Master? Doktor?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua? Harapnya khabar yang baik-baik dan sihat-sihat saja hendaknya. 2014 dah masuk ke bulan Februari, dan hidup aku sekali lagi diasak dengan krisis kehidupan. Ibarat berdiri di atas tali, entahkan jatuh entahkan bertahan.

Kalau nak diikutkan dan dicongak, sudah mahu hampir 2 tahun aku menamatkan pelajaran dan bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Siswazah. Ke mana kalau aku pergi, dengan sesiapa yang aku borak, ramai suka memanggil aku dengan gelaran yang aku ada.

"Doktor!" "Doc!" 

Perasaan aku?


Ya. Sepatutnya aku gembira dengan panggilan itu, aku patut bangga dengan diri sendiri yang berhempas pulas menghabiskan 5 tahun lebih pembelajaran aku di sekolah perubatan dan akhirnya keluar dengan gelaran Doktor.

Tapi hakikatnya, aku tidak rasa segembira mana, aku tak rasa bangga mana, kadang aku rasa rimas, kadang waktu pula aku rasa betapa tidak sesuainya aku dipanggil doktor. Seperti tidak ngam orang kata.


Aku tak nafikan itu sebenarnya adalah jalan yang aku inginkan, cita-cita aku dari dulu. Tapi bila sekarang sudah berada di posisi itu, ya aku rasa perit pada mulanya bekerja sebagai seorang Pegawai Perubatan Siswazah, tapi lama kelamaan aku rasa seronok dan boleh menyesuaikan diri. Alah bisa tegal biasa bak kata pepatah. Tapi dengan kesihatan yang kejap rasa elok dan sembuh, kejap rasa teruk dan makin serious, perlahan-lahan rasa seronok dan teruja aku hilang.

Perlahan-lahan aku rasa seolah seperti satu hubungan itu makin hari makin renggang. Begitulah yang aku rasakan dengan kerja aku. Orang kata "spark" itu semakin hilang kerana sakit yang tak pernah-pernah kebah dan hilang. Aku bukan merungut dengan ujian dan dugaan ini, cuma aku rasakan aku perlu ubah hala tuju dalam hidup aku. Dengan keadaan kesihatan aku sekarang, aku rasa doktor bukan lagi jalan aku.


Dah seminggu lebih aku menyerabutkan otak memikirkan rancangan untuk masa depan. Rancangan yang orang lain kalau dengar pasti menentang keputusan aku dan merasakan betapa sayangnya jika aku benar-benar membuat keputusan itu.

Walaupun umur aku sudah cecah 27, tapi aku tetap tak yakin dengan keputusan yang aku buat sendiri. Aku lagi tak yakin jika aku perlu bincangkannya bersama kedua orang tuaku. Sudah seminggu lebih ini jugalah aku duduk menggaru kepala memikirkan bagaimana aku perlu berdepan dengan kedua orang tua aku. Walaupun aku perlu buat keputusan untuk diri sendiri dan masa depan aku, sedikit sebanyak aku takut keputusan aku akan menjejaskan keluarga aku. Jujur aku bimbang.

Ya, aku mahu resign. Tak perlu lagi panggil aku dengan gelaran DOKTOR. Doktor aku cuma atas nama dan sijil saja. Hati aku begitu berkobar-kobar mahu menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Master in Health Science di UKM. Cuma kursus apa masih lagi aku pertimbangkan. Setahun. Dan selepas itu beri aku peluang sekali lagi mewarnakan jalan kehidupan aku bukan lagi sebagai seorang doktor. InsyaALLAH, jika diberi rezeki dan peluang, doktor falsafah pula yang seterusnya.


Tapi aku masih perlu berbincang dengan kedua orang tuaku. Untuk meyakinkan mereka, itu juga satu kerja. Aku harap jalan aku dipermudahkan. Lagipun aku tiada perancangan mahu berkahwin, calon pun tiada, jadi biarlah aku tempuh usia-usia nak menjejak 30 tahun dengan buku-buku. Aku harap perancangan aku akan mengubah sedikit sebanyak masa depan aku. Kesihatan lebih penting dari wang ringgit. Kerja gaji banyak pun kalau badan tak sihat, tak guna juga.

Sekarang aku perlu berusaha untuk realisasikan rancangan hidup aku. Bismillah.

Salam Ahad semua. Selamat pagi. Assalamualaikum.
^^

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam=>..Betul ke fana nk quit as clinical doc?sure????....
@Anonymous Waalaikumsalam. First of all, whoever you are, thanx a lot for the concern. Walaupun tak ramai yang berdiri di belakang saya dengan keputusan saya.

Yerp. I'm sure about it. Dengan masalah kesihatan saya sekarang, memang saya tak boleh buat apa dan saya dah banyak menyusahkan rakan sekerja, MO, specialist. Saya tak nampak jalan untuk toleransi, lagipun kerja ini memang menuntut kesihatan yang bagus, tapi buat masa sekarang saya tak mampu teruskan.

InsyaALLAH, nak cuba sembuhkan diri dulu, improve health, sambung Master setahun then kalau diizinkan akan apply semula untuk buat HO. Jika diizinkan. :)

Catatan popular daripada blog ini

MRI Oh MRI : Pengalaman 30 Minit Di Dalam Gua Magnet

Ingat Lagi Pada Lirik Raikan Cinta?

Parut? Tona Kulit Muka Tidak Sekata? Pigmentasi? Ini Jawapan Saya.