Jangan Marah, Nanti Kena Jual
Assalamualaikum. Sebenarnya screenshot ini dah lama aku ambil. Bila belek handphone, baru terperasankan. Statistik ini disiarkan di akhbar tempatan beberapa bulan yang lalu tak silap aku. Aku tertanya juga bagaimana statistik ini diperolehi. Negerinyakah? Jalan rayanyakah? Atau orangnyakah? Hehe. Aku pernah sampai Terengganu tapi masa kecil-kecil dulu. Jadi aku tak pasti bagaimana sekarang keadaan jalan rayanya. Tapi Melaka dan Kuala Lumpur, kedua-duanya aku dah pernah merasa memandu di atas jalan rayanya. Begitu juga Perak, Penang, Perlis dan Kedah. Semua aku dah merasa. Tertanya juga sebenarnya, apa faktor yang menyebabkan pemandu jadi panas baran. Kerana kemajuan sekelilingkah? Kerana kesibukan manusiakah? Kerana apakah? Tapi macam aku pernah bebel dulu , ingatlah nyawa kita sama harga dengan orang lain. Toleransi, berhemah, memahami dan SABAR. Dan senyumlah sikit bila meminta laluan. Tak kena bayar pun kalau senyum. Lambai-lambai tangan ma...