. Eh! Boleh gitu? Haha. Okaylah, sampai sini. Aku tepek sekali OST yang paling aku suka dalam drama Goblin. Ada 2 sebenarnya, lagu Sam Kim dengan Ailee. But my favorite will be WHO ARE YOU from SAM KIM. Enjoy.

Selamat malam. Assalamualaikum.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?