22 Feb 2015

Assalamualaikum.

Salam hujung minggu. Salam pagi Ahad. Sekejap benar cuti Tahun Baru Cina habis ya. Sempatlah pulang ke Kota Tinggi jenguk orang kampung walaupun cuma 2 hari. Tak boleh lama-lama sebab adik yang praktikal dekat KPJ Ampang Putri pun dah nak sambung praktikal dia semula. Apa pun, seronok dapat pulang ke kampung. Tapi cuaca di Johor memang agak panas, bahang terasa naik sampai ke kepala.

Bila balik, macam-macam orang kita jumpa, macam-macam cerita kita dengar. Terutama sekali pasal "perhubungan". Apa yang aku boleh simpulkan, selalunya benda yang datang secara senang, akan pergi juga dengan senang, macam petik jari saja. Selalunyalah.

Contoh yang paling dekat dengan diri sendiri, adalah manusia dan perasaan. Dengan tak semena-mena ianya datang dalam hidup kita, like a surprise. And of course we will think it is too perfect to be true. Dan seperti yang dijangka, what comes easy won't last, and what lasts won't come easy. Macam mana senang dia datang, begitu senang jugalah dia pergi. No lingering feels.

Jadinya bila dah susah payah cari dan jumpa, jangan lepaskan. Cuba pegang selagi terdaya. Kalau ianya berbaloi untuk kita berusaha pegang dan simpan, jadi berusahalah sehabis daya. Salam hujung minggu semua. Jaga diri. Assalamualaikum.


3 Comments Here

setuju sgt sis. nak dapat benda yg kekal lama perlukan pengorbanan banyak kan?

REPLY

I dont have reasons to disagree :)

REPLY

Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates & MyBloggerThemes