Apa Yang Orang Kita Suka Baca?
“A reader lives a thousand lives before he dies, said Jojen.
The man who never reads lives only one.”
Assalamualaikum.
Tergerak sangat hati ini nak menulis tentang ini bila mana melihatkan banyak manuskrip aku yang tersadai separuh jalan, menjerit-jerit menantikan bilakah mereka akan ketemu penghujung kisah mereka. Heh. Tipulah kalau kata tak ada masa, idea pun dah dikembangkan menjadi rangka-rangka cerita, cumanya keraguan dan ketakutan bersarang, buat aku berhenti menulis sekejap. Well, lama juga sebenarnya.
Adanya demand maka adalah supply. Bila mana nak menulis, aku akan survey dulu pasaran, buku apa ada, jenis yang macam mana, dan yang paling penting mestilah kita nak tahu, APA YANG ORANG KITA SUKA BACA? Di pasaran, ada lambakan macam-macam jenis novel. Ikut apa yang aku perhatikan, ada 2 jenis kategori, dan keduanya berada di kedua-dua hujung ekstrem yang berlawanan.
Satu hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang penuh dengan fantasi, plot-plot yang kadang tidak berapa realistik tapi tetap menarik sesetengahnya. Dan di satu lagi hujung sana, adalah penulis dan pembaca yang boleh kita kategorikan sebagai indie, peminat novel jenis ini mengatakan novel mereka lebih dekat dengan jiwa pembaca, berseni, artistik, realistik dan deep.
Aku mula membaca novel pada usia 8 tahun. Dan buku pertama yang aku mulakan, adalah koleksi novel Cina bergenrekan adventure science fiction karya dari penulis popular Ni Kuang yang memang popular masa zaman itu. Watak Wei Si Li / Wisely yang wujud dalam setiap novel beliau buatkan semua orang kenal Wei Si Li ketika itu. Semua berebut nak lengkapkan koleksi novel Wei Si Li mereka. Menurut sumber, Ni Kuang menulis lebih 100 buah siri Wei Si Li. Tapi aku tak berjaya pun baca semua koleksi beliau, cuma dalam 20 buah saja.
Selain Wei Si Li, aku pun sangat gemarkan novel Cina klasik bergenre romantik. Sebab yang bestnya, setiap kali waktu rehat, kami kawan-kawan akan ambil masa untuk berborak pasal jalan cerita setiap novel yang kami baca. Sebab itu aku zaman sekolah rendah aku, aku rasakan zaman yang paling produktif. Haha. Tamat saja sekolah rendah, tak ada dah siri Wei Si Li yang aku layan. Barangkali dah muak.
Bila paginya di sekolah rendah kebangsaan, aku tanam minat baca novel Cina. Sesi petang di sekolah agama rakyat pula, aku terjebak dengan 2 jenis cerita. Satu adalah buku-buku fiksyen Melayu seperti Siri Salma, Siri Hadi, Enid Blyton, siri English RL Stine dan banyak lagi. Satu lagi jenis pula adalah himpunan kisah-kisah nabi. Macam-macam jenis buku kisah nabi yang aku baca ketika itu, dari nipis hinggalah ke tebal, dan aku tak pernah jemu.
Naik ke sekolah menengah, aku mula kumpul novel-novel cinta Melayu dari Alaf 21, baca novel cinta memang mengkhayalkan. Lagilah di usia muda remaja begitu kan. Haha. Selain dari Alaf 21, aku sangat sukakan Harry Potter series, Buffy The Vampire Series dan Angel Series. Aku rasakan feeling bila tonton drama lain dan bila baca novel pula lain. Duit belanja sekolah aku banyak habis pada bahan pembacaan dan CD masa zaman sekolah aku. Tapi, aku puas. Puas bila dapat membaca. Terasa macam duduk dalam dunia baru sambil perhati manusia yang ada pelbagai karakter.
Sebenarnya aku berhasrat nak sambung manuskrip-manuskrip yang tersadai. Ada 2 genre yang aku tulis, satu dah tentu-tentulah kisah cinta. Mana boleh lari dengan identiti Dr Jiwang yang aku pernah pegang satu ketika dulu dalam dunia blog. Haha. Dan lagi satu aku menulis himpunan kisah aku masa zaman aku lalui tahun klinikal dan juga zaman setahun lebih housemanship.
Well, I want something to share to. I want to give a world to people, for them to look at, to live in, even just for a little while. Cuma aku ragu-ragu, aku yang orang kita suka baca mungkin tak sama dengan apa yang aku suka tulis. Tapi orang kata, tak cuba tak tahu kan. Kita tengoklah macam mana nanti. Kita tengok.
Okay semua, jaga diri ya. Selamat bekerja. Selamat belajar. Assalamualaikum.
"Either write something worth reading or do something worth writing." - Benjamin Franklin -
Ulasan