Ujian Dan Kebaikan

"Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
HR Bukhari


Assalamualaikum.

Sebenarnya petikan hadis tersebut aku terbaca masa menonton sebuah telemovie, dan ianya cukup memberi makna kepada aku. Beberapa minggu sudah, aku terima keputusan yang memang selama ini dinantikan. Maklumlah, benda yang dah kita asyik idam-idam, maka penantian itu memang satu penyeksaan.

Tapi sayang seribu kali sayang, apa yang aku idam dan aku inginkan sangat bukan milik aku dan dah jadi milik orang lain. Tahniah kepada individu tersebut walaupun aku tak mengenali dia. Haha. Hakikatnya susah kita nak jumpa sesuatu yang kita suka, dan bila dah jumpa tak selalunya ianya akan jadi milik kita.

Nampaknya perjalanan "mencari" akan bermula lagi sementara permohonan kontrak housemanship aku masih on hold lagi. Jujurnya memang aku cakap, hati dah tak ada pada yang lama, maka sebab itu aku teramat berharap apa yang aku mohon aku dapat. Kalau nak dicongak dengan jari, ada dalam 10 permohonan aku dah hantar. 2 tak berjaya, 2 lagi menunggu hari ditemuduga. 6 lagi masih menanti. Semua yang aku mohon memang kena dengan jiwa aku. Tapi itulah, kalau Allah kata belum lagi, maka mungkin belum lagi rezeki aku.

Banyak perancangan aku. Terlalu banyak. Aku nak sambung Master of Health Science bila keadaan dah stabil. Part time pun jadilah. Dalam masa yang sama tolong family aku. Kahwin?! Tipu kalau kata tak nak. Kalau ikut hati gadis umur 28 ini memanglah nak kahwin. Tambah lagi tengok kawan-kawan sendiri semua dah on the way tambah anak nombor dua. Tapi apakan daya, soal kahwin, soal cari calon kena tolak tepi dulu. Tanggungjawab anak sulung ini masih banyak lagi. Cuma aku berdoa, dapat bertemu jodoh yang sangat sangat sangat memahami.

At the moment, life is really not going according to plan. Everything is haywire at this point of time in my life. I never expect for it to turn out like this, I feel really worn out, desperate, and heart broken. Part of me is giving up, but there is another part is pulling me up.

 "Sesiapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya."
HR Bukhari

Aku tahu, Allah uji aku dengan ujian-ujian ini sebab DIA tahu aku mampu mengharungiNYA, dan aku pasti DIA ada perancangan yang lebih baik untuk aku. Untuk anda-anda yang sedang diuji, bertabahlah. Satu hari nanti, pasti akan ada sinar cahaya terang yang menerangi dunia yang gelap. Tabah dan sabar. InsyaALLAH dipermudahkan.

Salam petang Isnin. Jaga diri semua. Assalamualaikum.



"I don't wanna be a hero"


Ulasan

farhana berkata…
Let me share with you abt this rule called Rule 80-20
U dah hantar 10 applications. Insyallah 2 drpd tu kan diterima (20% drpd 10)
Have faith and keep on praying, ma friend =)
@farhana Thanx buddy for the sharing. You definitely give me hope. InsyaALLAH. I'll keep praying for now. :)
Han berkata…
In sha allah rezeki Allah dh tentukan tapi kita kena mencari kan:) cuma kekdg kena tabah ye
Ibu Ammar berkata…
farhana, apa yg awak rasa, saya pun dapat rasa. dah umur 28 kan kita. siapa yg taknak kawen, tapi sy positif je n gunakan masa single sebaiknya utk berbakti pada ibu bapa.
@nursarah puteri Well tak kisah sangat pun pasal single ke kahwin ke, rasa hati memang ada tapi tak hirau sangat. Cuma ralat tak banyak dapat tolong family dalam keadaan hidup sekarang. Struggle to improve on that actually. Huhu. Semoga yang terbaik untuk kita. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?