See See Tee Vee

Assalamualaikum.

Salam Khamis. Sebenarnya ditulis pada hari Rabu, tapi tak kisahlah. Ejaan tajuk entry pun dah merepek. Entry apatah lagi. Bukan apa, lama dah tak menulis, tapi rasa nak juga menulis. 3 hari kira lama okay, untuk penulis tegar ini.

CREDIT TO THIS SITE

Minggu ini agak sibuk, ada kerja yang perlu dikejar untuk disiapkan. Harap minggu ini berlalu dengan tenang. Well, apart from what happen today evening. Sebenarnya bukan "jatuh" yang di dalam gambar di atas saja yang sakit, jatuh tersembam atas lantai lagi sakit okay.

Nak dijadikan cerita, adik kesayangan minta tolong beli barang dekat 7 Eleven, nak ditolak tak sampai hati, jadi kakaknya pun pergilah menunaikan hajat adiknya. Entah macam mana kaki tersadung dekat anak tangga, maka jatuhlah muka tersembam ke bumi. Jatuh yang luar biasa, sebab impak yang kuat. Nak dijadikan cerita, 7 Eleven Semabok Perdana bersebelahan dengan kedai nombor ekor, maka jatuh tergolek baik punya depan kedai sambil disaksikan apek-apek yang sibuk mengisi kertas-kertas mereka.

Nasib badanlah, sebab tak ada orang hirau pun. Lepas dah pandang, sambung balik isi kertas. Haha. Sedih kejap sebab tak ada orang hirau. Kah kah kah. Jatuh bukan minor-minor punya, habis kaki-kaki aku biru-biru bengkak sebesar telur ostrich, dengan dada sakit, pinggang terseliuh. Nampak benar badan makin tua. Hoho. Sebenarnya satu saja harapan aku, janganlah ada SEE SEE TEE VEE merakam seorang wanita lewat 20an jatuh sebab "terkam katak". Well, I mean literally.

Bukan apa, orang sekarang agak cepat kalau bab viral mengviralkan ini. Cepat buat hipotesis, cepat buat kesimpulan. Kalau yang baik, baguslah. Yang buruk? Takut lama-lama jadi "penyakit" yang susah dah nak diubati. You know what I mean. Tiba-tiba tukar bab ini pula ya. Haha.

I guess that's all the "nagging" for today. To be continued. Take care readers. Have a great day ahead. Assalamualaikum.

Ulasan

nayfatimahrasyid berkata…
bw here ;)
Nuffnangers who recently viewed your blog


Hanis Amanina berkata…
ouch, sedihnya takde org tolong. T_T tanye okay ke tak.

sis okay ke?
@Hanis Amanina Haha. Kannn. Kalau ada orang tapi dorang tak pandang takpe. Ni dah pandang tapi takde respon, itu yang rasa malu. Haha.

Okay je, just bruises over here and there, mild sprain and sternum pain. :)
Tanpa Nama berkata…
Pg check la ye..tkt ada crack pula..t cr
farhana berkata…
Ohmygosh! Sorry babe, i ter imagine n i tergelak sorang2.
Ada pngalamn mcm tu. Turun kereta, lmbai2 kawan, tersembam kat jalan.
I feel u..Tp sakit tu rasanya u lagi sakit kot sbb i xde smpai lebam.
Xpe, pahala berganda. Tolong adik g beli brg dgn redha sbb jatuh =D
@farhana Haha. Semua orang gelak dengar cerita I ni tau. Memang terasa funny pun sebenarnya. Haha. Anyway, merasalah I lebam besar dekat kaki. Kifarah. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.