Alkohol, Otak, Akal

Assalamualaikum.

Sedikit perkongsian untuk kita semua di pagi Jumaat yang mulia ini. Terdetik hati nak kongsikan scene di dalam comedy series The Big Bang Theory ini, sebab aku rasakan ianya sangat bermakna walaupun mungkin tujuan asalnya untuk mencetuskan komedi. Tapi bagi aku mesej yang disampaikan sangat tepat sekali.

Dalam scene tersebut Dr. Sheldon Cooper menasihati Penny yang dia tak sepatutnya mengambil "ALCOHOL" sewaktu mengendalikan jentera berat. Heavy machinery? Jentera berat? Lebih kuranglah. Bila Penny tanyakan apa jentera berat tersebut dan Dr. Sheldon terus tunjuk pada "BRAIN".

Nampaknya mereka pun bersetuju, alkohol tidak boleh diambil sebab ianya akan mengganggu fungsi otak kita. Ianya mengkhayalkan, mengganggu kewarasan kita untuk mempertimbangkan sesuatu. Baik atau buruk, otak dah tak mampu nak tentukan bila alkohol masuk dalam sistem badan kita. 



Sebab itu datangnya ayat yang berbunyi, arak adalah ibu segala maksiat dan kejahatan. Dalam Al Quran sendiri, Allah dah turunkan ayat-ayat tentang pengharaman arak. Salah satunya, Allah berfirman dalam Surah Al Maidah ayat 91 :


Otak kita ini adalah organ yang penting untuk kita, kurniaan Allah pada kita manusia, membantu kita menjalani hidup sehari-harian. It affects everything, judgement, making decision, emotion, daily functioning. Bahkan aku pernah terbaca kajian yang mengatakan, walau dalam tidur sekalipun, otak kita ada fungsinya juga. Cuma mungkin aktivitinya kurang sedikit berbanding sewaktu kita sedar. Tetapi, ianya masih beroperasi.

What I'm trying to say is, as long as we are alive, our brain keeps operating. So as long as we live, shouldn't we keep ourselves away from alcohol? Am I right? Tubuh badan kita ini pemberian Allah, takkan kita tak bersyukur dengan pemberian DIA, takkan nak berlaku zalim pada tubuh badan kita, kan?

Salam Jumaat semua. Have a great weekend ahead. Assalamualaikum.


Ulasan

Hanis Amanina berkata…
cikgu sini pun agree yang alcohol leads to various disease. macam risk factor gitu. but still diorang kata okay je nak minum but in controlled amount T___T adoi. a glass of red wine boleh prevent MI katanya.


same as smoking. some smoke a lot.

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Dear Dr. T