Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Not Everything Comes Easy In Life :)

Imej
Assalamualaikum. Salam hujung minggu dan salam kasih sayang untuk semua. "Not everything comes easy in life."  Tak pelik pun. Memang ini diakui semua. Kau tahu, aku tahu dan kita semua tahu. Tak semua  di dunia ini datang dengan senang dan mudah. Ada benda yang memang senang kita dapat,  ada pula yang sukar. Dan antara kita dan orang lain juga berbeda. Ada sesuatu yang kita senang  dapat tapi sukar untuk orang lain, begitu juga sebaliknya. Tergerak hati aku untuk mencoret sesuatu selepas apa yang aku lalui hari ini. Satu pengalaman orang kata. Walaupun hakikatnya pengalaman ini memang selalu dah aku lalui. Ianya bukan kekalahan  atau tak keberuntungan. Cuma ibarat batu penghadang jalan yang buat kita jatuh dan tersadung, luka sedikit, sebelum sampai ke destinasinya. Dek kerana usia aku yang makin hari makin menua (Menua? Haha!), ramailah rakan dan saudara mara yang cuba  mengkenenkan dengan orang itu, memadankan dengan orang ini, berk...

Resepi Sarapan Pagi Atau Minum Petang Yang Mudah Dan Menyelerakan?

Imej
Assalamualaikum. Orang jangan dipandang pada rupa, selalu pandang pun pasti ada manisnya. Sama jugalah macam makanan, jangan dipandang nampak sememeh tapi rasanya dah rasa sekali nak dua kali. Eh! Percayalah! Kekeke. Dah lama tak memasak dalam blog. Ya tak? Sebelum ini sibuk nak memasak masa bulan puasa saja. Giat post makanan itu makanan ini. 1)  RESEPI MUDAH UNTUK ORANG BUJANG YANG NAK JIMAT 2)  RESEPI MUDAH SARAPAN PAGI ATAU MINUM PETANG 3)  RESEPI PENCUCI MULUT YANG ENAK 4)  RESEPI MUDAH BIHUN GORENG 5)  RESEPI MAKANAN RINGAN ATAU KUDAPAN 6)  RESEPI KERANG BAKAR BERCILI BERSAMA KUAH KICAP PEDAS 7)  RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SELERA MELAYU KITA 8)  LASAGNA YANG TAK BERAPA CUN TAPI BOLEH TAHAN SEDAP 9)  RESEPI SARAPAN PAGI MERANGKAP PEMANIS MULUT YANG PELIK 10)  RESEPI PAPRIK AYAM YANG RIANG BERGEMBIRA MUDAH DIMASAK SEDAP DIMAKAN 11)  PEMANIS MULUT CHEESEKUT OREO / STRAWBERRY RIANG GEMBIRA...

Frust Giler!

Imej
Frust gila. Frust sangat-sangat. Entah kenapa rasa frust. Entahlah, ada benda yang konon berjaya buat tapi tujuannya tak tercapai. Frust! Sampai bila kena teruskan? Atau kena berhenti. Supaya tak frust lagi. Haha. Ini dinamakan frust menonggeng. Selamat malam. Jaga diri. Have a great weekend. Assalamualaikum.

Awkward Habis!

Imej
Assalamualaikum. Awkward. Sangat awkward. Awkward habis. Aku seorang saja yang rasa awkward atau pihak lagi satu juga merasakan rasa yang sama? Haih. Awkward gilalah. =.= Awkward kan bila kau tahu pihak lagi satu tahu rahsia yang kau simpan selama ini tapi pihak yang dah tahu itu buat-buat macam tak tahu supaya kau anggap pihak tersebut tak tahu tapi hakikatnya diri kau tahu, rahsia yang kau simpan pihak satu lagi dah tahu tapi dia nak buat macam dia tak tahu supaya kau tak tahu yang dia dah tahu. Haaa! Ayat aku pun dah habis berbelit. Tapi perasaan begitu memang awkward kan? Apa boleh buat sekarang? Berlagak macam biasa? Atau melarikan diri? Style aku, lari dan elak!! So, untuk pihak itu, I'm sorry!! I cannot be reach at the moment. I'm awkward, I'm embarrassed and I'm scared. Dan ini adalah escapism yang terbaik. Holiday!! Perancangannya bersama sahabat-sahabat tercinta way back since college adalah mengembara ke selatan tanah air minggu depa...

This Is War

Imej
Assalamualaikum. Nak dimulakan cerita yang nak dicerita ini, al kisahnya aku bersama seorang rakan pertama kali menjejakkan kaki ke luar negara. Negara apa, itu rahsialah. Excitednya memang tak terhinggalah. Beg pun bawa berkoyan-koyan macam nak berhijrah pun ada. Sampai di negara orang, nasib agak baik sebab ada kenalan rapat di sana yang dah agak lama menetap di negara tersebut bersama keluarganya yang cuma ada dia, mak dia dan ayah dia. Kami berdua yang datang dari Malaysia nak bercuti di negara orang ini pun menumpanglah di rumahnya. Seronok. Sebab satu dapat duduk dengan orang yang kita kenal, nak jalan ke, nak makan ke tak susah. Tambah lagi, dapat jimat kos. ^^ Selepas beberapa hari di sana, berjalan ke sana ke mari. Beli itu ini, maka hari nak bertolak balik pulang Malaysia pun makin dekat. Sehari sebelum bertolak pulang, aku berhajat mahu ke pantai yang berdekatan dengan rumah rakan yang aku diami. Dek kerana rakanku seorang lagi malas mahu keluar rumah, maka ...

Bila Aku Lihat . . .

Imej
Assalamualaikum. Banyak benda aku lihat, dan banyak juga aku rasa dan mahu aku tulis. Bila aku lihat . . . Bila aku lihat seorang demi seorang di keliling aku menapak satu langkah ke depan dalam hidup mereka, mencuba untuk berubah menjadi muslimah lebih baik dari hari ini. Lantas aku rasa cemburu. Aku juga ingin berubah. Dalam aku perlahan-lahan belajar dan mengubah diri, sering saja aku rasakan masih jauh lagi jalanku. Godaan dan dugaan juga datang dengan makin hebatnya. Kadang ada waktu aku goyah, aku rapuh, tapi aku yakin jika aku terus berjalan, kekuatan akan terbina. Kerana Allah selalu ada.  Bila aku lihat rakan yang telah berkahwin, berpegangan tangan, bercanda mesra, berkasih sayang. Apa juga yang dilakukan, dimata mereka aku nampak cinta. Lalu aku cemburu akan mereka yang punya rasa itu. Tapi, aku bimbang, jika aku melaluinya suatu hari nanti, mampukah aku bawa rasa itu, pikul tanggungjawab itu, hingga nafasku yang terakhir? Aku sedar, keinginan ini terlalu b...

Writing Is A Struggle Against Silence

Imej
Assalamualaikum. Yesterday, while browsing through my blog stats, I found a referral to my blog. From a friend's blog, a really really old blogger friend of mine, knew him way back since 2009. An entry he wrote on DON'T JUDGE BLOGGER BY HIS OR HER BLOG . That was the first time that I met him after a year of being friend through social networks. The way that he wrote about me, that's just me. That is just so Farhana. You can say that he did a good job on describing me, and as well as comparing a real life me and a virtual life me. I'm good in writing, way better than talking and bonding with people. And hence, I'm using that ability of mine to get near people. Moreover I'm a blogger and that's a plus point for me. I'm sort of knowing the way and know how to write and bonding with people through writing. But I'm failed if you ask me to be friend with a stranger by talking and seeing eye to eye with him / her. My mouth got sealed and my eyes w...

Ada Baik Ada Buruk

Imej
Assalamualaikum. Cuaca sehari dua ini sejuk sungguh. Terasa mencengkam sampai ke tulang. Nikmat hujan yang ALLAH beri selepas beberapa bulan Melaka berpanas terik. Minggu lepas aku datang lagi untuk entah keberapa kali bagi memenuhi temujanji dengan pakar Ortopedik Hospital Melaka.  Kalau ikutkan hati, sebenarnya aku dah tawar hati nak meneruskan rawatan, sebabnya aku tak nampak sebarang perubahan dengan keadaan diri aku. Setiap kali aku datang dan berjumpa doktor, yang diberi cumalah ubat yang sama. Selama 8 bulan aku menerima rawatan, aku mengambil ubat-ubatan yang sama walaupun hakikatnya keadaan aku bukannya bertambah baik. Putus asa jugalah sedikit. Terkilan. Syukur kerana di sekeliling ramai yang memberi sokongan moral. Bila rasa nak berputus asa, teringat pada orang-orang yang akan kecewa kalau aku berputus asa sekarang. Sejujurnya semenjak aku mula sakit, aku selalu duduk termenung fikirkan masa depan. Kehidupan aku, pekerjaan aku. Aku dah tengok ramai orang ya...

Red Velvet Si Baldu Merah Dari Dapur Secret Recipe

Imej
Assalamualaikum. Selamat pagi dan salam Jumaat semua. Walaupun sebenarnya entry ini aku tulis pada malam sebelumnya. Sekarang suka sangat tulis scheduled post. Tulis banyak-banyak, just set date and time, publish. ^^ Semenjak dua menjak kalau belek Instagram mesti ramai umat yang duduk post gambar kek red velvet walaupun hakikatnya demam red velvet dah melanda lama dulu. Aku pernah buat dulu sekali, tapi sebab kurang menjadi, maka aku give up. Bab-bab kek memang surrender dari awal. Leceh!  Secret Recipe juga tak ketinggalan untuk keluarkan Red Velvetnya. Jadi dek kerana teringin sangat nak merasa red velvet kesukaan ramai ini, aku dengan tamaknya beli sebiji kek red velvet. Jangan tiru perangai kakak ya adik-adik. Cuba try test beli 1 slice dulu. Kalau berkenan, nak angkut 10 biji pun tak ada hal. Balik rumah dengan excitednya terus potong. Makan sesudu, okay boleh tahan. Makan dua sudu, tiga sudu, dah mula terasa kelemakan dan kemuakan yang berjuta kali ganda. Na...

Gila Gadget?

Imej
Assalamualaikum. Salam 5 September. Hujan lebat di pagi hari membasahi bumi Melaka, enak kalau dapat berbungkuskan selimut sambil melepak kemalasan di atas katil. Ya tak? Tapi lebih enak kalau dapat duduk menghidu bau hujan di tepi tingkap. Hehe. Sambil-sambil merenung langit, menikmati hujan, memikirkan juga masa depan, kesihatan yang turun naik, bagaimanakah nanti? Huhu. Semalam selepas berjumpa dengan pakar tulang, macam-macam benda bermain di fikiran. Kita manusia, bukan selamanya akan sihat. Akan datang waktunya kita sakit dan uzur, jadi bersyukurlah selalu dengan nikmat sihat yang Allah beri. :) Eh kejap! Apa cerita gila gadget dengan pembuka kata yang bercerita pasal kesihatan tubuh badan? Hehe.  Sebenarnya aku cuma nak kongsikan kegembiraan perasaan selepas Samsung baru melancarkan SAMSUNG GALAXY NOTE 3 dan SAMSUNG GALAXY GEAR WATCH ! Waduh waduh waduh! Mabuk sebentar dengan rasa excited yang melanda. Haha. Aku bukan wanita yang gila shopping baju,...

More Than Me

Imej
Assalamualaikum. Tarikh hari ini 3 September 2013. Tarikh yang wajib aku conteng di diari maya aku. Tarikh bersejarah dalam hidup aku. Tarikh ini, tarikh perpisahan aku dan dia. Menangis pun dah tiada berair mata. Tiada jodoh sudah antara kita. Dan aku harap kau bahagia bersama si dia yang baru. Yang akan lebih menyayangimu. "Asking you to live with me, I take it back." "The promise I made that we'll be happy, I take it back." "The promise that I wouldn't throw you away, before you, throw me away. I take it back too." Kau bayangkan lelaki kejam di dalam muzik video ini adalah aku. Dan liriknya adalah apa yang aku ingin sampaikan pada si dia yang pernah menjadi wajah kesayangan aku. MORE THAN ME - JANG DONG GUN I know, I know your heart – yes, you can leave Don’t be sorry with the reason of love because I know everything You would know, yes even if no words are spoken You’ll have more scars than me, your hea...

Orang Putih Kata "Teaser" Atau "Sneak Peek"

Imej
Assalamualaikum. Semenjak dua menjak ini, semangat seperti berkobar-kobar. Semangat untuk meneruskan impian zaman dulu kala, impian menulis, bukan 1 bab, bukan 2 bab tapi mungkin sampai berpuluh bab hingga boleh dibukukan. Selepas menyiapkan satu cerpen dan publish, terasa kepuasan yang tak terhingga. Maka datang lagi semangat untuk membuat projek baru, percubaan yang ketiga. Harap aku beristiqamah dan boleh kabulkan impian sendiri yang diangan-angankan sejak dari dulu lagi, iaitu hasilkan sebuah novel. Dan mungkin selepas itu, novel kedua, ketiga dan seterusnya. Doktor ini dah makin jauh dari dunia sains dan makin sakan pula bercinta dengan dunia seni. ^^ Rangka keseluruhan dan plotnya telah siap aku karang, cuma rangka untuk bab ke bab saja belum selesai lagi. Untuk prolog saja aku ambil masa satu jam untuk siapkan. Agak-agaklah, berapa lama masa akan aku ambil untuk selesaikan sebuah entiti yang dinamakan novel? Hehe. Adik aku dah cadangkan, siap saja novel ini nant...

Imej
马六甲终于下大雨了。 好懒惰。 好想睡。 好温暖。 好舒服。 大家,晚安啰。 嘻嘻。 :)

Percubaan Kedua

Imej
Assalamualaikum. Jumaat yang lepas aku habiskan banyak juga masa untuk menyemak, mengolah, dan mengedit mana yang patut cerpen yang aku tulis awal tahun lepas. Lama dah kan? Kenapa baru sekarang nak edit dan olah semula? Entah. I just got the feeling to do that. Just recently. Lulz. Ini adalah percubaan kedua sebenarnya. Mungkin cuma mahu menilai bakat sendiri. Boleh pergi jauh atau bungkus saja. Cerpen ini aku karang hampir setahun lebih selepas Coretan Dari Hati : Terima Kasih Sayang, iaitu sekitar awal tahun 2012. Aku coret dengan semangat dari Terima Kasih Sayang, dengan meletakkan sedikit harapan apa yang aku karang akan jadi kenyataan. Tapi itu harapan masa lalu. Tapi sampai ke sudah, cerpen ini tidak pernah aku kirimkan lewat dunia maya.  Ya. Aku tak bersedia ketika itu. Jadi aku simpan dia. Tapi sekarang, aku dah sedia. Mungkin. Ianya adalah sebuah 50% kisah benar yang disulami angan-angan. Ada yang benar, dan yang lebih itu dah tentu angan-angan. Angan-angan y...